Setelah Pakatan Harapan berjaya menumbangkan Barisan Nasional pada pilihan raya umum 14 (PRU14) lalu, banyak pembaharuan telah dilakukan. Kerajaan yang diterajui Tun Dr Mahathir Mohamad itu juga telah mengumumkan bantuan kepada rakyat akan diteruskan.
Jika sebelum ini bantuan ini diberikan nama Bantuan Rakyat 1 Malaysia(BR1M) kini ia telah ditukar dengan nama yang baharu iaitu Bantuan Sara Hidup BSH 2020 berkuat kuasa serta merta.
Mengikut pengumuman Perdana Menteri, syarat kelayakan Bantuan Sara Hidup Rakyat akan dikaji di masa akan datang bagi memastikan hanya penerima bantuan sara hidup atau rakyat yang layak sahaja akan menerima bantuan daripada rakyat tersebut.
Buat masa ini, tiada perubahan selain nama bantuan tersebut. Malah jumlah bantuan juga sama seperti BR1M dan penerima juga terbahagi kepada tiga kategori seperti dahulu.
Semakan Bantuan Sara Hidup Rakyat Melalui MyBSHR Online
Semakan Bantuan Sara Hidup 2020 ini telah dikemaskini berdasarkan maklumat BSH 2019. Kemaskini akan dibuat sebaik sahaja diumumkan oleh pihak kerajaan.
Pengumuman mengenai BSH dalam Pelan Ransangan Ekonomi Covid-19 oleh Perdana Menteri:
- 1) Bayaran BSH Fasa-2 (Mei 2020) akan diawalkan kepada bulan Mac 2020 sebanyak RM200
- 2) Tambahan RM100 dikreditkan ke dalam akaun bank pada bulan Mei 2020 serta tambahan RM50 disalurkan secara e-tunai
Semakan status permohonan rayuan BSH 2020 boleh dibuat mulai 16 November 2020. Pemohon boleh menyemak melalui portal rasmi BSH.
Untuk mendapatkan bantuan ini, anda perlu membuat permohonan BSH 2020 secara atas talian (online). Bagi mereka yang sudah mendaftar, anda boleh membuat semakan status permohonan anda samada membuat permohonan baharu, kemaskini ataupun rayuan.
Berikut dikongsikan cara-cara membuat semakan Bantuan Sara Hidup Rakyat secara online melalui MyBSHR:
Cara Buat Semakan Keputusan BSH 2020
Maklumat yang dipaparkan pada portal Bantuan Sara Hidup Rakyat adalah seperti berikut:
- Tuntutan Skim Khairat Kematian (SKK) boleh dibuat di ke semua cawangan BSN
- MyBSH
- Permohonan Baru bantuan Bantuan Sara Hidup Rakyat 2020
- Maklumat terkini
SEMAKAN BSH BANTUAN SARA HIDUP RAKYAT
SEMAKAN BSH BUJANG
- Sila klik pada pautan di atas untuk kemaskini
- Isikan nombor kad pengenalan yang telah didaftarkan
- Tekan butang mohon TAC dan anda akan dapat enam digit nombor TAC.
- Masukkan nombor TAC yang dihantar melalui mesej ke nombor telefon yang didaftarkan dan tekan butang hantar. Nombor TAC sah selama enam sahaja
- Pemohon boleh membuat cetakan, semakan dan baca peti mel
- Klik pautan di atas untuk muat turun panduan mohon nombor TAC untuk log in BSH 2019
APLIKASI MOBILE
Panduan Memuat Turun Aplikasi Mobile |
Semakan Status Permohonan BSH 2020
- PERMOHONAN DITERIMA ialah Permohonan telah dikemaskini bagi BSH 2020 tetapi belum menjalani proses semakan dan verifikasi kelayakan
- BELUM KEMAS KINI ialah Permohonan BSH sebelum ini yang telah di bawa ke BSH 2020. Sekiranya tiada sebarang perubahan maklumat, tindakan kemas kini tidak perlu dibuat. Permohonan berkenaan akan melalui proses semakan dan verifikasi kelayakan berdasarkan maklumat BSH sebelum ini.
- TIDAK LAYAK : Sila hubungi cawangan LHDNM berdekatan untuk mengetahui maklumat lanjut berkenaan Status Tidak Layak tersebut.
- TIADA REKOD : Mesej berkenaan dipaparkan kerana anda tidak mempunyai rekod Permohonan BSH sebelum ini. Oleh itu, anda boleh membuat Permohonan Baharu mulai 1 Februari 2020 hingga 15 Mac 2020.
- DALAM PROSES PENGKREDITAN adalah merujuk kepada data pembayaran Fasa Pertama BSH 2020 dalam proses pengkreditan ke akaun mulai 20 Januari 2020. Anda boleh membuat semakan pada penyata akaun bank penerima mulai 20 Januari 2020.
- Sekiranya Status Kredit yang dipaparkan adalah Gagal Kredit, Surat Makluman Bayaran Fasa Pertama Gagal Kredit BSH 2020 akan diposkan kepada penerima bagi penunaian di Kaunter BSN. Jika penerima tidak menerima Surat Makluman berkenaan, penunaian boleh dibuat dengan membawa MyKad setelah Maklumat No Baucar dipaparkan pada Maklumat Pembayaran
Maklumat Lanjut
- Sekretariat BSHR, Pejabat Belanjawan Negara, Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya.
- Hotline BSHR LHDNM: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9:00 pagi – 5:00 petang)
- Hotline BSHR MOF: 03- 8882 4565 | 03- 8882 4566
- E-mel: br1m@treasury.gov.my
- Portal Rasmi Bantuan Sara Hidup Rakyat: https://bsh.hasil.gov.my/
fasa 2 bsh fasa 3 secara tunai mendapatkan maklumat semakan status pembayaran fasa 1 tarikh bayaran menteri kewangan, fasa 1 tarikh bayaran menteri kewangan<, semakan rayuan bsh julai 2020 tarikh semakan sebarang pertanyaan tarikh pembayaran/span>