Seperti mana kalendar Masihi, kalendar Hijrah juga mempunyai 12 bulan setahun. Bulan pertama dalam kalendar Islam adalah bulan Muharam. Umum mengetahui bahawa hari asyura merupakan satu hari yang diraikan oleh masyarakat islam. Asyura bermaksud sepuluh iaitu ia merupakan hari ke sepuluh dalam bulan muharam. Perkataan Asyura berasal daripada perkataan arab asyara iaitu sepuluh. Masyarakat beragama islam menghormati hari asyura kerana pada hari asyura telah berlaku peristiwa kebesaran ke atas para nabi dan nabi Muhammad juga menghormati hari asyura dengan amalan seperti berpuasa.
Menurut tradisi, puasa asyura telah diamalkan sejak di makkah lagi. Kemudian setelah golongan muhajirin berhijrah ke Madinah, Nabi Muhammad mendapati orang yahudi juga mengamalkan puasa pada hari asyura. Baginda merasakan bahawa umat islam lebih berhak ke atas hari asyura lalu baginda mengamalkan berpuasa pada hari asyura. Namun amalan berpuasa pada hari asyura adalah amalan sunat dan bukan lah suatu kefardhuan. Oleh itu, bagi siapa yang berkemampuan untuk berpuasa pada hari tersebut amat digalakkan.
Berpuasa merupakan suatu amalan yang baik dan amat dianjurkan. Dari segi rohani berpuasa dapat mendidik nafsu setiap individu yang mengamalkannya. Selain daripada itu, berpuasa juga dapat mendekatkan diri dengan tuhan. Bagi umat islam, berpuasa sunat Allah telah menjanjikan ganjaran pahala bagi siapa yang berpuasa. Umat islam juga difardhukan berpuasa sebulan di bulan ramadhan. Dari segi kesihatan pula amalan berpuasa telah terbukti dapat meningkatkan metabolisme tubuh. Namun bagi umat islam, yang dikejar dalam berpuasa adalah redha Allah.
Niat Puasa Asyura Dan Tasu’a Bulan Muharam
Nabi Muhammad menganjurkan puasa hari asyura seperti yang diriwayatkan oleh ibn abbas r.a, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya Berpuasalah kamu pada hari `Asyura’ dan buatlah perbezaan padanya (dari) orang Yahudi (dengan) berpuasa sehari sebelumnya atau sehari selepasnya. Berikut dikongsikan tarikh hari asyura dan niat untuk rujukan semua:
Tarikh Puasa Hari Tasu’a & 11 Muharram
Puasa Hari Tasu’a : 9 Muharam 1446H (15 Julai 2024 – Isnin)
Puasa 11 Muharram: 11 Muharam 1446H (17 Julai 2024 – Rabu)
Bagi membezakan antara yahudi dan umat islam, kita disunatkan berpuasa sehari sebelum atau selepas hari asyura atau lebih dikenali dengan hari Tasu’a
Niat Puasa Sunat Hari Tasu’a
نَوَيْتُ صَوْم تَاسُعَاء سُنَّة لله تَعَالى | |
Nawaitu sauma tasu’a sunnatal lillahita’ala | |
Sahaja aku puasa sunat hari tasu’a kerana Allah Ta’ala |
Tarikh Puasa Sunat Hari Asyura
Hijrah : 10 Muharam 1446H
Masihi: 16 Julai 2024 (Selasa)
Niat Puasa Sunat Hari Asyura
نَوَيْتُ صَوْم عشرسُنَّة لله تَعَالى | |
Nawaitu sauma Asyuro sunnatal lillahita’ala | |
Sahaja aku puasa sunat hari asyura kerana Allah Ta’ala |
Fadhilat Puasa Asyura
Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a katanya Rasulullah SAW telah bersabda, dengan maksudnya:
|
Info Lanjut
Para ulama memberikan hujah tentang maksud hadis ini iaitu dengan berpuasa sehari sebelum atau selepas hari asyura seperti di bawah:
- Digalakkan untuk berpuasa Tasu’a sebagai langkah berhati-hati kerana berkemungkinan berlaku kesilapan ketika membuat perkiraan anak bulan. Oleh itu, hari kesembilan Muharram itu dalam pengiraan adalah hari yang kesepuluh Muharram yang sebenarnya
- Bagi membezakan puasa orang yahudi dengan kita umat islam di mana mereka hanya berpuasa pada hari asyura sahaja. Untuk makluman penganut agama yahudi juga mengamalkan amalan berpuasa pada hari asyura
- Berpuasa lebih satu hari sebelum atau selepas kerana tegahan Rasulullah berpuasa satu hari sahaja. Akan tetapi ulama berpendapat tidak lah menjadi satu kesalahan jika berpuasa satu hari sahaja. Sila rujuk I`anah Ath-Thalibin 2/301. Oleh yang demikian berpuasa hari asyura sahaja tanpa puasa tasu’a juga dibolehkan dan akan diganjarkan pahala sunat, InsyaAllah. Dalam kitab yang dikarang oleh Imam Syafi’e ada menyebutkan iaitu di dalam Kitab Al-Umm dan Al-Imla’ untuk berpuasa tiga hari tersebut iaitu hari Tasu’a dan Asyura
Related : asyura adalah hari, Allah swt, tanggal 10 muharram, untuk membezakan, hari ini adalah hari, salah satu, yahudi berpuasa pada hari, nabi muhammad saw, puasa sunah, tahun baru islam, menjalankan puasa, ب ع د ,rasulullah s.a.w,