Permohonan Matrikulasi 2025/2026 Online

Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berminat dan berkelayakan untuk melanjutkan pengajian ke kolej matrikulasi boleh berbuat demikian dengan melayari laman sesawang rasmi mereka. Program matrikulasi merupakan satu program pra-universiti di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk pelajar lepasan SPM. Graduan daripada program ini berpeluang melanjutkan pengajian mereka ke peringkat ijazah di universiti awam jika keputusan mereka menepati syarat minima yang ditetapkan.

Kolej matrikulasi kini telah banyak perubahan jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelum ini. KPM telah menaik taraf sistem pengajaran dan pembelajaran ke arah yang lebih sistematik. Kemudahan untuk pelajar juga telah ditambah baik bagi memastikan kebajikan pelajar terjaga. Kolej matrikulasi juga telah banyak dibina diseluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak bagi menarik minat belia dalam negara untuk menimba ilmu.

Untuk pengetahuan semua, terdapat dua program yang ditawarkan di kolej matrikulasi iaitu program satu tahun dan program dua tahun. Bagi pelajar yang berminat, anda dinasihatkan untuk membuat semakan syarat kemasukan terlebih dahulu. Pemohon perlu membuat kajian yang teliti sebelum membuat keputusan kerana sijil lepasan matrikulasi tidak boleh digunakan untuk tujuan mencari pekerjaan. Ia hanya boleh digunakan untuk kemasukan ke universiti awam di peringkat ijazah.

Permohonan Kemasukan Ke Program Matrikulasi KPM Sesi 2024-2025

Maklumat permohonan sesi 2025-2026 akan dikemaskini. Permohonan kemasukan ke kolej matrikulasi semakin mendapat tempat dalam kalangan pelajar kini. Oleh itu, bagi memudahkan pemohon kami kongsikan beberapa info penting tentang permohonan kemasukan ke matrikulasi. Sila rujuk jadual di bawah untuk info lanjut:

Mulai Sesi Akademik 2021/2022, lepasan SPM yang ingin melanjutkan pengajian ke Kolej Matrikulasi KPM hendaklah melengkapkan pendaftaran permohonan menerusi sistem Aplikasi Matrikulasi KPM. Maklumat penting berkaitan pendaftaran permohonan adalah seperti berikut:

Tarikh Permohonan Matrikulasi

Dibuka : 15 Disember 2023

Ditutup : 31 Mac 2024

Tarikh di atas adalah tarikh rasmi seperti yang telah dimaklumkan oleh KPM. Sebarang perubahan akan dikemaskini dari semasa ke semasa

Pembukaan Semula Permohonan Matrikulasi & Kemaskini

Dibuka & Ditutup : Selama 5 hari selepas result SPM 2023 diumumkan

Cara Membuat Permohonan Ke Matrikulasi

Berikut dikongsikan cara membuat permohonan kemasukan ke Program Matrikulasi KPM bagi sesi pengambilan 2024/2025 sebagai rujukan.

Sila layari laman sesawang seperti di bawah untuk membuat permohonan.

Sistem Permohonan Matrikulasi Online

Menurut hebahan terkini daripada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), permohonan kemasukan pelajar ke Program Matrikulasi KPM adalah melalui sistem matrikulasi KPM. Oleh itu, para pelajar lepasan SPM yang menepati kriteria kelayakan boleh membuat permohonan di portal rasmi seperti berikut:

  1. Sebarang hebahan atau makluman lanjut berkaitan permohonan Program Matrikulasi KPM boleh diperolehi daripada portal rasmi KPM
  2. Permohonan adalah percuma

Syarat Kemasukan Ke Matrikulasi

Pautan di bawah merupakan syarat kemasukan ke matrikulasi mengikut program satu tahun dan dua tahun. Pemohon dinasihatkan membuat semakan syarat kemasukan terlebih dahulu sebelum membuat permohonan. Sila layari pautan di bawah untuk maklumat lanjut:

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan boleh diajukan dengan cara berikut:

  • Matrikulasi KPM
  • Ikuti media sosial Program Matrikulasi KPM untuk hebahan dan maklumat terkini. FB/X/Youtube – Program Matrikulasi KPM, IG/TikTok – matrikulasikpmSebarang pertanyaan berkaitan emel kepada mohon.matrik@moe.gov.my atau hubungi 03-8884 4083/4042/4098 atau Telegram Channel: https://t.me/JomMasukMatriks