Semakan Keputusan SMA Terengganu 2025 Online

Menuntut ilmu merupakan sesuatu yang fardhu dalam agama islam. Galakkan untuk menuntut ilmu tanpa mengira jantina telah ditekankan dalam agama kita. Oleh itu, ibu bapa yang berkemampuan harus untuk menghantar anak mereka ke sekolah-sekolah hingga ke peringkat universiti. Oleh itu, Kerajaan Negeri Terengganu telah menghebahkan berita baik buat rakyat Terengganu. Permohonan kemasukan ke Sekolah Menengah Agama (SMA) Terengganu telah dibuka. Demi kemudahan ibu bapa juga, permohonan dan semakan permohonan boleh dilakukan secara atas talian.

Untuk pengetahuan, Unit ICT JHEAT di bawah seliaan Bahagian Pendidikan telah membangunkan aplikasi laman sesawang permohonan ke Sekolah Menengah Agama Terengganu dan juga Madrasah Moden MAIDAM. Tujuan aplikasi ini dibangunkan untuk memudahkan ibu bapa mendaftarkan anak mereka ke SMA Terengganu. Ibu bapa hanya perlukan capaian internet untuk membuat permohonan dan juga semakan permohonan. Disertakan juga syarat kelayakan untuk menjadi sebahagian daripada pelajar SMA Terengganu.

Ambilan pelajar baru dibuka untuk kemasukan pelajar ke tingkatan 1, 4 dan tingkatan 6. Reputasi SMA Terengganu amat memberangsangkan dan mendapat permintaan tinggi ibu bapa. Ibu bapa yang inginkan anak mereka mahir dalam ilmu agama dan juga ilmu sains digalakkan untuk mendaftarkan anak mereka kerana reputasi yang cemerlang ditunjukkan sekolah akhir-akhir ini.

Semakan Keputusan SMA Terengganu 2025 Online SMANT & MAIDAM

Berikut dikongsikan cara membuat semakan keputusan permohonan kemasukan ke SMA Terengganu serta tarikh-tarikh penting SMA Terengganu bagi tahun 2025:

Tarikh Semakan Ujian Kemasukan Ke SMANT 2025

Dibuka : 17 Disember 2024

Ditutup : –

Pemohon yang telah mengemukakan permohonan boleh membuat semakan panggilan temuduga pada 17 Disember 2024.

Cara Membuat Semakan Ujian & Temuduga SMANT

Sila layari pautan di bawah untuk membuat semakan ujian bertulis samada anda layak atau tidak

SEMAKAN UJIAN BERTULIS SMANT

I) Sila isikan no kad pengenalan pemohon kemudian tekan butang cari

II) Keputusan semakan ujian bertulis akan dipaparkan di skrin

Tarikh-Tarikh Penting Ujian

TarikhPerkara
17 Disember 2024Semakan Panggilan Ujian
17 Disember 2024Semakan Panggilan Temuduga
Temuduga di Sekolah Berasrama Penuh
Temuduga di Sekolah Menengah Agama Harian

Tarikh Keputusan Kemasukan Tingkatan 1 Ke SMANT 2025

Dibuka : 3 Februari 2025

Ditutup : –

Tarikh Keputusan Kemasukan Tingkatan 4 Ke SMANT 2025

Dibuka : 23 Januari 2025 (12 tengah hari)

Ditutup : 6 Februari 2025 (3 petang)

Pemohon yang berjaya melepasi ujian dan temuduga akan ditawarkan kemasukan ke SMANT. Semakan boleh dibuat pada waktu dan tarikh di atas

Cara Membuat Semakan Keputusan Kemasukan Ke SMANT 2025

Sila layari pautan di bawah untuk membuat semakan permohonan anda

SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN SMANT

I) Sila isikan no kad pengenalan pemohon kemudian tekan butang cari

II) Keputusan semakan ujian bertulis akan dipaparkan di skrin

Tarikh Pendaftaran Ke Sekolah-Sekolah SMANT Tingkatan 1 2025

TarikhPerkara
Dalam ProsesPendaftaran Pelajar
Dalam ProsesPermohonan rayuan
Dalam ProsesKeputusan rayuan