Permohonan Cara Dapatkan Sijil MUET Yang Hilang

Antara pra syarat utama kemasukan pelajar ke pengajian peringkat ijazah sarjana muda (degree) di universiti dalam Malaysia adalah pelajar mestilah sudah menduduki peperiksaan Malaysian University English Test (MUET). Pelajar perlu melepasi syarat minimum keputusan MUET untuk memasuki universiti di Malaysia dan syarat tersebut berbeza mengikut universiti dan kursus yang dimohon.

MUET merupakan peperiksaan yang dikelolakan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Permohonan serta semakan keputusan MUET boleh dilakukan dengan melayari laman sesawang rasmi MPM.

Terdapat dua jenis dokumen MUET yang perlu disimpan oleh pelajar iaitu salinan sijil MUET dan penyata keputusan MUET. Salinan sijil MUET merupakan sijil MUET yang asal manakala penyata keputusan MUET pula adalah dokumen yang mengandungi nama, nombor kad pengenalan, sesi ujian, angka giliran, keputusan MUET dan juga tarikh luput MUET.

Kedua-dua dokumen ini diperlukan untuk membuat permohonan UPU bagi menyambung pengajian ke peringkat seterusnya.

Namun, beberapa kes telah dilaporkan bahawa pelajar kehilangan sijil MUET dan penyata keputusan MUET tersebut. Sekiranya ingin mendapatkan salinan yang baru bagi kedua-dua dokumen tersebut, proses permohonan semula dengan mengisi borang perlu dilakukan. Borang permohonan boleh didapatkan dengan melayari laman sesawang MPM. Kaedah permohonan juga boleh dibuat melalui dua seperti dinyatakan di bawah.

Cara Memohon Semula Sijil MUET Dan Slip Keputusan Muet Yang Hilang

Berikut dikongsikan beberapa cara untuk membuat permohonan semula salinan sijil MUET dan penyata keputusan MUET.

Sila ikuti langkah-langkah yang dinyatakan. Turut dikongsikan bayaran untuk membuat permohonan dan alamat untuk menghantar permohonan:


Kaedah Permohonan Sijil Muet Hilang

Terdapat dua cara untuk membuat permohonan Sijil/Penyata Keputusan MUET hilang iaitu:

  • Hadir terus ke kaunter Majlis Peperiksaan Malaysia
  • Melalui pos ke Majlis Peperiksaan Malaysia

Cara Membuat Permohonan Sijil Muet Hilang

Permohonan Sijil MUET Hilang

Berikut merupakan cara-cara membuat permohonan sijil MUET hilang:

  • Sila tekan pautan di atas untuk muat turun borang permohonan sijil MUET
  • Calon hendaklah melengkapkan borang tersebut sebelum dibawa ke kaunter atau dihantar secara pos ke MPM
  • Calon hendaklah sertakan sekali bayaran sebanyak RM 40.00
  • Sijil yang dipohon akan mengambil masa setengah jam bagi yang memohon di kaunter manakala permohonan secara pos akan diposkan kepada calon dalam masa dua hari selepas permohonan diterima oleh MPM
  • Hanya calon yang menduduki MUET sesi November 2013 hingga kini sahaja boleh memohon

Pelajar juga boleh memohon untuk mendapatkan slip penyata kepautusan MUET yang hilang dengan mengikuti langkah berikut :-

Cara Membuat Permohonan Penyata Keputusan Muet Hilang

Permohonan Penyata Keputusan MUET Hilang

Berikut merupakan cara-cara membuat permohonan penyata keputusan MUET hilang:

  • Sila tekan pautan di atas untuk muat turun borang permohonan penyata keputusan MUET
  • Calon hendaklah melengkapkan borang tersebut sebelum hantar secara terus ke kaunter atau melalui pos ke MPM
  • Calon hendaklah sertakan sekali bayaran sebanyak RM 20.00 untuk permohonan kali pertama, RM 30.00 untuk permohonan kali kedua dan RM 50.00 untuk permohonan kali ketiga
  • Sijil yang dipohon akan diposkan kepada calon dalam masa dua hari selepas permohonan diterima oleh MPM atau selama setengah jam bagi permohonan terus ke kaunter
  • Permohonan boleh dibuat oleh mana-mana calon dari mana-mana sesi

Info Penting

  • Permohonan salinan sijil MUET adalah untuk peperiksaan bermula sesi November 2013
  • Wang pos/kiriman wang perlu disediakan dan hendaklah ditulis atas nama Ketua Eksekutif MPM sebanyak RM40.00 untuk permohonan salinan sijil MUET. Bagi permohonan terus ke kaunter, bayaran boleh dibuat secara tunai
  • Salinan sijil MUET yang asal hendaklah disertakan jika ada
  • Salinan kad pengenalan calon yang terkini dan telah disahkan perlu disertakan. Jika pemohon menghantar wakil ke MPM untuk membuat permohonan, salinan kad pengenalan wakil perlu dikemukakan
  • Permohonan melalui pos perlu disertakan bersama sampul surat berukuran 32.4 cm x 23 cm yang beralamat sendiri berserta dengan setem berharga RM 2.00 serta barkod Posdaftar dalam negeri bernilai RM 2.20
  • Pastikan butiran yang diberikan adalah benar atau proses salinan sijil tidak akan dilakukan sekiranya sebaliknya
  • MPM sama sekali tidak bertanggungjawab jika salinan yang dipohon hilang atau tidak sampai semasa penghantaran melalui pos
  • Permohonan hendaklah dihantar kepada Ketua Eksekutif MPM beserta alamat penuh di seperti dinyatakan di bawah
  • Permohonan yang tidak sertakan perkara di atas dianggap tidak lengkap dan tidak akan diproses

Alamat Penghantaran

Sila poskan permohonan anda ke alamat berikut:

Ketua Eksekutif, Majlis Peperiksaan Malaysia,
Persiaran 1, Bandar Baru Selayang,
68100 BATU CAVES, Selangor Darul Ehsan
(u.p. Setiausaha Bahagian Pengendalian STPM dan MUET)