Hari raya Aidiladha atau Hari Raya Haji merupakan salah satu hari kebesaran bagi umat islam selain daripada hari raya AidilFitri. Hari raya Aidiladha disambut setahun sekali ketika musim haji berlangsung. Pada hari raya aidiladha, umat islam disunatkan untuk menunaikan solat sunat hari raya aidiladha pada pagi 10 zulhijjah hari raya.
Hari raya adiladha merupakan hari kegembiraan yang dikurniakan oleh Allah sebagai tanda memperingati peristiwa Nabi Ibrahim A.S dalam melaksanakan perintah Allah serta ketaatan dan kesabaran anaknya Nabi Ismail A.S. Solat sunat aidiladha dilakukan ditempat lapang atau di masjid dan umat islam lelaki dan perempuan disunatkan berkumpul di tempat solat membesarkan Allah sebagai tanda kesykuran atas nikmat yang diberikan.
Amalan-amalan sunat seperti memakai wangian, memakai pakaian bersih dan mandi sunat hari raya adalah antara amalan yang digalakkan untuk umat islam lakukan pada hari raya aidiladha.
Segala rukun mengerjakan solat sunat aidiladha adalah sama seperti solat fardhu kecuali penambahan 7 kali takbir pada rakaat pertama dan 5 kali takbir pada rakaat kedua. Selepas solat khatib akan menyampaikan khutbah sama seperti khutbah hari jumaat.
Khatib disunatkan melafazkan takbir pada kedua-dua khutbah. Selepas tamat solat sunat aidiladha, barulah jemaah akan bersurai dan bersiap sedia utuk melakukan ibadah korban yang biasa dilakukan selepas solat sunat aidiladha.
Hukum Solat Hari Raya
Hukum mengerjakan solat aidiladha adalah sunat muakkad dan telah dilakukan oleh Baginda Nabi Muhammad sejak dari awal pensyariatan hingga Baginda wafat. Umat islam disunatkan melakukan solat sunat aidiladha secara berjemaah namun sah jika dilakukan secara bersendirian.
Panduan Cara Solat Sunat Hari Raya Haji Aidiladha
Cara menunaikan solat sunat aidilfitri dan aidiladha adalah sama kecuali pada niat sahaja. Bagi memudahkan semua, kami kongsikan cara-cara menunaikan solat sunat aidiladha berserta niat. Sila rujuk panduan di bawah sebagai rujukan semua untuk menunaikan solat sunat aidiladha nanti:
Waktu Solat
Solat Sunat Aidiladha dikerjakan pada 10 Zulhijjah. Waktunya pula adalah di antara ketika mula terbit matahari sehingga tergelincirnya matahari. Namun, adalah sunat untuk solat dikerjakan segera bagi memberi peluang untuk ibadah korban dilaksanakan.
Cara Dan Niat Solat Sunat Aidiladha (Hari Raya Haji)
Lafaz Niat Solat Sunat Hari Raya Aidiladha
Usalli Sunnatan LiAidil Adha Rak’ataini Imaman/Makmuman Lillahi Ta’ala
Sahaja Aku sembahyang Sunat Hari Raya Aidil Adha Dua Rakaat imam/Makmum Kerana Allah Ta’ala
Cara Menunaikan Solat Sunat Hari Raya Aidiladha
Rakaat Pertama
- Mengangkat takbir ratulihram dengan menyebut Allah hu Akhbar kemudian lafazkan niat dalam hati
- Membaca doa iftitah
- Mengangkat takbir sebanyak tujuh kali diselangselikan dengan bacaan tasbih (setiap kali takbir diikuti dengan bacaan Subhanallah, Walhamdulillah, Wa la ilaha illallah, Wallahu akbar)
- سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُُ وَاللهُ أَكْبَر
- Membaca surah al- Fatihah
- Membaca mana-mana surah dalam al –Quran (di sunatkan membaca surah al-A’laa)
- Melakukan rukun seperti solat fardhu sehingga selesai rakaat pertama
Rakaat Kedua
- Mulakan dengan lafaz takbir intiqalat (takbir permulaan rakaat kedua)
- Mengangkat takbir lima kali diselangselikan dengan bacaan tasbih (setiap kali takbir diikuti dengan bacaan Subhanallah, Walhamdulillah, Wa la ilaha illallah, Wallahu akbar)
- سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُُ وَاللهُ أَكْبَر
- Membaca surah al- Fatihah
- Membaca mana-mana surah dalam al-Quran (di sunatkan dalam rakaat kedua membaca surah al-Ghaasyiyah)
- Melakukan rukun seperti solat fardhu sehingga selesai rakaat kedua
- Memberi salam
Khutbah Aidiladha 1442H/ 2021M Dari JAKIM
Setelah selesai menunaikan solat Sunat Hari Raya Aidiladha, khutbah boleh di baca dengan merujuk teks khutbah yang dikeluarkan oleh JAKIM seperti berikut:
Melakukan Perkara Sunat
Amat elok pada pagi hari raya Aidiladha jika kita mengikut beberapa perkara sunat yang boleh dilakukan di antaranya:
- Mandi sunat Aidiladha pada pagi harinya
- Memakai pakaian baru dan bersih sebagai tanda syukur kepada Allah
- Memakai haruman dan wangian yang menyenangkan
- Memohon keampunan dan bermaaf-maafan sesama ahli keluarga
- Sunat menjamah makan-minum selepas pulang daripada solat Aidiladha
- Menggunakan jalan berbeza sewaktu pergi dan pulang dari masjid.Lebih afdal dengan berjalan kaki jika masjid tidak terlalu jauh
- Bertakbir, tahmid dan tahlil bermula dari subuh 9 Zulhijjah hingga terbenam matahari pada 13 Zulhijah (Takbir Muqayyad)
- Menunaikan sunat hari raya dan mendengar khutbah penuh penghayatan
- Ziarah menziarahi kaum keluarga, jiran tetangga, dan sahabat handai
- Bersedekah kepada mereka yang memerlukan
- Elakkan menyambut hari raya dengan perkara yang ditegah syarak.