Keputusan Undian Piala Malaysia 2024

Liga domestik Malaysia, Liga Super baru sahaja di peringkat separuh musim. Dengan berakhirnya Piala FA, maka bermulalah saingan Piala Malaysia, antara piala yang paling berprestij dalam negara kita. Piala Malaysia mengumpulkan 16 pasukan terbaik daripada Liga Super dan Liga A1 Semi Pro. 16 pasukan tersebut terdiri daripada 13 pasukan terbaik dalam Liga super dan 3 pasukan terbaik dalam Liga A1 Semi Pro.

Undian dilakukan pada 11 November 2024 dan disiarkan secara langsung di Saluran Astro Arena, Youtube Astro Arena dan AstroGo.

Saingan pada tahun ini berbeza kerana format penganjuran telah diubah akibat kepadatan jadual dan cuaca yang tidak menentu. 16 pasukan yang layak akan bertanding secara kalah mati termasuk perlawanan di peringkat suku akhir dan separuh akhir serta saingan peringkat kumpulan dibatalkan. Undian akan dibuat secara rawak dan akan menyaksikan pertembungan pasukan dari Liga Super dan Liga A1. Perlawanan pertama Piala Malaysia 2024 dijangka akan berlangsung pada November 2024.

Piala Malaysia merupakan kejohanan yang tertua di rantau asia yang bermula pada tahun 1921 yang ketika itu adalah kejohanan antara negeri-negeri yang membentuk tanah melayu. Setiap tahun kejohanan yang di bawah kelolaan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ini menjadi rebutan pasukan bola sepak dalam negara kita. Peminat bola sepak tempatan juga berasa sangat teruja untuk menyaksikan kejohanan ini kerana ia menjanjikan persembahan yang menarik daripada pasukan kegemaran mereka.

Pasukan Johor Darul Takzim adalah juara bertahan Piala Malaysia selepas berjaya menewaskan Terengganu FC pada aksi perlawanan akhir tahun 2023. Pasukan Selangor adalah pasukan yang paling banyak memenangi Piala Malaysia dengan sejumlah 33 kejuaraan.

Keputusan Undian Peringkat Kumpulan Piala Malaysia 2024

Berikut kami kongsikan format dan tarikh penting beserta dengan keputusan undian tersebut Piala Malaysia 2024.

Format Kejohanan Piala Malaysia 2024

Berikut merupakan format aksi Piala Malaysia 2024 yang akan berlangsung pada November 2024 hingga April 2025:

  1. 13 pasukan terbaik daripada Liga Super layak secara automatik ke saingan Piala Malaysia 2024
  2. 3 pasukan terbaik daripada Liga A1 turut layak ke saingan Piala Malaysia 2024
  3. Saingan secara peringkat kumpulan akan dilaksanakan dan perlawanan secara kalah mati termasuk perlawanan di peringkat suku akhir dan separuh akhir.

Keputusan Undian Saingan Peringkat Kumpulan Piala Malaysia 2024

undian piala malaysia

Keputusan Undian Saingan Peringkat Kumpulan Piala Malaysia 2023

undian piala malaysia

Keputusan Undian Saingan Peringkat Kumpulan Piala Malaysia 2022

*LS adalah kedudukan pasukan Liga Premier yang masih belum tamat. Berikut merupakan keputusan undian yang  berlangsung pada 6 Oktober 2022 :

undian piala malaysia

Jadual Perlawanan terkini selepas tamat saingan Liga Super pada 15 Oktober 2022 :

jadual perlawanan piala malaysia pusingan

Keputusan Undian Saingan Peringkat Kumpulan Piala Malaysia 2021

*LP adalah kedudukan pasukan Liga Premier yang masih belum tamat. Berikut merupakan keputusan undian yang  berlangsung pada 15 September 2021 :

KUMPULAN A
KUMPULAN BKUMPULAN CKUMPULAN D
Penang FCTerengganu FCKedah Darul Aman FCJDT
KL City FCSelangor FCMelaka United FCPJ City FC 
Sri Pahang FCPerak FCLP1Sabah FC
LP2LP3LP5LP4

Tarikh Penting Saingan Piala Malaysia 2024

Pusingan 16November 2024
Suku Akhir  (Quarter Final – QF)
Separuh Akhir (Semi Final – SF)
Perlawanan Akhir (Final)April 2025