Cara buat tuntutan Skim Khairat Kematian STR 2024

Kerajaan telah mengumumkan akan meneruskan pemberian sumbangan tunai dikenali sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kepada rakyat. STR yang dahulunya dikenali sebagai Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) atau Bantuan Sara Hidup (BSH) kini diperkemas lagi pelaksanaannya dengan memberi fokus kepada golongan B40.

Berdasarkan laman rasmi STR oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), semua penerima STR mestilah membuat kemas kini maklumat waris sebelum 31 Januari 2023. Untuk pengetahuan semua, bantuan sebanyak RM 1,000 akan diberikan kepada waris yang didaftarkan sebagai waris penerima bantuan untuk kategori isi rumah dan warga emas bujang/ tiada pasangan sahaja yang telah meninggal dunia.

SKK merupakan satu skim untuk menggantikan Insurans Takaful Berkelompok (i-BR1M) yang sebelum ini diguna pakai dalam pemberian BR1M tahun 2014. Melalui SKK ini waris penerima STR yang telah meninggal dunia akan mendapat bantuan sebanyak RM 1,000. Waris perlu membawa bersama dokumen-dokumen penting ketika membuat tuntutan di BSN bagi mengesahkan bahawa anda adalah waris yang sah dan didaftarkan.

Tuntutan Skim Khairat Kematian STR 2024 (Bantuan Sara Hidup)

Berikut dikongsikan cara-cara untuk membuat tuntutan Skim Khairat Kematian (SKK) tahun 2024. Turut disertakan beberapa info penting berkaitan tuntutan SKK:

Tarikh Pembayaran SKK 2024

PerkaraTarikh KematianTarikh Mula Tuntutan
Penerima pembayaran STR1 Jan 2024 – 31 Dis 20241 Feb 2024 – 31 Dis 2024

Terkini : Tuntutan SKK boleh dilakukan oleh wakil yang berdaftar sahaja di kaunter BSN yang berhampiran

Cara Membuat Tuntutan Skim Khairat Kematian (SKK) STR 2024

  1. Skim Khairat Kematian sebanyak RM1,000 hanya layak diberi kepada waris yang didaftarkan dengan mengunjungi mana-mana cawangan BSN
  2. Hanya untuk penerima STR 2024 yang meninggal dunia dari 1 Januari 2024 sehingga 31 Disember 2024
  3. Pembayaran SKK akan dilaksanakan oleh pihak BSN setelah mendapati maklumat yang diberikan sah dan tepat

Dokumen Penting Ketika Membuat Tuntutan SKK 2024

  • Sijil kematian asal atau salinan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
  • Kad pengenalan waris
  • Dokumen yang membuktikan waris mempunyai pertalian dengan penerima seperti:
    • Ibu/bapa-Sijil lahir penerima
    • Pasangan-Sijil nikah/Sijil perkahwinan/Sijil lahir anak
    • Adik beradik-Sijil lahir penerima dan sijil lahir wakil
    • Anak angkat-Sijil anak angkat daripada JPN/pengesahan daripada mahkamah/Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
    • Anak-Sijil lahir wakil
    • Anak tiri-Sijil lahir wakil (anak tiri) dan sijil perkahwinan ibu/bapa tiri

Info Penting SKK

  • Penerima merupakan penerima STR dalam kategori isi rumah dan warga emas bujang/ tiada pasangan
  • Hanya waris yang dinamakan dalam sistem STR sahaja boleh membuat tuntutan SKK
  • Waris mesti dari kalangan Pasangan/ Ibu/ Bapa/ Anak/ Adik beradik sahaja
  • Waris akan menerima sebanyak RM 1,000

Maklumat Lanjutan Dan Pertanyaan

Untuk maklumat lanjut mengenai Bantuan Kelaurga Malaysia, sila lihat FAQ yang disediakan atau hubungi:

Sekretariat STR,
Pejabat Belanjawan Negara,
Kementerian Kewangan Malaysia (MOF),
Presint 2, 62592 Putrajaya.

  • Hotline STR LHDNM: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9:00 pagi – 5:00 petang)
  • Hotline MOF: 03- 8882 4565 | 03- 8882 4566
  • E-mel Rasmi: STR@treasury.gov.my
  • FAQ Maklumat Waris Dan SKK STR