Semakan PTPTN Status Permohonan Dan Penyata Baki Pinjaman

Mahasiswa dan mahasiswi di Malaysia yang baru memulakan pengajian di institut pengajian tinggi awam (IPTA) mahupun swasta (IPTS) di Malaysia bolehlah menggunakan perkhidmatan pembiayaan kewangan dan pinjaman pelajaran melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

PTPTN merupakan salah satu pinjaman pendidikan yang paling sesuai buat masa kini kerana memiliki kadar faedah yang paling rendah terhadap peminjamnya. Memandangkan kos yang kian meningkat sekarang ini, PTPTN merupakan antara alternatif untuk ibu bapa yang kurang berkemampuan mendapatkan sumber kewangan untuk menyara kos pembelajaran anak mereka di peringkat pengajian tinggi.

Apabila pinjaman PTPTN berjaya atau diluluskan, bantuan juga akan diberikan dalam bentuk Wang Pendahuluan Pendapatan (WPP) sebanyak RM1,500 kepada penuntut universiti awam sahaja sebagai persediaan sebelum memasuki semester pertama. Namun begitu, bagi sesiapa yang mengambil WPP, potongan sebanyak RM500 akan dikenakan bagi 3 semester pertama secara berturut-turut.

Semakan Baki PTPTN Dan Status Permohonan Pinjaman Secara Online

Bagi mereka yang berminat untuk menggunakan pinjaman pembelajaran daripada PTPTN, permohonan boleh dilakukan secara atas talian melalui beberapa langkah yang akan dijelaskan di bawah. Bagi yang telah memohon juga, anda boleh melakukan semakan permohonan seperti yang berikut.

Langkah Membuat Permohonan PTPTN

  1. Untuk permohonan kali pertama, peminjam perlu membeli Nombor PIN PTPTN terlebih dahulu melalui cara seperti berikut. Sebelum memohon, sila pastikan pemohon telah:
    • Menerima Tawaran IPT
    • Mempunyai salah satu nombor akaun SSPN
    • Mempunyai no akaun bank mengikut panel Bank IPT anda
    • Membuat semakan jadual permohonan dan dan bayaran pinjaman
  2. Layari pautan Pendaftaran Permohonan Pinjaman di pautan berikut :Pembelian No. PIN PTPTN
    • Pilih “Beli No. PTPTN & Mohon Pinjaman”
    • Isi borang permohonan dan klik “Daftar”
    • Buat pembayaran menggunakan perbankan Internet.
    • Setelah berjaya membuat pembayaran, anda boleh terus membuat permohonan.
    • Peminjam boleh mendaftar permohonan baru selepas berjaya membuat pendaftaran kali pertama dengan melengkapkan maklumat pendaftaran yang diperlukan.
  3. Bagi permohonan kali kedua dan seterusnya, sila daftar masuk di laman sesawang di bawah:
    •  Daftar masuk dengan memasukkan No. Kad Pengenalan dan Kata Laluan. Sila Klik Link Daftar Masuk Permohonan Pinjaman PTPTN
    • Klik pada Daftar Baru (No PIN BSN) bagi peminjam yang membeli No. PIN di BSN
    • Isi borang permohonan dan klik “Daftar”

Cara Membuat Semakan Status Permohonan PTPTN

 APPLIKASI ONLINE SEMAKAN STATUS PERMOHONAN PTPTN

  • Layari laman sesawang yang dinyatakan di atas
  • Masukkan No. Kad Pengenalan dan Kata Laluan dan tekan butang log masuk
  • Paparan status permohonan anda akan ditunjukkan

Pemohon yang telah lulus permohonan bagi pinjaman pendidikan PTPTN boleh membuat semakan penerimaan wang pendahuluan pinjaman WPP dengan mengikuti langkah seperti yang tertera di bawah:

  • Masukkan No. Kad Pengenalan di ruangan disediakan
  • Tekan butang hantar
  • Paparan semakan tawaran wang pendahuluan pinjaman WPP anda akan ditunjukkan.

Pemohon atau peminjam juga boleh menyemak jadual permohonan atau bayaran pinjaman mengikut kursus pengajian dan institusi masing-masing bagi merancang perbelanjaan di setiap semester. Semakan boleh dibuat melalui cara di bawah:

 SEMAKAN JADUAL PERMOHONAN / BAYARAN PINJAMAN PTPTN

  • Masukkan jenis kursus pengajian ataupun nama institusi pengajian di ruang yang disediakan
  • Tekan butang hantar
  • Paparan semakan Jadual Permohonan / Bayaran Pinjaman mengikut kursus pengajian dan institusi pengajian akan ditunjukkan.

Bagi mereka yang telah berjaya membuat pinjaman dan telah pun selesai atau tamat pengajian di IPTA atau IPTS, anda boleh mula menyemak baki pinjaman anda untuk dibayar melalui cara di bawah:

Cara Membuat Semakan Penyata Baki Pinjaman PTPTN

Terdapat dua cara untuk membuat semakan penyata baki pinjaman PTPTN iaitu:

  1. Semakan secara atas talian (Online)

 SEMAKAN PENYATA BAKI PINJAMAN PTPTN ONLINE

  • Masukkan No. Kad pengenalan di ruangan disediakan
  • Tekan butang hantar
  • Paparan semakan Penyata Baki Pinjaman anda akan ditunjukkan

No PIN boleh didapati dengan menghubungi talian Hotline PTPTN di 03-2193 3000 atau menghubungi laman web rasmi PTPTN

2. Semakan melalui myPTPTN

Pengguna perlu mendaftar dahulu sebelum boleh membuat semakan baki pinjaman dan perkhidmatan lain. Ikuti langkah-langkah mendaftar myPTPTN seperti berikut:

  • 1. Buka aplikasi myPTPTN dan klik “Daftar Sekarang”
  • 2. Isi maklumat pengguna yang diperlukan seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, emel, nombor telefon dan alamat surat-menyurat.
  • 3. Tetapkan kata laluan dan tentukan frasa atau ikon keselamatan
  • 4. Tandakan persetujuan pengesahan maklumat dan penafian
  • 5. Dapatkan TAC pada telefon yang didaftarkan dan pengguna akan menerima emel untuk mengaktifkan myPTPTN
  • 6. Selepas pengaktifan, lengkapkan proses pengesahan identiti eKYC untuk verifikasi pengguna dan keselamatan maklumat.
  • 7. Di paparan utama terdapat bahagian perkhidmatan dan klik pda semakan baki penyata pinjaman
  • 8. Paparan penyata pinjaman pengguna akan keluar dan pengguna boleh memuat turun untuk kegunaan yang berkenaan.

Selain semakan baki pinjaman penyata, pengguna boleh menggunakan aplikasi myPTPTN untuk membuat bayaran balik pinjaman, permohonan potongan gaji bagi bayaran balik pinjaman, pembukaan akaun SSPN, penambahan deposit Simpan SSPN dan semakan penyata Simpan SSPN. Untuk mendapatkan maklumat lebih terperinci berkaitan aplikasi baharu myPTPTN, sila buka pautan :