Senarai Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan di Malaysia

Yang di-Pertuan Agong atau juga dikenali sebagai Ketua Utama atau Raja merupakan gelaran rasmi untuk Ketua Negara Malaysia. Malaysia adalah negara yang mengamalkan pemerintahan berbentuk monarki sebagai perlembagaan yang meletakkan raja yang dipilih sebagai ketua negara. Sistem ini juga dikenali sebagai sistem Raja Berpelembagaan di mana peranan Yang di-Pertuan Agong adalah meluas namun masih tertakluk pada perlembagaan. Ini bermaksud, Baginda menjalankan tugas-tugas di bawah Perlembagaan mengikut nasihat Perdana Menteri dan Jemaah Menteri (kuasa eksekutif).

Pemilihan Yang di-Pertuan Agong dibuat melalui Majlis Raja-Raja menurut kaedah dan cara yang ditetapkan. Hanya Raja-Raja sahaja yang boleh dipilih dan dibenarkan mengundi. Giliran dipilih adalah berdasarkan senarai kekananan negeri yang Rajanya telah dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong (pertama hingga ke sembilan). Namun, perlembagaan memperuntukkan bahawa seorang Raja tidak layak dipilih sekiranya Raja itu belum dewasa, Raja itu telah memberitahu tidak berhasrat untuk dipilih serta Majlis Raja-Raja mengambil ketetapan dengan undi sulit bahawa Raja tersebut tidak sesuai atas beberapa sebab tertentu. Berbeza dengan kerajaan beraja mutlak atau turun temurun, pemilihan Yang di-Pertuan Agong juga dibuat setiap lima tahun.

Antara peranan Yang di-Pertuan Agong adalah memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta menjaga kepentingan sah kaum-kaum lain. Dalam masa yang sama, baginda memainkan peranan sebagai ketua agama Islam untuk negeri baginda sendiri serta negeri lain yang tiada raja seperti Sabah, Sarawak, Pulau Pinang, Melaka dan Wilayah-Wilayah Persekutuan. Baginda juga merupakan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara.

Peranan Eksekutif baginda membolehkan baginda melantik seorang Perdana Menteri, bersetuju atau menolak permintaan membubarkan Parlimen serta meminta mesyuarat Majlis Raja-Raja diadakan atas sebab tertentu dan lain-lain. Bagi bidang kuasa perundangan, antaranya baginda berperanan membubarkan Parlimen serta memperkenankan Rang Undang-Undang. Manakala peranan kehakiman pula antaranya adalah baginda boleh melantik Ketua Hakim Negara atas nasihat Perdana Menteri dan dirundingkan dengan Majlis Raja-Raja serta mengisytiharkan darurat.

Senarai Yang Di-Pertuan Agong (YDPA) Dan Timbalan Yang Di-Pertuan Agong Malaysia

Berikut merupakan senarai nama Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong di Malaysia beserta senarai giliran pemilihan Yang di-Pertuan Agong untuk rujukan umum.

Senarai Turutan Pemilihan Yang Di-Pertuan Agong

Senarai turutan pemilihan Yang di-Pertuan Agong adalah berdasarkan kitaran pertama sembilan Raja-Raja Melayu dari Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu.

NORAJA MELAYU
1Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan
2Sultan Selangor
3Raja Perlis
4Sultan Terengganu
5Sultan Kedah
6Sultan Kelantan
7Sultan Pahang
8Sultan Johor
9Sultan Perak

Senarai Yang di-Pertuan Agong

YANG DI-PERTUAN AGONG KETUJUH BELAS
YDPA ke 17Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVII Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar

Negeri: Johor
Tempoh: 31 Januari 2024 – kini

YANG DI-PERTUAN AGONG KEENAM BELAS
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah

Negeri: Pahang
Tempoh: 31 Januari 2019 – 30 Januari 2024

YANG DI-PERTUAN AGONG KELIMA BELAS
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V

Negeri: Kelantan
Tempoh: 13 Disember 2016 – 6 Januari 2019

YANG DI-PERTUAN AGONG KEEMPAT BELAS
Al-Marhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah

Negeri: Kedah
Tempoh: 13 Disember 2011 – 12 Disember 2016

YANG DI-PERTUAN AGONG KETIGA BELAS
Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billal Shah

