Koleksi Ucapan Dan Pantun Hari Raya Aidilfitri

Hari raya bakal menjelang tiba. Setelah sebulan umat islam menahan diri dari lapar dan dahaga serta perkara yang boleh membatalkan puasa bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari akhirnya kita tiba di hari kemenangan, hari raya Aidilfitri. Kita digalakkan menyambutnya dengan penuh kegembiraan dan bersederhana di hari yang mulia ini.

Digalakkan juga untuk kita saling bermaaf maafan di bulan yang mulia ini. Sudah menjadi amalan kita rakyat Malaysia berkunjung ke rumah saudara mara dan rakan-rakan bila tiba di hari raya. Sambutan di Malaysia sangat meriah terutama di kampung halaman bila semua saudara mara jauh dan dekat datang berkumpul bagi meraikan hari raya Aidilfitri.

Kalau diikutkan tradisi dahulu, mereka akan berkirim surat sebagai tanda ingatan bagi mereka yang berjauhan. Namun di zaman yang serba canggih ini amalan ini masih diteruskan namun sejajar dengan peredaran zaman ucapan raya disampaikan dalam bentuk digital melalui kiriman di media sosial.

Koleksi Ucapan Raya Dan Pantun Raya Puasa (Aidilfitri) Menarik

Bagi memeriahkan lagi sambutan hari raya ini, dikongsikan beberapa koleksi ucapan raya dan pantun raya untuk dikongsikan oleh rakyat Malaysia kepada rakan-rakan. Berikut merupakan ucapan tersebut:

Koleksi Ucapan Raya Dan Pantun Raya

Jika jiwa sebening air,
Maka jangan keruhkan,
Jika hati seputih awan,
Jangan mendungkan,
Raih kemenangan dengan saling bermaafan,
Selamat Hari Raya AidilFitri.

Ada ketikanya mata silap memandang,
Telinga salah mendengar, Lidah terlanjur berkata,
Fikiran khilaf menafsir dan Hati silap menduga.
Mohon maaf atas segalanya, Salam Aidil Fitri.

Bila takbir raya bergema
Hari kemenangan umat berpuasa
Genangan airmata mengusik jiwa
Sepuluh jari saya hulurkan
Ampun maaf dipinta
Selamat hari raya.

Buat meriam pasang pelita,
Asap keluar bunyi tak de,
Ucapan raya maaf dipinta,
Harap tak de yang mengguris jiwe

Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama insan
Mengikat tali keakraban

Lisan kadang-kadang tak terjaga,
Janji kadang-kadang terabaikan, hati kadangkala berprasangka,
Sikap kadangkala menyakitkan.
harapan ini menjadi indah jika selalu ada maaf diantara kita.
Syawal akan menjelang.
Mohon Maaf zahir dan Batin

Buah pauh ditengah bendang,
Jadi dagangan ditengah kota,
Saudara jauh datang bertandang,
Bermaaf-maafan sesama kita.

Sungguh rendang pohon rumbia
Tempat persinggahan sianak kera
Ketupat rendang sudah tersedia
Jemputlah semua menjamu selera

Anak kucing curi ketupat,
kena kejar terlompat-lompat, nak hantar kad raya dah tak sempat,
hanya SMS laa yang paling cepat
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir batin

Masak udang dan gulai ketam,
Pembasuh mulut kuih keria,
Berbunyi mercun berdetum detam,
Riang gembira dihari raya.

Menyeberang lautan melintas negeri
Terbang jauh dari Itali
Datuk nenek muka berseri
Anak cucu telah kembali

Pelita indah lagi berseri,
menjadi hiasan di aidil fitri,
SMS dikirim pengganti diri,
tanda ingatan tak layu di hati,
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI,
MAAF ZAHIR BATIN

Gulai tempoyak ikan mayong,
Deroyan busok tebok tupai,
Pandu hemat ingat kampong,
Asal teman selamat sampai.

secebis kasih membuatkan kita sayang
seucap janji membuatkan kita percaya
sedikit luka membuatkan kita kecewa
tapi sebuah persahabatan selamanya bermakna
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Kambing tua naik LRT
Katak pisang tercekik tulang
Walau SMS sahaja yang diberi
Itu tandanya ingatan tidak hilang

Yang jauh itu Waktu,
Yang dekat itu Mati,
Yang besar itu Nafsu,
Yang berat itu Amanah,
Yang mudah itu Berbuat Dosa,
Yang panjang itu Amal Soleh,
Yang indah itu Saling Memaafkan.
Salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.

Satu Syawal menjelang tiba,
Takbir bergema mengegarkan jiwa,
Sekiranya ada salah dan dosa,
Ampun dipinta dihari mulia.
Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin.

Bakar lemang sambil berdiri
Untuk juadah Aidilfitri
Nak hantar kad raya posmen dan cuti
SMS sahaja pengganti diri
Maaf Zahir dan Batin

Gemersik takbir mengundang hiba,
Salam diutus tanda ingatan,
Syawal dinanti menjelang tiba,
Salam diutus pohon kemaafan,
Maaf zahir dan batin.

Andai jemari tak sempat berjabat,
andai raga tak dapat bertatap,
seiring beduk yang menggema,
seruan takbir yang berkumandang,
ku aturkan salam menyambut
hari raya idul fitri,
jika ada kata serta khilafku membekas lara,
mohon maaf lahir dan batin.

Sungai disusur sehari-hari,
Dalam gelap menangkap ikan,
Kami meyusun sepuluh jari,
Salah dan silap harap maafkan

Ramadhan bakal beransur pergi,
Syawal menjelma di Aidilfitri
Seikhlas hati menyusun jari,
Memohon dimaaf kekhilafan diri
Salam Aidilfitri, maaf zahir batin

Tiba kita di musim perayaan,
Ramai juga yang shopping sakan.
Salam lebaran daku ucapkan,
Di hari raya saling bermaafan.
Salam aidilfitri, maaf zahir dan batin.

Ya Allah, Muliakanlah Saudaraku ini,
Bahagiakanlah Keluarganya, berkatilah rezekinya,
Kuatkanlah imannya, berilah kenikmatan ibadahnya,
Jauhkanlah dia dari segala fitnah. Selamat Hari raya Maaf zahir Batin

Kian Berlabuh Tirai Ramadhan,
Lambaian Syawal Kian Dinanti,
Luhur Hati Ikhlas Kemaafan,
Semoga Kesalahan Dimaafi,
Selamat Hari Raya,
Maaf Zahir Batin

Ada mata pandanglah keindahan,
Ada mulut berbudilah pertuturan;
Ada hati berilah kesayangan,
Ada salah silap silalah maafkan.

Bila kata terselit dusta, bila sikap membekas lara,
bila langkah menoreh luka, semoga maaf dapat dipinta.
Selamat hari raya AidilFitri 1 Syawal 1445H Minal aidin
wal faizin. Mohon maaf zahir dan batin.

Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Makan sudah bersalam pun sudah,
Duit raya takkan dah lupa.

Sebelum lidah keluh,
sebelum hati kembali membeku,
sebelum tangan kaku & sulit hanya untuk sekedar minta maaf lewat sms
& sebelum semua operator sibuk..
MOHON Maaf atas semua khilaf yg ku lakukan

Ketupat pulut di atas para,
Hendak direbus di tepi perigi,
SMS dihantar pengganti kad raya,
Tanda ingatan tak luput di hati.
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Mohon maaf Zahir & Batin.