Saman oleh pihak berkuasa seperti saman trafik dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) merupakan antara perkara yang dikhuatirkan oleh pengguna jalan raya ialah jika dikenakan . Walaubagaimanapun saman dikenakan dengan tujuan mendisiplinkan pengguna jalan raya agar mematuhi undang-undang.
Jika semua pengguna jalan raya mematuhi undang-undang dengan mengikuti had laju yang ditetapkan kadar kemalangan akan dapat dikurangkan. Untuk pengetahuan semua, kadar kemalangan di Malaysia antara yang paling tinggi.
Pada sidang media 17 Ogos 2018, Menteri Pengangkutan Malaysia Anthony Loke Siew Fook telah mengumumkan kesemua 3.1 juta saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang bernilai RM435 juta yang belum dijelaskan akan dibatalkan. Beliau berkata lagi mulai 1 September sistem AES akan diambil alih oleh JPJ sepenuhnya setelah kontrak bersama dua syarikat terdahulu tidak dilanjutkan. Segala operasi AES selepas ini akan diletakkan di bawah agensi itu. Bayaran saman AES yang sudah dijelaskan sebelum ini tidak akan dikembalikan berikutan beberapa kekangan dan masalah. Selain itu, kerajaan juga bersetuju untuk menangguhkan sistem eCall yang sepatutnya dilaksanakan pada Julai 2019.
Pengguna jalan raya boleh membuat semakan jumlah saman tertunggak dengan perlu melayari di laman sesawang rasmi secara online. Terdapat juga lain-lain cara bertujuan untuk memudahkan pengguna jalan raya membuat semakan. Setelah pengumuman yang dibuat oleh menteri pengankutan, pengguna jalan raya dinasihatkan untuk membuat semakan jumlah saman anda. Dengan kemudahan yang ada kini, ia akan memudahkan rakyat membuat semakan seterusnya membayar saman yang dikenakan.
CARA SEMAK SAMAN TRAFIK JPJ AES SECARA ONLINE DAN SMS
Kepada semua pengguna jalan raya, berikut kami kongsikan cara untuk anda membuat semakan saman tertunggak anda dengan beberapa cara. Berikut adalah cara yang boleh dicapai pengguna jalan raya:
CARA MEMBUAT SEMAKAN SAMAN TRAFIK ONLINE
- Hanya semakan Saman AES dan JPJ sahaja untuk sistem ini. Sila layari pautan di atas
- Anda perlu mendaftar masuk dahlu ke dalam sistem mySIKAP
- Setelah mendaftar anda boleh menyemak dan membuat pembayaran saman secara online
Perkhidmatan MyBayar Saman PDRM |
- Semakan Saman Trafik PDRM boleh disemak melalui pautan di atas
- Sebelum menggunakan perkhidmatan ini, anda perlu mendaftar terlebih dahulu atau memuat turun melalui Google Playstore, Apple Appstore dan Huawei AppGallery
- Sila klik Daftar sebagai pengguna baru
- Selesai buat pendaftaran, sila log in dengan menggunakan kad pengenalan dan kata laluan yang telah dicipta ketika membuat pendaftaran
- Jika anda mempunyai saman, sistem akan memaparkan butiran saman tersebut
- Bayaran juga boleh dibuat secara terus di laman ini
Perkhidmatan MyEG Servis |
- Semakan Saman JPJ boleh disemak melalui pautan di atas
- Sebelum menggunakan perkhidmatan ini, anda perlu mendaftar terlebih dahulu
- Selesai buat pendaftaran, sila log in dengan menggunakan nama pengguna dan kata laluan yang telah dicipta ketika membuat pendaftaran
- Klik eServices pada menu dan sila pilih JPJ untuk menyemak saman JPJ
- Bayaran juga boleh dibuat secara terus di laman ini
CARA MEMBUAT SEMAKAN SAMAN MENGGUNAKAN SMS
Tiada perkhidmatan semakan saman melalui SMS buat masa ini.
Berikut dikongsikan cara membuat semakan menggunakan SMS sebelum ini. Caj akan dikenakan ke atas setiap perkhidmatan MySMS.
- Semak Saman PDRM / TRAFIK
- Taip POLIS<jarak>SAMAN<jarak>[No Kad Pengenalan atau No Kenderaan] dan hantarkan SMS ke 15888 atau 32728
- Semak Saman JPJ
- Taip JPJ<jarak>SAMAN<jarak>[No Kad Pengenalan atau No Kenderaan] dan hantarkan SMS ke 15888
Related : semoga perkongsian, mempunyai saman pemandu atau pemilik kenderaan log masuk saman yang dikeluarkan kesalahan jalan raya polis trafik, check saman, kadar kompaun,