Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah ditubuhkan di bawah undang-undang Malaysia, Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 (Akta 452) di mana ia bertindak sebagai sebuah badan keselamatan sosial yang menyediakan faedah persaraan kepada ahlinya. KWSP bertanggungjawab untuk melaksanakan sebuah sistem yang efisien dan mudah bagi memastikan majikan melaksanakan tanggungjawab sosial seperti yang termaktub dalam undang-undang.
Sejajar dengan peredaran zaman, pengurusan KWSP telah mewujudkan sistem online bertujuan untuk membuat semakan, cetakan penyata dan juga pengeluaran atas sebab yang dibenarkan sahaja. Pencarum tidak perlu lagi untuk beratur di kaunter KWSP untuk membuat urusan seperti semakan, cetakan penyata kerana anda hanya perlu melayari laman sesawang KWSP dan klik i-Akaun untuk log masuk ke akaun KWSP online anda.
Antara kemudahan lain yang boleh didapatkan melalui perkhidmatan i-Akaun adalah membuat semakan status permohonan pengeluaran, kira anggaran jumlah layak pengeluaran dan juga kemaskini maklumat. Selain itu, majikan juga boleh menggunakan perkhidmatan i-Akaun atas urusan yang dibenarkan. Untuk pengetahuan sebelum pencarum menggunakan perkhidmatan i-Akaun, pencarum perlu membuat pendaftaran dengan mendapatkan ID pengguna di kios atau kaunter KWSP berdekatan.
Semakan Penyata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP/ EPF) Secara Online Melalui i-Akaun
Berikut merupakan cara membuat semakan penyata KWSP secara online dengan menggunakan perkhidmatan i-Akaun. Turut disertakan beberapa info penting berkaitan KWSP sebagai rujukan semua:
Cara Membuat Semakan Penyata KWSP Online
1. Dapatkan Kod Pengaktifan
- Sila dapatkan kod pengaktifan sebelum menggunakan i-Akaun di mana-mana kios atau di kaunter KWSP dan bawa sekali MyKad. Senarai kios atau kaunter KWSP adalah seperti berikut:
Lokasi Kios Dan Kaunter KWSP
Terengganu | Negeri Sembilan |
Sabah | Sarawak |
Selangor | Labuan |
Perlis | Pulau Pinang |
Perak | Pahang |
Putrajaya | Kedah |
Kelantan | Kuala Lumpur |
Melaka | Johor |
2. Log Masuk Ke i-Akaun KWSP
- Sila layari laman sesawang rasmi KWSP dan klik padamenu log in i-Akaun kemudian masukkan kod pengaktifan yang diberi diruang ‘User ID’ dan tekan butang ‘Next’. Kod pengaktifan boleh digunakan dalam masa 30 hari
- Masukkan kata laluan sementara diruangan kata laluan dan tekan butang ‘log in’
- Baca terma dan syarat yang dipaparkan kemudian tekan butang ‘agree’ kemudian butang ‘next’
- Sila tukar ID dan kata laluan sementara anda. Kemudian pilih gambar online dan masukkan frasa rahsia di ruang yang disediakan dan tekan butang next
3. Semakan Penyata KWSP
- Untuk membuat semakan baki terkini setelah berjaya log masuk, klik butang penyata semasa/ tahun sebelumnya. Penyata anda akan dipaparkan di skrin
- Untuk buat cetakan sila tekan butang cetak
Perkhidmatan Yang Disediakan Di I-Akaun Untuk Ahli
Memohon e-Pengeluaran | Semakan maklumat penamaan |
Semak status permohonan pengeluaran dan sejarah pengeluaran | Semakan penyata tahun terkini atau tahun sebelum |
Semak log aktiviti i-akaun | LMembuat semakan transaksi caruman KWSP |
Kira-kira anggaran jumlah layak pengeluaran, simpanan dan pelaburan | Kemas kini profil termasuk alamat surat menyurat terkini |
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut sila layari pautan di bawah: