Sektor pembangunan industri dalam negara kita semakin berkembang pesat. Sehubungan itu Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) telah diwujudkan. Ia menyediakan pelbagai kemahiran untuk rakyat Malaysia yang berminat untuk menambah kemahiran mereka. Dengan adanya kursus seperti di ILJTM akan memudahkan rakyat untuk mendapat peluang pekerjaan.
Bagi memenuhi keperluan ini, kerajaan telah mewujudkan 22 Institut Latihan Perindustrian (ILP), 4 buah pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) dan sebuah Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI). ILJTM telah menyediakan pelbagai kursus bermula daripada peringkat sijil hingga ke ijazah bergantung pada pusat latihan. Kemasukan adalah terbuka kepada rakyat Malaysia.
Bagi mereka yang berminat dan berkelayakan, anda digalakkan untuk membuat permohonan kemasukan ke ILJTM yang dibuka 2 kali setahun iaitu pada sesi 1 dan sesi 2. Pemohon dinasihatkan untuk membuat semakan kelayakan sebelum membuat permohonan.
Semakan Keputusan Kemasukan Ke ILJTM Sesi 1/2025 Secara Online
Bagi memudahkan pemohon berikut dikongsikan cara-cara membuat semakan keputusan kemasukan ke ILJTM:
Cara Membuat Semakan Ke ILJTM
Untuk membuat semakan kemasukan ke ILP, ADTEC & JMTI secara online sila layari pautan berikut dan ikut langkah-langkah berikut:
- Sila masukkan nombor kad pengenalan 12 digit anda dan tekan butang semak
- Sila pastikan anda memasukkan nombor kad pengenalan yang betul
Tarikh Penting Kemasukan Ke ILJTM Sesi 1/2025
Tarikh | Perkara |
1 Oktober – 15 November 2024 | Sistem permohonan ke ILJTM dibuka dan ditutup pada tarikh ini. |
akan dikemaskini/ 11 – 15 November 2024 | Semakan Temuduga Dan Temuduga bermula untuk program yang memerlukan temuduga |
18 November 2024 | Semakan keputusan kemasukan ke ILJTM sesi 1 2025 |
18 November – 8 Disember 2024 | Pemohon yang berjaya perlu membuat pengesahan terima atau menolak |
9 Disember 2024 – 17 Januari 2024 | Bagi pemohon yang tidak berjaya sila buat rayuan kemasukan |
Semakan keputusan rayuan kemasukan ke ILJTM | |
Pendaftaran untuk kemasukan Sesi 1 ke ILJTM |
Tarikh Penting Kemasukan Ke ILJTM Sesi 2/2024
Tarikh | Perkara |
4 Mac – 14 Mei 2024 | Sistem permohonan ke ILJTM dibuka dan ditutup pada tarikh ini. Permohonan adalah melalui UPU online |
15 Mei 2024 | Semakan panggilan temuduga untuk program yang memerlukan temuduga |
20 – 24 Mei 2024 | Temuduga bermula untuk program yang memerlukan temuduga |
26 Jun 2024 | Semakan keputusan kemasukan ke ILJTM sesi 2/2024 |
26 Jun – 5 Julai 2024 | Cetakan Surat Tawaran |
5 Julai 2024 | Pemohon yang berjaya perlu membuat pengesahan terima atau menolak (Tarikh Akhir Maklumbalas Tawaran) |
– | Tempoh Rayuan Kemasukan (Terus ke ILJTM) – tertakluk kepada kekosongan tempat |
26 Jun – 5 Julai 2024 | Semakan surat tawaran |
22 Julai 2024 | Pendaftaran Pelajar Baharu Sesi 2/2024 |
Tarikh penting di atas boleh berubah mengikut ketetapan pihak atasan. Sebarang perubahan akan dimaklumkan. Sebarang semakan hanya dibuat melalui atas talian sahaja. Tiada surat menyurat.
Tarikh penting di atas boleh berubah mengikut ketetapan pihak atasan. Tarikh RASMI dan sebarang perubahan pada tarikh akan dikongsikan dari masa kesemasa
Cara Membuat Permohonan Ke ILJTM
Pautan di bawah merupakan pautan untuk membuat permohonan kemasukan ke ILJTM sesi Januari:
PERMOHONAN ONLINE SESI JANUARI
Sistem hanya akan dibuka mengikut tarikh yang telah ditetapkan.
Cara Membuat Permohonan Ke ILJTM
Turut dikongsikan adalah pautan untuk membuat permohonan kemasukan sesi julai:
PERMOHONAN MELALUI UPUONLINE SESI JULAI
Sila layari pautan di atas untuk membuat permohonan kemasukan sesi Julai. Sistem hanya di buka mengikut tarikh yang ditetapkan.
Untuk permohonan melalui UPUskill sila layari pautan berikut:
https://online.moe.gov.my/upu/skills/
Untuk pengambilan pelajar baharu sesi Ogos ke ILJTM bagi calon CBBPDBKP penjawat awam tajaan JPA sila layari pautan berikut:
Permohonan khas kemasukan ke ADTEC Shah Alam untuk kursus pra-diploma & diploma teknologi kejuruteraanpenyelenggaraan kapal terbang boleh dibuat dengan melayari pautan berikut: