Contoh soalan UKSBP Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh 2020

Kementerian Pendidikan Malaysia telah menambak baik proses saringan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP). Bermula tahun 2017, kemasukan pelajar tingkatan 1 dan 4 ke Sekolah Berasrama Penuh perlulah menduduki Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) terlebih dahulu. UKSBP merupakan sebuah ujian saringan yang akan dilalui oleh pelajar yang terpilih dalam permohonan kemasukan ke SBP. Ujian ini merupakan salah satu syarat kelayakan yang wajib buat pelajar tahun 6 yang ingin memasuki SBP Tingkatan 1 pada tahun hadapan.

Permohonan kemasukan tingkatan 1 dan tingkatan 4 SBP 2020 dibuka bermula 27 Ogos 2019 dan ditutup pada 27 September 2019. Bagi menyemak nama yang layak menduduki UKSBP serta pusat atau tempat untuk mengambil UKSBP, para pelajar atau ibu bapa boleh berbuat demikian mulai 4 Oktober 2019 bagi tingkatan 1 manakala untuk tingkatan 4 pula pada 11 Oktober 2019.

Ujian ini akan dijalankan di semua pusat ujian yang ditetapkan. Berikutan permintaan dari ramai, penulis GCarian akan memberi beberapa tips dan contoh-contoh soalan UKSBP sebagai persediaan menghadapi ujian ini. Ibu bapa dinasihatkan untuk membuat persediaan seperti melatih anak masing-masing menggunakan komputer agar mudah dan tidak kekok untuk menjawab soalan di komputer.

Contoh Soalan Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP

Berikut dikongsikan contoh soalan UKSBP berdasarkan rujukan yang telah dibuat terhadap soalan UKSBP tahun 2017. Turut dikongsikan juga tips persediaan bagi menduduki UKSBP dan beberapa info penting lain yang berkaitan:

Tarikh Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh 2020

Tingkatan 1

MULA : 14 Oktober 2019

TAMAT : 18 Oktober 2019

Tingkatan 4

MULA : 21 Oktober 2019

TAMAT : 24 Oktober 2019

Tiada ujian ulangan buat pelajar yang tidak berjaya menghadirkan diri pada tarikh ujian yang telah ditetapkan

Tips Persediaan UKSBP

Berikut dikongsikan beberapa langkah persediaan menghadapi UKSBP :

  1. Sila bawa Kad Pengenalan (MyKad)
  2. Cetak slip nama layak menduduki UKSBP dan pusat ujian dari laman sesawang KPM
  3. Berpakaian uniform sekolah yang lengkap
  4. Sila bawa alat tulis lengkap (Kalkulator tidak digunakan tetapi boleh dibawa sebagai persediaan)
  5. Sila hadir 45 minit lebih awal dari masa ujian dijalankan
  6. Jawab 50 soalan objektif secara atas talian / online (ini berdasarkan UKSBP 2017)
  7. Pastikan pelajar boleh menggunakan komputer tanpa tetikus /mouse (berikutan ada komputer tanpa tetikus)
  8. Sijil tidak perlu dibawa tetapi sebagai persediaan boleh disimpan di kereta atau sebagainya.

Struktur Soalan UKSBP

Soalan dibahagikan kepada 5 komponen:

a) IQ (Kemampuan intelektual, rasional dan logik) : 10 SOALAN

b) EQ (Kemampuan emosi terhadap diri sendiri atau orang lain) : 10 SOALAN

c) SQ ( Kerohanian dan kemampuan jiwa menangani kehidupan seharian) : 10 SOALAN

d) SSQ (Kemampuan atau kelebihan diri berinteraksi dengan orang lain) : 10 SOALAN

e) PENGETAHUAN AM : 10 SOALAN

  •  JUMLAH : 50 SOALAN
    • Komponen ini adalah berdasarkan UKSBP 2018. Ianya tertakluk kepada perubahan dari KPM bagi UKSBP 2019

Contoh Soalan UKSBP

Bagi soalan pengetahuan am, para pelajar perlulah mengetahui hal-hal semasa negara seperti sejarah, sukan, fakta umum dan sebagainya.

Untuk soalan jenis EQ dan SQ, jawapan yang hendak dipilih haruslah yang paling positif manakala soalan matematik pula adalah berbentuk peratus, operasi bergabung, sudoku dan nisbah.

1Apakah sinonim bagi perkataan amalan?25Apakah sungai yang berhubung dengan Sungai Gombak?
2Apakah senjata kebesaran diraja?26Siapakah penjajah pertama Malaysia?
3Apakah kaum terbesar di Sabah?27Siapakah bapa permodenan Malaysia?
4Preve adalah model kereta apa?28Soalan-soalan matematik (Sudoku)
5Siapakah pengasas Facebook?29Bilakah tarikh penubuhan Malaysia?
6Huraikan tentang Fotosentisis30Apakah perkara yang perlu dilakukan sebelum mengulangkaji pelajaran?
7Berapakah jumlah wilayah di Malaysia?31 Labu sayong berasal dari negeri mana?
8Kawan-kawan sekeliling anda tidak suka dengar ceramah, apakah tindakan anda?32Apakah yang perlu dilakukan oleh ketua kelas dan murid-murid jika kelas bising?
9Apakah produk keluaran Proton?33Adat Pepatih berasal dari negeri mana?
10Apakah gelarant jaguh pecut basikal negara, Aziziulhasni Awang?34Siapakah pencipta Jalur Gemilang?
11Apakah unit untuk mengukur kekuatan gempa bumi?35Apakah tindakan jika anda dibuli oleh kawan?
12Anda telah merosakkan kalculator kawan anda, apakah tindakan anda?36Apakah tindakan anda jika kawan-kawan anda bergaduh?
13Apakah tindakan anda jika kawan Facebook mengajak temujanji?37Siapakah pencipta kapal terbang?
14Siapakah orang pertama yang menjejakkan kaki ke angkasa lepas?38Apakah jenama Beryl?
15Namakan kuih tradisional Sarawak39Apakah yang perlu dilakukan apabila jumpa pengemis di jalanan?
16Dimanakah terletaknya Genting Highland?40Namakan muzik dan lagu untuk negeri. Contoh: Dondang Sayang
17Apakah tarian terkenal di Johor?41Pulau Pangkor terletak di mana?
18Siapakah pencipta telefon?42Apakah tindakan anda jika tersepak bola dan terkena tingkap?
19Siapakah pencipta lampu?43Apakah tindakan anda jika rumah kawan terbakar?
20Namakan pemain bola sepak Sepanyol44Apakah nama tasik yang terkenal di Terengganu?
21Apakah yang perlu dilakukan jika rindu ibu bapa?45Apakah tindakan anda jika ternampak bendera jatuh?
22Apakah sukan bagi Le Tour de Langkawi?46Apakah tahun selepas 2 dekad berdasarkan tahun yang diberi?
23Apakah nama ibu negara Malaysia?47Wau berasal dari mana?
24Apakah yang patut dilakukan jika anda tidak sesuai duduk di asrama?48Apakah tindakan anda jila adik anda berumur 8 tahun megoyakkan 3 muka surat kerja matematik yang telah siap?

Contoh soalan ini adalah hasil rujukan daripada beberapa jenis sumber di internet seperti di media sosial.

Info Berkaitan