Maklumat Penyata gaji bulanan/ tahunan merupakan satu dokumen yang amat penting buat mereka yang sudah bekerja. Ia akan digunakan dalam urusan rasmi untuk membuat pinjaman rumah, kereta, cukai pendapatan, pendidikan dan sebagainya. Ianya adalah sebagai bukti pendapatan individu sepanjang tempoh ia bekerja untuk setiap bulan. Kerajaan Malaysia melalui Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) telah melaksanakan sistem e-penyata gaji yang boleh disemak secara online.
Ianya merupakan satu bentuk kemudahan untuk kakitangan awam membuat semakan gaji beserta memuat turun penyata bulanan mereka dengan mudah dan pantas. Paling penting ia boleh diakses secara percuma.
Untuk pengetahuan semua, sistem epenyata gaji dan laporan kakitangan kerajaan hanya akan menyimpan maklumat penyata bulanan gaji untuk tempoh 18 bulan dan penyata tahunan gaji akan disimpan untuk tempoh 7 tahun terkini sahaja. Selepas daripada tempoh yang dinyatakan ini, maklumat akan dikeluarkan daripada sistem dan maklumat terkini akan dikemaskini secara automatik.
Oleh itu, kakitangan awam perlu muat turun maklumat yang dikehendaki untuk kegunaan di masa hadapan. Untuk membuat semakan, anda perlu melayari laman sesawang rasmi JANM.
Dengan menggunakan sistem e-penyata ini ia akan mempercepatkan dan memudahkan urusan penjawat awam untuk mendapatkan salinan penyata bulanan gaji dengan hanya melayari laman sesawang rasmi JANM sahaja. Jika dibandingkan dengan kaedah sebelum ini ia hanya akan dikeluarkan sebulan sekali dan melambatkan proses dan urusan para penjawat awam.
Oleh itu, kerajaan Malaysia berharap dengan adanya kemudahan ini dapat membantu penjawat awam dalam mempercepatkan proses urusan mereka terutama sekali dalam urusan yang melibatkan perkara pengajian.
Semakan Penyata Gaji Online Kakitangan Awam (e-Penyata Gaji & Laporan)
Berikut merupakan langkah-langkah dalam membuat semakan slip e-penyata untuk penjawat awam. Turut disediakan adalah cara untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan slip e-penyata dan laporan secara online:
Cara Membuat Pendaftaran Sebagai Pengguna Baru
Jika anda merupakan pengguna kali pertama, anda perlu membuat pendaftaran terlebih dahulu. Cara pendaftaran pengguna baru adalah seperti berikut:
PERMOHONAN PENDAFTARAN PENGGUNA BARU
II) Klik pada menu pertama kali mendaftar
Cara Membuat Semakan Slip
Jika anda sudah membuat pendaftaran, anda boleh mengakses ke dalam sistem. Caranya adalah seperti berikut:
I) Klik pautan di yang disediakan di bawah untuk membuat semakan slip e-penyata
SEMAKAN SLIP e-PENYATA ONLINE
II) Masukkan no kad penggenalan/no pasport dan kata laluan seperti yang telah didaftarkan dan sila klik butang OK untuk daftar masuk
Maklumat Lanjut
Jika anda mempunyai masalah berkaitan termasuk pilihan soalan lazim, sila rujuk maklumat dibawah:
Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)
Aras 1-8, Kompleks Kementerian Kewangan
No.1, Persiaran Perdana, Presint 2
62594 PutrajayaE-mail Rasmi: maklumbalas@anm.gov.my
- Talian Telefon: 03-88821000
- FAQ e-Penyata & Laporan
- Prosedur e-Penyata Dan e-Laporan
Related : tuan puan no gaji jadual gaji lupa kata maklumat yang diminta berkaitan sistem soalan keselamatan, slip gaji penyata pendapatan tahunan untuk mendaftar, no.kad pengenalan sistem online, untuk menyemak, laman web, pusat pembayar e mel rasmi
Related : pejabat perakaunan, untuk memuat turun penyata, menyalurkan maklum balas kepada pihak janm berkaitan sistem atau maklumat, https://epenyatagaji-laporan.anm.gov.my/Layouts/Login/Login.aspx, portal rasmi, nombor kad pengenalan, anak dan permohonan bantuan kewangan, slip gaji online, mengemaskini profil pengguna emel dan no telefon sahaja, penyata gaji anm, gaji penjawat awam,