Semakan keputusan SPM 2023 secara online & SMS

Semua calon-calon (pelajar) yang telah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada Januari tahun 2023 boleh mendapatkan pernyataan keputusan peperiksaan SPM 2023 masing-masing dijangka pada satu tarikh dalam bulan Mei 2024.

Setiap tahun, keputusan SPM akan diumumkan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam bulan Mac, cuma tarikh keputusan dikeluarkan adalah berbeza. Apapun, yang pasti keputusan SPM akan diumumkan keluar pada bulan Mac.

Semakan Keputusan SPM 2023 Secara Online Dan SMS Pada 27 Mei 2024

Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyediakan dua mekanisme atau kaedah bagi tujuan menyemak keputusan iaitu secara dalam talian (online) dan SMS. Bagaimanapun ia hanya memaparkan ringkasan keputusan sahaja.

Pernyataan penuh keputusan peperiksaan SPM 2023 bagi calon persendirian individu akan dimaklumkan melalui pos atau boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), tempat mendaftar SPM dahulu.

Berikut adalah ruangan pengemaskinian maklumat tarikh rasmi dan kaedah untuk membuat semakan serta mendapatkan keputusan SPM 2023.

Tarikh Keputusan SPM 2023 Diumumkan

Tarikh : 27 Mei 2024 (Hari Isnin)

Jam : 10 pagi

Tarikh yang tepat (rasmi) selepas pengumuman daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Cara Semakan Keputusan SPM 2023 Secara Online

Semakan secara dalam talian (online) adalah melalui sistem aplikasi semakan keputusan peperiksaan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia, sila klik pada judul pautan di bawah.

  • Aplikasi Semakan Result SPM 2023
    • Sistem aplikasi bagi semakan hanya akan dibuka bermula pada 10 pagi 27 Mei 2024. Calon-calon hanya perlu memasukkan No Kad Pengenalan tanpa tanda () dan Nombor Angka Giliran tanpa selang dalam ruangan yang diminta.Sepertimana yang telah diberitahu, semakan secara online atau SMS hanya memaparkan ringkasan keputusan sahaja. Keputusan penuh boleh diperoleh di sekolah atau JPN.

Cara Semakan Keputusan SPM 2023 Secara SMS

Semakan melalui perkhidmatan mySMS 15888 adalah dengan menggunakan format penghantaran teks mesej seperti berikut.

Taip: SPM (jarak) NO. KP (jarak) ANGKA GILIRAN dan SMS ke 15888

Contoh: SPM WY008A040 sms hantar ke 15888

Perkhidmatan SMS diaktifkan bermula dari jam 1000 pagi, (27 Mei 2024) sehingga jam 600 petang, (2 Jun 2024)

Pernyataan Penuh Keputusan SPM 2023

Calon SekolahCalon Persendirian
Calon sekolah boleh hadir ke sekolah untuk mendapatkan pernyataan penuh keputusan. Ringkasan keputusan boleh disemak melalui online/ sms bermula jam 10 pagi pada tarikh rasmi keputusan diumumkan.Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), tempat mendaftar SPM.

Kenyataan Media KPM Tarikh Rasmi Keputusan SPM 2023 Diumumkan & Kaedah Semakan

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2023 akan diumumkan pada 27 Mei 2024 (Isnin) mulai pukul 10.00 pagi.

Calon sekolah dan calon persendirian boleh membuat semakan keputusan melalui kaedah berikut:

  • i. secara dalam talian di pautan myresultspm.moe.gov.my untuk mendapatkan keputusan penuh
  • ii. menerusi perkhidmatan SMS untuk mendapatkan ringkasan keputusan SPM 2023 dengan menaip SPM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan mulai pukul 10.00 pagi pada 27 Mei 2024 sehingga pukul 6.00 petang pada 2 Jun 2024.

Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan peperiksaan SPM daripada sekolah masing-masing pada tarikh yang telah diumumkan.

KPM sentiasa komited untuk terus melakukan yang terbaik.

Related : muat turun, mata pelajaran, keputusan sijil pelajaran malaysia, pengajian tinggi, kenyataan media kementerian pendidikan malaysia
berdasarkan kepada tarikh tahun lepas
berikut dikongsikan cara membuat semakan
hantar ke 15888
kokotkan wang pos pada 16 jun 2022 khamis
pelajar boleh mendapatkan keputusan peperiksaan spm daripada sekolah masing masing mulai pukul 10.00 pagi pada 16 jun 2022 khamis
600 petang pada 16 jun 2022 khamis
pengguna akan diaktifkan mulai pukul 10.00 pagi pada 16 jun 2022 khamis
menggunakan perkhidmatan sistem pesanan ringkas mysms
ditulis atas nama akauntan negara malaysia