Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih akan diadakan pada 2 Mac 2019. Daripada kenyataan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Azhar Azizan Harun, hari penamaan calon PRK N24 Semenyih telah ditetapkan pada 16 Februari manakala hari mengundi awal adalah pada 26 Februari. Tempoh berkempen telah ditetapkan selama 14 hari bermula selepas penamaan calon sehingga pukul 11.59 malam pada 1 Mac 2019,
Daftar pemilih yang akan digunakan untuk PRK DUN Semenyih di dalam Parlimen Hulu Langat adalah sehingga suku ketiga 2018 yang mengandungi 54,503 orang pemilih berdaftar, terdiri daripada 53,520 pengundi biasa, 951 pengundi awal dan 32 orang pengundi tidak hadir luar negara.
Imbas kembali sebelum ini Selangor sudah mengadakan tiga PRK iaitu di DUN Sungai Kandis, Seri Setia dan Balakong. DUN Semenyih adalah PRK yang keempat diadakan di Selangor. PRK DUN Semenyih bakal diadakan kerana penyandangnya dari Pakatan Harapan (PH), Bakhtiar Mohd Nor yang berumur 57 tahun telah meninggal dunia di Hospital Kajang pada 11 Januari 2019 yang lalu akibat serangan sakit jantung.
Pada PRU-14 yang lalu, Bakhtiar daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) telah menewaskan penyandangnya Datuk Johan Abdul Aziz daripada Barisan Nasional (BN) serta dua lagi calon iaitu S Arutchelvan mewakili Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Mad Shahmiour Mad Kosim mewakili Parti Islam Se Malaysia (PAS)dengan kemenangan majoriti berjumlah 8,964 undi selepas memperoleh 23,428 undi.
Untuk PRK DUN Semenyih, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang, Datuk Mohd Sayuthi Bakar telah dilantik sebagai Pegawai Pengurus PRK. Selain daripada itu, SPR akan menggunakan Dewan Seri Cempaka, Saujana Impian lokasi untuk penamaan calon dan pusat penjumlahan undi. Pada masa yang sama, SPR juga akan menyiarkan sepanjang proses keputusan PRK, pengundian awal, penamaan calon, pengeluaran kertas undi pos, semakan peti undi, pengundian dan pengiraan undi ini secara langsung melalui Facebook live SPR.
Keputusan Terkini Dan Rasmi Pilihan Raya Kecil Dun Semenyih, Selangor (N24 P101 Hulu Langat) Tahun 2019
Maklumat senarai calon dan keputusan terkini PRK Semenyih (N24) bagi tahun 2019 telah dilengkapkan sepertimana yang diumumkan secara rasmi. Berikut adalah keputusan tersebut:
Tarikh Penting PRK Semenyih (N24)
Perkara | Tarikh | Status |
![]() | 16 Februari 2019 | Rasmi |
![]() | 26 Februari 2019 | Rasmi |
![]() | 2 Mac 2019 | Rasmi |
Senarai Parti Bertanding PRK Semenyih (N24)
![]() | ![]() | Parti Sosialis Malaysia (PSM) |
Keputusan Rasmi PRK Semenyih
Nama Calon | Nama Parti | Jumlah Undi |
Muhammad Aiman Zainali | ![]() | 17,866 |
Zakaria Hanafi | ![]() | 19,780 (Pemenang) |
Nik Aziz Afiq Abdul | PSM | 847 |
Kuan Chee Heng (Uncle Kentang) | BEBAS | 725 |
Jumlah Pengundi (-) / Jumlah Undi (-) | Peratus Mengundi (73.24%) | Majoriti (1,914) |
Keputusan PRU 14 Tahun 2018
Berikut merupakan statisik keputusan rasmi PRU14 bagi DUN Semenyih:
Nama Calon | Nama Parti | Jumlah Undi |
Bakhtiar Bin Mohd Nor | ![]() | 23,428 |
Datuk Haji Johan Bin Abd Aziz | ![]() | 14,464 |
Haji Mad Shahmiour Mat Kosim | ![]() | 6,966 |
S Arutchelvan (Arul) | PSM | 1,293 |
Jumlah Pengundi (53,257) / Jumlah Undi (46,151) | Peratus Mengundi (87.90%) | Majoriti (8964) |