Setelah parti Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum ke 14, Perdana Menteri dalam sidang media berkata kerajaan akan meneruskan pemberian bantuan kewangan yang dahulunya diberi nama Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M). Namun nama BR1M akan digantikan dengan Bantuan Sara Hidup (BSH). Cara pembayaran BSH sama seperti BR1M dimana wang akan dikreditkan terus ke akaun penerima. Sedikit penambah baikkan adalah dengan mensasarkan bantuan kepada golongan yang benar-benar memerlukan.
Pada tahun lepas, BSH fasa 1 telah dikreditkan ke akaun penerima pada 28 Januari 2019 lalu. Disebabkan proses tapisan nama penerima mengambil masa yang lama maka kerajaan telah menggunakan sistem dan nama penerima bantuan dari kerajaan terdahulu. Namun pemberian BSH fasa 2 dan fasa 3 kerajaan akan menggunakan sistem baharu dengan penerima yang telah ditapis berdasarkan syarat kelayakan yang ditetapkan.
Permohonan baru boleh dilakukan bermula tarikh yang akan dikemaskini. Kemaskini juga boleh dilakukan pada tarikh yang sama di menu MyBSH. Permohonan baharu akan melalui proses verifikasi yang lebih ketat bagi memastikan bantuan sampai kepada golongan sasaran. Semakan syarat kelayakan boleh didapati di laman sesawang rasmi BSH. Untuk mendapatkan maklumat lanjut pemohon boleh membuat panggilan di talian bebas tol di talian 1-800-88-2747
Proses Verifikasi Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH) Dan Senarai Semak Dokumen Tahun 2021
Berikut merupakan proses verifikasi untuk setiap pemohon yang membuat permohonan. Bagi tahun 2021 akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Turut disertakan adalah senarai semak dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan:
Proses Verifikasi BSH 2020
Setiap permohonan BSH akan ditapis / disemak bagi penentuan kelayakan dengan agensi-agensi berikut :-
- Pengenalan Diri
- Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
- Status Perkahwinan
- Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
- Anak Yang Masih Belajar
- Majlis Amanah Rakyat (MARA)
- Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
- Pemilikan Kenderaan
- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
- Pendaftaran Perniagaan, Pemerbadanan Syarikat Dan Pendaftaran Perkongsian Liabiliti Terhad
- Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
- Orang Kurang Upaya (OKU)
- Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
- Bekerja/Menetap Diluar Negara
- Kementerian Luar Negeri (KLN)
- Jabatan Imigresen Malaysia (JIM)
- Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
- Pendapatan
- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
- Bendahari Negeri-Negeri Malaysia
- Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) termasuk PDRM
- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
- Kumpulan Wang Persaraan (KWAP)
- Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
- Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
Nota Penting
- Pemohon akan ditapis dan pemohon yang melepasi tapisan sahaja layak menerima BSH. Oleh itu, pemohon wajib memberi maklumat yang tepat. Jika didapati bersalah pemohon akan didakwa di bawah Seksyen 193 Kanun Kesiksaan (Akta 574) dan boleh dihukum penjara hingga 3 tahun dan denda serta disenarai hitam dari menerima BSH.
Senara Semak Dokumen BSH 2020
- Pemohon
- Salinan sijil perceraian yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri/JPN
- Salinan perkahwinan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri/JPN
- Salinan sijil kematian pasangan yang dikeluarkan JPN
- Salinan sijil dekri nisi/dekri nisi mutlak yang dikeluarkan oleh mahkamah
- Pasangan
- Salinan pengenalan pasangan (MyKad/MyPR/MyKAS)
- Salinan pasport/visa/UNCHR/Pas sempadan/sijil lahir/kad pengenalan lama
- Anak
- Salinan MyKad/MyKid (Anak kandung atau anak angkat)
- Salinan sijil lahir (Anak kandung)
- Salinan sijil daftar anak angkat yang dikeluarkan JPN (Anak angkat)
Maklumat Penting Dan Pertanyaan
Untuk maklumat lanjut mengenai Bantuan Sara Hidup Rakyat 2020, sila rujuk kepada FAQ (Soalan Lazim) yang disediakan atau hubungi:
Sekretariat BSH,
Pejabat Belanjawan Negara,
Kementerian Kewangan Malaysia (MOF),
Presint 2, 62592 Putrajaya.
- Hotline BSH LHDNM: 1-800-88-2747 – BSHR (waktu operasi: 9:00 pagi – 5:00 petang)
- Hotline MOF: 03- 8882 4565 | 03- 8882 4566
- Laman Sesawang Rasmi BSH
- FAQ Bantuan Sara Hidup Rakyat 2020 : Permohonan Dan Kemaskini