Latihan separa perubatan adalah satu program yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menjalani kursus sijil atau diploma. Lepasan program ini akan diserap menjadi pegawai kerajaan dalam bidang yang akan ditawarkan berdasarkan kursus yang dijalani. Program ini terbuka kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berumur dari 17 hingga 25 tahun. Oleh itu, siapa yang berminat untuk mengisi kekosongan pekerjaan di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) digalakkan memohon.
Untuk pengetahuan semua, program ini terdapat dua ambilan iaitu pada Januari dan Julai bagi sesi 2025. Bagi mereka yang berminat boleh membuat permohonan dengan kadar segera. Hal ini kerana pengambilan adalah terhad dan bergantung pada kekosongan yang ada. Sebelum membuat permohonan anda digalakkan untuk menyemak syarat kelayakan terlebih dahulu bagi memudahkan urusan.
Program latihan separa perubatan ini menawarkan kursus peringkat diploma yang akan berlangsung selama 3 tahun. Manakala untuk peringkat sijil peserta akan menjalani latihan dan pengajian selama 2 tahun. Pelatih akan mendapat elaun sepanjang kursus dijalankan dan segala kemudahan disediakan di Pusat Kolej Kesihatan di seluruh Malaysia. Selepas tamat latihan peserta akan menduduki ujian untuk diserap masuk ke Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Permohonan Online Latihan Separa Perubatan 2025 Bertaraf Diploma/Sijil (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia)
Bagi memudahkan semua, kami kongsikan beberapa info-info penting tentang latihan separa perubatan. Antara yang akan kami kongsikan adalah tarikh tutup permohonan, syarat kelayakan dan cara membuat permohonan. Semoga dapat membantu mereka yang berminat:
Permohonan Latihan Separa Perubatan 2025
JANUARI 2025
TUTUP : 5 Ogos 2024
WAKTU : 11:59 malam
JULAI 2024
TUTUP : 8 Januari 2024
WAKTU : 11:59 malam
Calon yang sudah mendaftar bagi jawatan yang diiklankan tidak perlu membuat permohonan lagi. Tetapi hendaklah dipastikan permohonan tersebut masih lagi dalam tempoh sah laku iaitu setahun daripada tarikh permohonan.
Cara Membuat Permohonan
Berikut merupakan cara mudah untuk membuat permohonan. Sila layari dua pautan berikut:
https://spa9.spa.gov.my/login
Syarat Kelayakan Mengikuti Kursus
- Pemohon perlu memiliki sekurang-kurangnya salah satu dari Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya. pemohon perlu mendapat kepujian (tidak kurang dari Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya.
- Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mendapat Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains/ Sains Tulen dan Matematik.
- Berumur bermula daripada 17 tahun hingga 25 tahun pada tarikh tutup permohonan.
Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma
- Jururawat
- Penolong Pegawai Perubatan
- Jururawat (PSL)
- Penolong Pegawai Farmasi
- Juruteknologi Makmal Perubatan
- Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
- Juru X-ray
- Jurupulih Perubatan Fisioterapi
- Jurupulih Perubatan Cara Kerja
- Juruterapi Pergigian
- Juruteknologi Pergigian
Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil
- Pembantu Kesihatan Awam
- Pembantu Pembedahan Pergigian
Pertanyaan
Sebarang pertanyaan boleh dilakukan dengan cara berikut:
Setiausaha
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
Bahagian Pengambilan Khas
Aras 7, Blok C7 Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
60520 PUTRAJAYA
Tel : 88856000
Related : calon calon, tahun dan tidak melebihi, malaysia untuk, kelayakan yang diiktiraf setaraf, disahkan dalam perkhidmatan, berumur tidak kurang, mempunyai sijil pelajaran malaysia, secara online