Lafaz Takbir Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha rumi

Hari Raya Aidilfitri adalah hari kegembiraan dan hari kemenangan bagi meraikan kejayaan umat islam berpuasa pada bulan Ramadhan yang lalu. Hari raya Aidiladha pula adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah Allah SWT. Justeru kita harus menyambutnya dengan kegembiraan beserta dengan sambutan yang sederhana.

Bagi melafazkan kesyukuran kita kepadaNya, disunatkan kita untuk menunaikan solat sunat hari raya. Sebelum memulakan solat umat islam akan bertakbir mengagungkan Allah serta sebagai tanda kesyukuran atas nikmat yang dikurniakan. Adalah amat digalakkan untuk bertakbir ketika menuju ke tempat solat seperti yang dilakukan oleh Baginda Nabi Muhammad.

Wanita juga digalakkan untuk keluar bertakbir bagi bersama sama menzahirkan rasa kesyukuran di pagi raya. Disunatkan juga untuk kita menguatkan suara ketika bertakbir. Terdapat banyak lagi perkara-perkara sunat yang boleh dilakukan di pagi raya. Semua ini amat digalakkan untuk kita umat islam lakukan.

Takbir Raya Aidilfitri (Puasa) Dan Aidiladha (Haji)

Jenis-Jenis Takbir Hari Raya

Ulama membahagikan kepada dua jenis; Takbir Mursal dan Takbir Muqayyad.

i) Takbir Mursal

Ia juga disebut Takbir Mutlak kerana perlaksanaannya tidak terikat dengan waktu solat. Justeru, apabila tenggelam matahari pada malam Hari Raya Aidiladha dan Hari Raya Aidilfitri sehingga takbiratul ihram solat Hari Raya, kita disunatkan untuk bertakbir sepanjang masa.

Para ulama menetapkan bahawa perlaksanaan Takbir Mursal bagi Hari Raya Aidilfitri lebih ditekankan berbanding Hari Raya Aidiladha.

ii) Takbir Muqayyad

Perlaksaanan takbir ini terikat dengan perlaksanaan solat-solat maktubah (solat fardu lima waktu). Oleh itu, apabila masuk waktu bertakbir Hari Raya Aidiladha, kita disunatkan untuk bertakbir selepas setiap kali solat fardu. Takbir Muqayyad ini hanya berlaku bagi Hari Raya Aidiladha dan tidak disunatkan pada malam Hari Raya Aidilfitri melainkan Takbir Mursalyang juga lebih ditekankan bagi Aidilfitri.

Waktu Bertakbir

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, ada perbezaan waktu bertakbir bagi Hari Raya Aidiladha dan Hari Raya Aidilfitri. Kaifiat berikut kita peroleh daripada perbuatan Nabi SAW dan para sahabat, seterusnya diwarisi kepada generasi ulama seterusnya.

i) Hari Raya Aidiladha

Waktunya Takbir Muqayyad bagi Hari Raya Aidiladha bermula pada waktu Subuh Hari Arafah dan berterusan sehingga tamat waktu Asar pada Hari Tasyriq yang ketiga.
Ertinya, apabila masuk waktu Subuh 9 Zulhijjah, disunatkan bagi orang yang tidak pergi menunaikan haji untuk bertakbir setiap kali selesai menunaikan solat fardhu sehinggalah waktu Asar 13 Zulhijah, menjadikan waktu bertakbir itu 5 hari 4 malam.

Adapun bagi mereka yang menunaikan haji, mereka hanya disunatkan untuk bertakbir bermula gelincirnya matahari, yakni masuk waktu Zuhur Hari Raya Aidiladha (10 Zulhijah) sehingga terbitnya fajar sadiq, yakni masuk waktu Subuh pada 13 Zulhijah. Namun sekiranya mereka sudah selesai bertahallul yang kedua, maka mereka boleh bertakbir sehingga waktu Asar, sama seperti orang lain.

ii) Hari Raya Aidilfitri

Waktunya Takbir Mursalnya bermula selepas terbenamnya matahari pada malam raya, iaitu masuk waktu Maghrib 1 Syawal sehinggalah takbiratul ihram solat Hari Raya Aidilfitri.

SUMBER: IRSYAD AL-FATWA HAJI DAN KORBAN SIRI KE-20: KAIFIAT DAN WAKTU TAKBIR HARI RAYA AIDILADHA

Berikut dikongsikan lafaz takbir hari raya Aidilfitri serta beberapa info penting bagi memudahkan semua:

LAFAZ TAKBIR HARI RAYA AIDILFITRI DAN AIDILADHA

takbir raya

Takbir raya dalam rumi:

Allahuakbar Allahuakbar AllahuakbarLa ilaha illa Allahu wa Allahu akbar,
Allahu akbar walillahi ilham x 3
Allahuakbar kabira walhamdulillahi kathira,
Wa subhanallahi bukrata wa asila
La ilaha illa Allahu wa na’budu illa iayyahu, muhlisina
lahuddin , walau karihal kafirun
La ilaha illa Allah hu wahdahu , sodaqo wa’dahu, wa nasoro
ab’ dahu
Wa a a’zza jundahu wahazamal akhzaba wahdahu
La ilaha illa Allahu Allahu akbar, Allahu akbar walillahi
ilhamdu

Terjemahan:

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar,
Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah dan Allah
Maha Besar,
Allah Maha Besar dan segala puji-pujian hanya layak bagi Allah.
Allah Maha Besar Yang Teramat Besar, Segala Puji bagi Allah Yang
Teramat Banyak,
Maha suci Allah pada waktu pagi dan petang,
Tiada Tuhan melainkan Allah, dan Tidak ada lain yang kami sembah
melainkan Dia,
Kami ikhlas kepadaNya (mengikuti ajaran agama Islam) sekalipun
dibenci oleh orang-orang kafir,
Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Tunggal, Yang Menepati
janjiNya, Yang Menolong hambaNya,
Dan Yang Memuliakan tenteraNya dalam mengalahkan tentera alAhzab
dengan sendiri (KekuasaanNya),
Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar, Allah
Maha Besar dan segala puji-pujian hanya bagi Allah.

Video Takbir Raya

Kepentingan Bertakbir

    1. Sebagai tanda rasa syukur kepada Allah
    2. Takbir merupakan terapi untuk menyejukkan jiwa membuatkan hati tenang
    3. Tanda kemenangan umat Islam melawan nafsu setelah sebulan berpuasa
    4. Takbir dan tahmid mampu mengukuhkan ukhwah sesama muslim
    5. Menunjukkan penyatuan umat islam dan kekuatan melalui roh bertakbir