Cara Mohon Rumah Perakku Rumah Mampu Milik Perak

Berita baik buat semua penduduk negeri Perak khususnya yang masih belum memiliki sebarang rumah kediaman. Permohonan bagi program Rumah Perakku sudah dibuka dan boleh dilakukan dengan cara mengisi borang di atas talian. Rumah Perakku adalah satu inisiatif daripada kerajaan negeri Perak untuk membantu warga negeri Perak membeli rumah pertama mereka pada kadar atau harga yang mampu milik.

Agensi yang telah dilantik untuk bertanggungjawab menjalankan program ini adalah Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) dan Perbadanan Kemanjuan Negeri Perak (PKNP) dengan kerjasama daripada sektor swasta. Rumah Perakku bakal menyediakan pelbagai jenis rumah terdiri daripada rumah kos rendah, kos sederhana dan juga rumah mampu milik

Harga yang ditawarkan bagi Rumah Perakku bermula daripada RM90, 000 ke bawah bagi rumah kos rendah manakala rumah kos sederhana berharga tidak lebih daripada RM150,000 serta rumah mampu milik di bawah RM250,000. Rumah-rumah ini bakal dibina di seluruh negeri seperti di Meru Raya, Tanjung Malim, Seri Iskandar, Manjung, Lenggong dan Gerik.

Kerajaan Negeri Perak telah menyahut seruan kerajaan untuk membina lebih banyak rumah mampu milik bagi setiap negeri. Terkini Perak mensasarkan untuk membina 50,000 unit rumah dalam tempoh lima tahun akan datang di bawah program Rumah Perakku. Ia selaras dengan manifesto Pakatan Harapan untuk membina 1 juta unit rumah mampu milik untuk rakyat dalam tempoh 1o tahun akan datang.

Permohonan Rumah Perakku Rumah Mampu Milik Perak Secara Online

Bagi warga negeri Perak yang berkelayakan untuk memohon, anda boleh ikuti panduan yang disediakan di bawah bagi membuat permohonan Rumah Perakku. Berikut disertakan juga tarikh penting permohonan, syarat kelayakan untuk memohon serta senarai projek Rumah Perakku yang sedia untuk dipohon.

Tarikh Permohonan Rumah Perakku

BUKA : Dibuka sepanjang tahun mengikut projek yang aktif

Pra-Syarat Permohonan Rumah Perakku

  • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas
  • Pemohon yang belum memiliki rumah sahaja layak untuk memohon
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi : RM3, 000 sebulan (Rumah Kos Rendah berharga RM70,000 dan ke bawah)
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi : RM3, 001 hingga RM7,000 sebulan (Rumah Kos Sederhana berharga RM70,0001 hingga RM140,000)
  • Pendapatan terbuka : (Mampu Milik) RM140,0001 hingga RM250,000

Cara Membuat Permohonan Rumah Perakku

Terdapat dua cara untuk membuat permohonan Rumah Perakku iaitu pengisian borang secara atas talian dan juga menghantar borang secara manual. Panduan bagi kedua-dua cara adalah seperti berikut:

  1. Secara atas talian (e-Pendaftaran)
    • Layari pautan di yang disediakan di bawah untuk membuat permohonan

PERMOHONAN RUMAH PERAKKU (e-PENDAFTARAN)

  • Pilih kawasan pilihan daripada senarai projek yang aktif serta kategori yang ingin dipohon
  • Isi semua maklumat pemohon sepenuhnya dengan tepat
  • Muat naik dokumen-dokumen yang telah diimbas (scan) ke dalam sistem
  • Hantarkan PermohonanUntuk menyemak status semakan permohonan sila rujuk pautan di bawah:

2. Penghantaran Borang Secara Manual

  • Muat turun borang permohonan secara atas talian (online) melalui pautan yang disediakan di bawah:

PERMOHONAN RUMAH PERAKKU ONLINE

  • Sila pastikan borang tersebut diisi dengan sempurna untuk mengelakkan permohonan ditolak
  • Sila lampirkan salinan dokumen yang wajib disertakan seperti dinyatakan di bawah
  • Borang yang lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat seperti berikut:

Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak,
Aras G Bangunan Perak Darul Ridzuan,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

Dokumen-Dokumen yang Wajib Disertakan

  • Kad Pengenalan (MyKad) terkini bagi pemohon dan pasangan (suami/isteri)
  • Sijil nikah / daftar perkahwinan
  • Surat beranak / Sijil Kelahiran / Kad pengenalan (MyKid) anak-anak dan tanggungan lain
  • Surat CCRIS dan CTOS (sekiranya ada)
  • Slip gaji terkini untuk 3 bulan berturut-turut dan Penyata KWSP pemohon dan pasangan (suami/isteri)
  • Surat Pengesahan dan Perakuan Pendapatan Bulanan pemohon dan pasangan (suami/isteri) dari Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) / Penghulu / Pesuruhjaya Sumpah (jika bekerja sendiri)
  • Sekeping gambar terkini berwarna berukuran pasport
    • Pemohon boleh mengimbas (scan) dokumen-dokumen ini untuk dimuatnaik di sistem e-pendaftaran
    • Pemohon yang layak akan dipanggil untuk temuduga

Kategori Permohonan Rumah Perakku

  1. Sewa
  2. Perumahan Perwira
  3. Rumah Kos Rendah
  4. Rumah Kos Sederhana
  5. Rumah Mampu Milik
  6. Program Perumahan Rakyat
  7. My Beautiful New Home

Senarai Projek Aktif Rumah Perakku

Terdapat pelbagai jenis Rumah Perakku dalm senarai projek yang aktif mengikut daerah yang boleh dilihat seperti di pautan di berikut:

Maklumat Lanjut

Jika anda mempunyai masalah dan sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi LPHP di talian: