Semakan Keputusan IKM KKTM MJII 2025 Online

Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah ditubuhkan pada 1 Mac 1966 bertujuan untuk membantu bumiputra bagi memajukan taraf ekonomi dan sosial mereka. Penubuhannya juga bagi membantu anak muda bumiputra yang berkelayakan untuk melanjutkan pengajian mereka ke peringkat lebih tinggi. Atas dasar tersebut MARA juga telah mewujudkan institusi pendidikan di bawah kelolaan sendiri bagi membantu anak muda bumiputra mencapai cita-cita mereka.

Antara institusi di bawah kelolaan MARA adalah Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), MARA-Japan Industrial Institute (MJII) dan Institut Kemahiran MARA (IKM). Penubuhannya adalah untuk memberi pendidikan dan latihan kepada pelajar bumiputra bagi mengisi kekosongan dalam industri kini. Sebanyak 10 buah KKTM dan 14 IKM telah dibina bagi memenuhi hasrat ini.

IKM menawarkan pengajian di peringkat sijil dan KKTM pula menawarkan pengajian di peringkat diploma. Institusi pendidikan MARA telah mendapat pengiktirafan daripada Kementerian Pengajian Tinggi. Oleh itu, graduan daripada mana-mana institusi MARA berpeluang membina kerjaya mereka. Bagi mereka yang kurang berkemampuan pihak MARA ada menyediakan biasiswa bagi mereka yang berkelayakan.

Semakan Keputusan IKM KKTM Dan MJII Online Sesi Julai 2025

Bagi pelajar yang berminat untuk melanjutkan pengajian di institut MARA seperti IKM, KKTM dan MJII anda boleh membuat permohonan kemasukan pada tarikh yang ditetapkan untuk sesi Januari dan Julai setiap tahun. Bagi mereka yang telah membuat permohonan, anda boleh membuat semakan secara online seperti cara atau kaedah yang akan dikongsikan:

Tarikh Semakan Permohonan Ke IKM KKTM Dan MJII Sesi Januari 2025

Dibuka : 18 November 2024

Waktu

Tarikh di atas adalah untuk kemasukan ke KKTM Petaling Jaya sahaja

Tarikh Semakan Permohonan Ke IKM KKTM Dan MJII Sesi Julai 2024

Dibuka : 1 Julai 2024

Waktu :

Sistem semakan tawaran kemasukan ke KKTM/MJII dan IKM tidak dapat diakses bermula 5 Julai jam 5 petang hingga 9 Julai jam 10 pagi berikutan kerja peningkatan sistem.

Tarikh akhir semakan dan penerimaan tawaran serta permohonan rayuan kemasukan akan dilanjutkan sehingga 10 Julai 2024

Keputusan rayuan boleh disemak pada 12 Julai 2024 jam 3 petang

Tarikh di atas adalah untuk kemasukan ke MJII KKTM dan IKM. Sistem hanya dibuka pada tarikh dan waktu yang ditetapkan sahaja.

Cara Membuat Semakan Permohonan Ke IKM KKTM MJII Sesi Januari/Julai 2025

  • Sila masukkan no kad pengenalan anda kemudian tekan butang semak

SEMAKAN PERMOHONAN ONLINE KE IKM KKTM MJII

Syarat Am Kelayakan

Program SijilDiploma
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Bagi lepasan SPM 2014 dan ke atas wajib lulus sejarahLulus SPM atau setara  atau lulus Sijil Kejuruteraan / Teknologi kejuruteraan IKM / Teknologi IKM dengan CGPA ≥ 2 (Permohonan lepasan IKM hanya memerlukan kepujian Bahasa Malaysia sahaja di peringkat SPM)
Berumur 18-40 tahunBerumur 18-40 tahun
Tiada masalah kesihatanTiada masalah kesihatan
Tidak buta warnaTidak buta warna
BumiputraBumiputra
WarganegaraWarganegara

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan melalui cara berikut:

Unit Pengambilan Pelajar,
Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA,
Tingkat 21, Ibu Pejabat MARA 21, Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur
Telefon: +60 3 2613 4258