Negeri: Terengganu
Tempoh: 13 Disember 2006 – 12 Disember 2011

YANG DI-PERTUAN AGONG KEDUA BELAS
Tuanku Syed Sirajuddin ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail

Negeri: Perlis
Tempoh: 13 Disember 2001 – 12 Disember 2006

YANG DI-PERTUAN AGONG KESEBELAS
Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ibni Al-Marhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj

Negeri: Selangor
Tempoh: 26 April 1999 – 21 November 2001

YANG DI-PERTUAN AGONG KESEPULUH
Al-Marhum Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman

Negeri: Negeri Sembilan
Tempoh: 26 April 1994 – 25 April 1999

YANG DI-PERTUAN AGONG KESEMBILAN
Al-Marhum Tuanku Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah

Negeri: Perak
Tempoh: 26 April 1989 – 25 April 1994

YANG DI-PERTUAN AGONG KELAPAN
Al-Marhum Tuanku Sultan Iskandar ibni Al-Marhum Sultan Ismail

Negeri: Johor
Tempoh: 26 April 1984 – 25 April 1989

YANG DI-PERTUAN AGONG KETUJUH
Tuanku Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri’Ayatuddin Al-Mu’adzam Shah

Negeri: Pahang
Tempoh: 26 April 1979 – 25 April 1984

YANG DI-PERTUAN AGONG KEENAM
Al-Marhum Tuanku Yahya Petra ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim

Negeri: Kelantan
Tempoh: 21 September 1975 – 29 Mac 1979

YANG DI-PERTUAN AGONG KELIMA
Al-Marhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Al-Marhum Sultan Badlishah

Negeri: Kedah
Tempoh: 21 September 1970 – 20 September 1975

YANG DI-PERTUAN AGONG KEEMPAT 
Al-Marhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah ibni Al-Marhum
Sultan Zainal Abidin
Negeri: Terengganu
Tempoh: 21 September 1965 – 20 September 1970
YANG DI-PERTUAN AGONG KETIGA 
Al-Marhum Tuanku Syed Putra ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail

Negeri: Perlis
Tempoh: 21 September 1960 – 20 September 1965

YANG DI-PERTUAN AGONG KEDUA 
Al-Marhum Tuanku Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Al-Marhum Sultan Alaiddin Sulaiman Shah

Negeri: Selangor
Tempoh: 14 April 1960 -1 September 1960

YANG DI-PERTUAN AGONG PERTAMA
Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad

Negeri: Negeri Sembilan
Tempoh: 3 Ogos 1957 – 1 April 1960

Senarai Timbalan Yang di-Pertuan Agong

 

No.NAMA TIMBALAN YANG DI-PERTUAN AGONGNEGERITEMPOH
1Almarhum Tuanku Hisamuddin Alam Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Alaiddin Sulaiman ShahSelangor31.08.1957 hingga 01.04.1960
 2Almarhum Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan JamalullailPerlis14.04.1960 hingga 01.09.1960
3Almarhum Tuanku Al Sultan Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin
Terengganu21.09.1960 hingga 20.09.1965
4Almarhum Al-Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbudin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan BadlishahKedah21.09.1965 hingga 20.09.1970
5Almarhum Al-Sultan Tuanku Yahya Petra ibni Almarhum Sultan IbrahimKelantan21.09.1970
hingga 20.09.1975
6Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’Ayatuddin Al-Mu’Adzam ShahPahang21.09.1975 hingga 29.03.1979
7Almarhum Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul RahmanNegeri Sembilan26.04.1979 hingga 25.04.1984
8Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lahPerak26.04.1984 hingga 25.04.1989
9Almarhum Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul RahmanNegeri Sembilan26.04.1989 hingga 25.04.1994
10Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah AlhajSelangor26.04.1994 hingga 25.04.1999
11Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah ShahTerengganu26.04.1999 hingga 12.12.2001
12Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah ShahTerengganu13.12.2001 hingga 12.12.2006
13Almarhum Al-Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbudin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan BadlishahKedah13.12.2006 hingga 12.12.2011
14Sultan Muhammad VKelantan13.12.2011 hingga 12.12.2016
15Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lahPerak13.12.2016 hingga 06.01.2019
16Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lahPerak31.01.2019 hingga 30.01.2024
17Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lahPerak31.01.2024 hingga kini