Semakan No Pendaftaran Produk Dengan KKM Secara Online

Barangan kosmetik dan produk-produk berasaskan kimia banyak boleh didapati dengan mudah. Kesemua produk ini diperbuat daripada bahan-bahan kimia. Sebagai pengguna kita harus mengetahui kandungan bahan yang digunakan. Banyak kes-kes tular di media sosial produk-produk yang dikatakan mengandungi bahan-bahan terlarang dan boleh membahayakan pengguna. Kebanyakan produk ini adalah produk kosmetik dan juga produk kesihatan.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merupakan organisasi yang bertanggungjawab untuk memastikan produk-produk ini menepati piawaian yang ditetapkan sebelum ianya sampai ke pengguna. Ole itu, KKM telah mewujudkan National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA) sebagai badan yang dipertanggungjawabkan untuk memantau produk-produk kesihatan dan kosmetik yang dijual dipasaran agar tidak mengandungi bahan terlarang.

Selain itu, pengguna juga boleh membuat semakan di portal rasmi NPRA sama ada produk yang dimiliki telah mendapat kelulusan atau tidak. Semua produk kosmetik dan kesihatan wajib untuk berdaftar dengan KKM bagi memastikan produk yang dijual tidak memudaratkan pengguna.

Semakan Produk Berdaftar Melalui Laman Sesawang Bahagian Regulatori Farmasi Negara (National Pharmaceutical Regulatory Agency)

Setiap produk yang telah berdaftar akan memperoleh no pendaftaran yang mengesahkan produk itu selamat digunakan.

Pengguna boleh membuat semakan dengan mudah secara online untuk mendapatkan maklumat yang tepat. Berikut dikongsikan cara-cara membuat semakan nombor pendaftaran produk online:


Cara Semak Nombor Pendaftaran Produk Dengan KKM

  1. Sila layari pautan di atas
  2. Pilih kategori produk sama ada produk farmasi atau kosmetik

  1. Pilih carian berkaitan sama ada nama produk, No pendaftaran produk, nama syarikat, nama pengilang, pengimport atau bahan aktif dengan tekan butang “search by”
  2. Masukkan carian anda dan tekan butang “search”. No pendaftaran, nama produk dan nama syarikat akan dipaparkan. Jika produk tersebut tersenarai dan no pendaftaran produk adalah sama seperti tertera di label produk maka ia selamat digunakan

Untuk pengetahuan semua, no pendaftaran yang bermula dengan MAL adalah produk kesihatan manakala NOT adalah produk kecantikan.

Kemudian akan diikuti dengan lapan digit nombor dan diakhiri dengan kod rujukan. Contoh no pendaftaran: MAL04125628T

Kod Rujukan Produk

Kod rujukan diakhir no pendaftaran membawa maksud seperti berikut:

  1. A: Scheduled Poisons
  2. X: Non-scheduled Poisons (over the counter products)
  3. T: Traditional Medicines
  4. C: Contract Manufactured
  5. E: Export Only
  6. R: Repacked
  7. S: Second source
  8. N: Health Supplement
  9. H: Veterinary
  10. Z: Zero Rated GST
  11. Y: Orphan Products

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan atau ingin tahu info terkini sila layari pautan berikut: