Majlis Amanah Rakyat (MARA) merupakan sebuah badan yang membantu bumiputra dalam memajukan taraf sosial dan ekonomi dalam kegiatan perdagangan dan perindustrian. MARA juga ada memberi bantuan dari segi pendidikan di mana telah banyak institusi pengajian diwujudkan di bawah kelolaan MARA. Bantuan kewangan juga diberikan kepada mereka yang layak jika berminat untuk melanjutkan pelajaran.
Antara institusi pendidikan di bawah kelolaan MARA (IPMa) adalah Institut Kemahiran MARA (IKM), Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) dan MARA-Japan Industrial Institute (MJII). Tujuan utama penubuhannya adalah untuk melahirkan lebih ramai bumiputra yang berkemahiran tinggi untuk memenuhi kehendak industri kini. Bagi memenuhi hasrat dan aspirasi ini MARA telah mewujudkan 10 buah KKTM dan 14 buah IKM di seluruh Malaysia.
Untuk pengetahuan semua, IKM menyediakan pendidikan di peringkat sijil manakala KKTM menawarkan pengajian di peringkat diploma. Kesemua institusi pengajian MARA telah mendapat pengiktirafan dan graduan boleh membina kerjaya setelah tamat pengajian di IKM, KKTM dan juga MJII. Bagi mereka yang berkelayakan anda akan mendapat bantuan kewangan untuk melanjutkan pengajian anda.
Permohonan Online IKM KKTM MJII 2025 Terkini – Sesi Januari
Permohonan kemasukan ke institusi pendidikan MARA adalah dibuka kepada pelajar yang berminat dan berkelayakan mengikut sesi iaitu Januari dan Julai setiap tahun. Sehubungan itu, terdapat sesi pengambilan baharu iaitu sesi Januari/ Julai 2025. Bagi sesiapa yang berminat anda digalakan untuk membuat semakan cara membuat permohonan serta syarat kelayakan kemasukan terlebih dahulu sebelum memohon. Oleh itu, kami kongsikan beberapa info penting sebagai rujukan anda semua:
Tarikh Permohonan Ke IKM KKTM Dan MJII Sesi Januari 2025
Dibuka : 1 Oktober 2024
Ditutup : 15 November 2024
Tarikh di atas adalah untuk kemasukan kesemua IKM KKTM dan MJII
Tarikh Permohonan Ke KKTM, IKM Dan MJII Sesi Julai 2024
Melalui SPUIPM
Dibuka : 19 Mac 2024
Ditutup : 15 Jun 2024
Melalui UPTVET
Dibuka : 25 Mac 2024
Ditutup : 11 Jun 2024
Tarikh di atas adalah untuk kemasukan kesemua IKM KKTM dan MJII
Cara Membuat Permohonan Ke IKM KKTM MJII Sesi Januari 2025 Dan Julai 20234
- Permohonan perlu dilakukan secara atas talian melalui sistem aplikasi SPUPIM borang permohonan online Institusi pendidikan Mara (IPMa)
- Permohonan kemasukan bagi sesi Januari dan Julai 2025 adalah percuma tanpa pembelian no pin
- Pengguna baru perlu mendaftar terlebih dahulu bagi memudahkan proses permohonan
PERMOHONAN ONLINE KE IKM KKTM MJII
Syarat Am Kelayakan
Program Sijil
- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Bagi lepasan SPM 2015 dan ke atas wajib lulus sejarah
- Warganegara Malaysia
- Bumiputra
- Tidak buta warna
- Tiada masalah kesihatan
- Berumur 18-40 tahun
Diploma
- Lulus SPM atau setara atau lulus Sijil Kejuruteraan / Teknologi kejuruteraan IKM / Teknologi IKM dengan CGPA ≥ 2 (Permohonan lepasan IKM hanya memerlukan kepujian Bahasa Malaysia sahaja di peringkat SPM)
- Warganegara Malaysia
- Bumiputra
- Tidak buta warna
- Tiada masalah kesihatan
- Berumur 18-40 tahun
Pertanyaan
Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan melalui cara berikut:
Unit Pengambilan Pelajar,
Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA,
Tingkat 21, Ibu Pejabat MARA 21, Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur
Telefon: +60 3 2613 4258
Fax : +60 3 2691 4510e-mel : infobkt@mara.gov.my