Sekolah Berasrama Penuh (SBP) merupakan antara pilihan ibu bapa dan pelajar untuk mendapatkan pendidikan peringkat sekolah menengah yang lebih baik. SBP merupakan sekolah yang diletakkan di bawah tanggungjawab Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Pengambilan pelajar ke SBP bermula dari pelajar tingkatan satu dan tingkatan empat sahaja. Pengambilan pelajar mengambil kira berdasarkan kecemerlangan akademik dan kokurikulum mereka. Aktiviti pelajar seperti aktiviti berpersatuan, kelab dan sukan diambil kira sebagai merit untuk diterima masuk menjadi sebahagian warga SBP.
KPM telah menetapkan pengambilan pelajar tingkatan 1 dan tingkatan 4 ke SBP perlu melalui saringan berbentuk ujian kepada pemohon. Ujian tersebut dinamakan Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP). Pelajar yang membuat permohonan kemasukan ke SBP akan dipanggil untuk menduduki UKSBP pada tarikh yang ditetapkan di beberapa lokasi yang akan diberitahu. Untuk pengetahuan semua, UKSBP kali ini dijalankan ke atas pelajar ambilan tingkatan 1 dan tingkatan 4. Pelajar yang terpilih untuk menduduki UKSBP boleh dikatakan mempunyai harapan cerah untuk menjadi pelajar SBP.
Oleh itu, pelajar dinasihatkan mempersiapkan diri terlebih dahulu sebelum menduduki UKSBP. Soalan yang bakal ditanya ketika UKSBP adalah soalah berbentuk pengetahuan am, ujian IQ, EQ dan SQ. Sila bawa segala kelengkapan alat tulis dan berpakaian seperti yang telah ditetapkan pada hari ujian.
Semakan Kelayakan Menduduki UKSBP Online Ambilan Tahun 2020
Bagi memudahkan pemohon untuk membuat semakan kelayakan UKSBP KPM telah menyediakan satu aplikasi atas talian untuk membuat semakan. Berikut dikongsikan cara untuk membuat semakan UKSBP secara online bagi membantu pelajar dan ibu bapa sekalian:
Tarikha Semakan Kelayakan Menduduki UKSBP 2020
TINGKATAN 1 : 4 Oktober 2019
TINGKATAN 4 : 11 Oktober 2019
Sekiranya terdapat perubahan tarikh, akan dimaklumkan dan dikemas kini dari semasa ke semasa
UKSBP
SEMAKAN KELAYAKAN MENDUDUKI UKSBP TINGKATAN 1
Semakan ini boleh dilakukan pada tarikh 4 Oktober 2019
SEMAKAN KELAYAKAN MENDUDUKI UKSBP TINGKATAN 4
Semakan ini boleh dilakukan pada tarikh 11 Oktober 2019
Tarikh UKSBP Diadakan
Bagi Tingkatan 1, UKSBP akan dijalankan di semua pusat seperti yang telah ditetapkan (bagi Tingkatan 4 hanya 69 pusat yang terlibat)
Soalan yang akan ditanya ketika UKSBP adalah soalan IQ, EQ, SQ dan pengetahuan am
Pelajar perlu membawa kad pengenalan dan slip menduduki UKSBP seperti yang terdapat dalam laman sesawang KPM
Tiada ujian ulangan bagi pelajar yang gagal hadir pada hari yang telah ditetapkan
Tingkatan 1
MULA : 4 Oktober 2019
TAMAT : 18 Oktober 2019
Tingkatan 4
MULA : 21 Oktober 2019
TAMAT : 24 Oktober 2019
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut atau soalan berkaitan kemasukan ke SBP sila layari pautan di bawah: