Penguasaan Bahasa Inggeris amat penting pada zaman kini. Malaysian University English Test (MUET) merupakan salah satu cara untuk mengukur kemampuan berbahasa inggeris pelajar Malaysia. Di seluruh Universiti Awam (UA) dalam negara kita, mereka menggunakan keputusan ujian MUET sebagai salah satu syarat am kemasukan ke universiti mereka. Pemohon yang menepati kelayakan minimum keputusan MUET serta menepati syarat yang lain layak untuk menyertai UA yang mereka inginkan jika terpilih.
Bahasa Inggeris merupakan bahasa lingua franca pada ketika ini. Justeru amat penting untuk pelajar di Malaysia menguasai bahasa asing ini. Tanpa menidakkan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara, pelajar perlu selalu mempraktikkan komunikasi dalam Bahasa Inggeris bermula daripada rumah. Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) telah menyediakan dan akan mengelola ujian MUET sebagai salah satu syarat kemasukan ke UA.
Bagi memudahkan calon, MPM akan menjalankan ujian MUET sebanyak tiga kali setahun. Ini bertujuan agar calon dapat mempersiapkan diri sebelum menduduki ujian MUET. Pendaftaran ujian MUET ini boleh dilakukan secara atas talian (online).
Pendaftaran Muet Sesi 1, 2 & 3 Tahun 2024
Demi memudahkan semua pelajar, berikut kami kongsikan tarikh semakan pendaftaran untuk ketiga-tiga sesi, cara membuat semakan secara online dan sms. Diharapkan dapat membantu semua:
Tarikh Pendaftaran Muet
Sesi 1 (Mac)
TARIKH BUKA : 17 Januari 2024
TARIKH TUTUP : 8 Februari 2024
Sesi 2 (Julai)
TARIKH BUKA : 2 Mei 2024
TARIKH TUTUP : 4 Jun 2024
Sesi 3 (November)
TARIKH BUKA : 8 Ogos 2024
TARIKH TUTUP : 15 September 2024
Tarikh Semakan Slip Pendaftaran Muet
Sesi 1 (Mac)
TARIKH BUKA : 11 Mac 2024
TARIKH TUTUP : –
Sesi 2 (Julai)
TARIKH BUKA : 24 Jun 2024
TARIKH TUTUP : –
Sesi 3 (November)
TARIKH BUKA : 18 Oktober 2024
TARIKH TUTUP : –
Cara Mendaftar Muet Secara Online
Pendaftaran MUET
Berikut adalah langkah-langkah untuk mendaftar MUET secara online:
- Klik Calon Persendirian untuk calon persendirian
- Klik Calon Sekolah/ Institusi untuk calon instiusi
Untuk manual lengkap pendaftaran, sila klik:
Bagi calon persendirian, pendaftaran boleh dibuat melalui :
- Portal MUET MPM
- Calon boleh memilih pusat peperiksaan dan membuat pembayaran secara online
- Sila rujuk Manual Pengguna atau rujuk infografik berikut :
Cara Membuat Semakan Pendaftaran Secara Online
Semakan Pendaftaran MUET
Berikut merupakan cara-cara membuat semakan pendaftaran MUET secara online:
- Sila klik pautan di atas dan masukkan nombor kad pengenalan 12 digit anda untuk membuat semakan
- Calon yang mengalami masalah seperti tiada maklumat dalam sistem, hendaklah terus berhubung dengan MPM dengan kadar segera
- Untuk calon sekolah atau institut, hendaklah berhubung dengan pengetua masing-masing
- Calon dikehendaki membuat cetakan slip pendaftaran dan membawanya ketika memasuki dewan peperiksaan.
I) Cara Membuat Semakan Pendaftaran Melalui Sms
- Selain daripada semakan secara atas talian, calon juga boleh membuat semakan melalui SMS. Untuk pengetahuan, caj akan dikenakan sebanyak RM0.15 manakala caj penerimaan adalah RM0.20. Perkhidmatan tersedia bagi pengguna Celcom, Maxis, Digi, U Mobile, Tune Talk dan XOX.
- Taip MUET<jarak>INFO<jarak>nombor kad pengenalan dan hantar ke 15888
II) Cara Membuat Semakan Melalui Apps Store
Calon juga boleh muat turun secara percuma melalui apps store dan itunes. Aplikasi ini adalah untuk kemudahan calon ujian MUET menyemak maklumat berkaitan MUET bagi sesi semasa