Salah satu cara untuk mengukur kehebatan sesebuah negara maju adalah dengan melihat kualiti yang ada pada belia mereka. Sehubungan dengan itu, Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) telah mewujudkan Institut Latihan Kemahiran Belia Dan Sukan (ILKBS) untuk melahirkan belia yang berkebolehan untuk diserap dalam industri dalam dan luar negara. ILKBS akan memberikan latihan amali serta praktikal kepada belia yang berminat kemudian mereka yang berjaya akan diserap untuk diambil bekerja.
KBS telah meluaskan lagi penubuhan ILKBS ke serata Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak serta menambah baik sistem yang sedia ada. Di bawah ILKBS terdapat tiga institut iaitu Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) dan Akedemi Kemahiran Belia Golf (IKBG). Dari tahun ke tahun idea ini mendapat sambutan dan ia merupakan petanda positif dari rakyat.
Kemasukan ke ILKBS adalah terbuka kepada rakyat Malaysia. Permohonan akan dibuka dua kali setahun. Oleh itu, kepada belia di luar sana yang berminat dan berkelayakan untuk menyertai ILKBS sila berbuat demikian dengan membuat pendaftaran pada tarikh yang ditetapkan.
Semakan Keputusan Permohonan ILKBS (IKBN) Sesi 1 2025
Bagi memudahkan belia yang sudah membuat permohonan untuk kemasukan ke IKBN sesi 1 2025, berikut dikongsikan cara membuat semakan permohonan, tarikh penting dan info penting berkaitan ILKBS:
Tarikh Semakan Tawaran ILKBS Sesi 1 2025
Dibuka : akan dikemaskini
Ditutup : akan dikemaskini
Tarikh di atas adalah bagi calon lepasan SPM. Kepada calon lepasan SKM/ST semakan tawaran boleh disemak pada tarikh yang sama
Cara Membuat Semakan Kemasukan Ke ILKBS Sesi 1 2025
Berikut merupakan pautan untuk membuat semakan kemasukan ke ILKBS sesi 1 2025:
SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN
UPUOnline dan https://ekampus.kbs.gov.my |
Sila log masuk ke akaun portal rasmi ekampus masing-masing dan buat semakan keputusan
Jika terdapat sebarang permasalahan sila hubungi pihak ILKBS
Tarikh Penting Kemasukan Ke ILKBS Sesi 1 2025
Tarikh | Perkara |
1 Oktober hingga 15 November 2024 | Sistem permohonan ke ILKBS dibuka dan ditutup pada tarikh ini. |
25 November hingga 6 Februari 2024 | Panggilan temuduga bermula untuk program yang memerlukan temuduga |
Semakan keputusan kemasukan ke ILKBS sesi 1 2025 | |
Pemohon yang berjaya perlu membuat pengesahan terima atau menolak | |
Bagi pemohon yang tidak berjaya sila buat rayuan kemasukan | |
Semakan keputusan rayuan kemasukan ke ILKBS | |
3 Feb 2025 | Pendaftaran untuk kemasukan sesi 1 2025 ke ILKBS |
Sebarang perubahan tentang tarikh di atas akan dimaklumkan dari semasa ke semasa
Pertanyaan
Sebarang persoalan mengenai pendaftaran ke ILKBS boleh dibuat dengan cara berikut:
- Sila hubungi nombor ini jika terdapat sebarang pertanyaan: 03 8871 3685 / 03 8871 3646 / 03 8871 3690
- Atau boleh layari pautan berikut: