Senarai Pelepasan Cukai Pendapatan 2024 Individu Untuk efilling 2025

Antara sumber pendapatan sesebuah kerajaan di seluruh dunia adalah dengan mengutip cukai daripada individu atau syarikat kepada pemerintah atau kerajaan. Cukai yang dikutip akan digunakan untuk menjalankan pentadbiran sesebuah negara, juga boleh digunakan untuk pembangunan yang boleh memberi manfaat kepada rakyat. Setiap negara mengamalkan sistem cukai yang berbeza yang akan ditentukan oleh pemerintah mengikut kesesuaian negara tersebut. Kebiasaannya akan ada lebih dari satu jenis cukai akan dikenakan ke atas individu atau syarikat. Contoh cukai di Malaysia adalah cukai jalan, cukai jualan dan perkhidmatan, cukai pendapatan dan banyak lagi.

Kerajaan yang mendapat mandat daripada rakyat bertanggungjawab untuk menguruskan hasil kutipan cukai dengan telus dan amanah untuk pembangunan negara. Antara cukai yang yang dikutip oleh kerajaan adalah cukai pendapatan. Cukai pendapatan adalah cukai tahunan ke atas upah, gaji, komisyen dan pendapatan bukan gaji. Badan kerajaan yang terlibat dalam mengutip cukai adalah Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). Menurut LHDNM terdapat dua jenis cukai pendapatan iaitu cukai pendapatan individu dan cukai perbadanan.

LHDNM telah mengeluarkan 27 senarai pelepasan cukai 2023 untuk e-filing 2024. Sekiranya pendapatan anda melebihi RM 34,000 setahun maka anda wajib untuk mendaftar fail cukai pendapatan. Anda boleh membuat pendaftaran di mana-mana cawangan LHDNM di seluruh Malaysia dan pastikan bawa segala dokumen yang diperlukan. Pelepasan cukai ini boleh digunakan untuk mengurangkan pembayaran cukai pendapatan. Untuk senarai pelepasan cukai 2023 untuk e-filing 2024 akan dikemaskini jika terdapat penambahan atau perubahan.

Senarai Pelepasan Cukai Pendapatan Individu LHDN 2024 Untuk e-Filing 2025

Berikut dikongsikan 27 senarai pelepasan cukai individu pemastautin yang dikeluarkan oleh LHDNM untuk pelepasan cukai 2023 untuk e-filing 2024. Maklumat bagi tahun 2024, e-filing 2025 akan dikemaskini. Untuk senarai pelepasan cukai taksiran 2023 untuk e-filing 2024 akan dikemaskini jika terdapat perubahan atau penambahan. Menurut LHDNM, daripada jumlah pendapatan yang telah anda failkan anda akan dapat mengurangkan pendapatan bercukai anda hasil tolak nilai pelepasan cukai anda. Senarai pelepasan cukai adalah seperti di bawah:

Senarai Pelepasan Cukai Individu Pemastautin 2023

Berikut merupakan senarai 27 pelepasan cukai individu pemastautin untuk e-filing 2024 berdasarkan sumber dari LHDNM:

JENIS POTONGAN INDIVIDUJUMLAH (RM)
Individu dan saudara tanggungan9,000
Perbelanjaan pembelian peralatan sokongan asas (sama ada digunakan untuk individu kurang upaya, suami/isteri, anak atau ibu bapa kurang upaya)6,000 (Terhad)
Perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas dan penjaga untuk ibu bapa (keadaan kesihatan yang disahkan oleh pengamal perubatan)8,000 (Terhad)
Yuran pengajian (Sendiri):
Peringkat selain sarjana dan doktor falsafah dalam bidang undang-undang, perakaunan, kewangan islam, teknikal, vokasional, industri, saintifik atau teknologi
Peringkat sarjana dan doktor falsafah dalam sebarang bidang atau kursus pengajian
Kursus up-skilling atau self-enhancement dalam apa-apa bidang kemahiran yang diiktiraf oleh Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran di bawah Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 – berkuatkuasa mulai Tahun Taksiran 2021 hingga TT 2022 (Terhad 1,000)
7,000 (Terhad)
Individu kurang upaya6,000
Pemeriksaan perubatan penuh (Sama ada untuk diri sendiri, suami atau isteri atau anak)-(Terhad 1,000)10,000 (Terhad)
Perbelanjaan untuk perubatan penyakit serius sama ada untuk diri sendiri atau suami atau isteri atau anak-anak10,000 (Terhad)
Pemeriksaan perubatan bagi rawatan kesuburan (Sama ada untuk diri sendiri, suami atau isteri)10,000 (Terhad)
Perbelanjaan suntikan vaksin bagi diri sendiri, pasangan atau anak. Jenis vaksin yang layak dibenarkan potongan adalah seperti berikut: (Terhad 1,000)
Pneumoccocal
Human papillomavirus (HPV)
Influenza
Rotavirus
Varicella
Meningococcal
Kombinasi TDAP (tetanus-diphteria-acellular-pertussis
Coronavirus Diseases 2019 (Covid-19)
10,000 (Terhad)
Pembelian peralatan penyusuan ibu untuk kegunaan sendiri untuk anak berumur 2 tahun dan ke bawah (Pemotongan hanya sekali dalam setiap dua tahun taksiran)1,000 (Terhad)
Gaya hidup-Perbelanjaan untuk diri sendiri atau suami atau isteri atau anak bagi perkara berikut:
Pembelian komputer peribadi, tablet, telefon pintar (Bukan untuk kegunaan perniagaan)
Pembelian buku, majalah, jurnal, surat khabar bercetak dan lain-lain penerbitan seumpamanya (Bukan bahan bacaan terlarang)
Bayaran bil bulanan untuk langganan internet (Atas nama sendiri)
Pembelian peralatan sukan yang digunakan untuk aktiviti sukan berlandaskan Akta Pembangunan Sukan 1977 (Tidak terpakai bagi jenis basikal bermotor) dan juga bayaran keahlian gimnasium
2,500 (Terhad)
Gaya hidup khusus – Pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet untuk kegunaan/ manfaat diri sendiri, suami/isteri atau anak dan bukan untuk kegunaan perniagaan
Pelepasan ini adalah tambahan kepada pelepasan yang diberikan di bawah item 10
2,500 (Terhad)
Yuran penghantaran anak yang berumur 6 tahun dan ke bawah ke taman asuhan kanak-kanak (TASKA)/Tadika yang berdaftar3,000 (Terhad)
Tabungan bersih dalam skim SSPN (Jumlah simpanan dalam tahunan 2021 Tolak jumlah pengeluaran dalam tahun 2021)8,000 (Terhad)
Suami atau isteri atau bayaran alimoni kepada bekas isteri4,000 (Terhad)
Suami/isteri kurang upaya5,000
Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas tertakluk kepada beberapa syarat berikut:
Mengambil kursus di peringkat diploma dan ke atas di institusi pengajian dalam Malaysia (Tidak termasuk kursus matrikulasi atau pengajian pra-ijazah)
Mengambil kursus pengajian peringkat ijazah dan ke atas di institusi pengajian tinggi luar negara
Mengambil kursus dan institusi pengajian tinggi diiktiraf oleh pihak berkuasa kerajaan yang berkaitan
8,000
Anak yang belum berkahwin dan umur 18 tahun dan ke atas dan menerima pendidikan sepenuh masa (Peringkat A-level, sijil, matrikulasi, persediaan atau pra-ijazah)2,000
Anak kurang upaya
Pelepasan tambahan sebanyak RM 8,000 jika anak kurang upaya berumur 18 tahun dan ke atas yang belum berkahwin dan mengikuti pengajian peringkat diploma ke atas di Malaysia atau peringkat ijazah ke atas di luar Malaysia dalam kursus dan di institut pengajian tinggi yang diiktiraf oleh pihak berkuasa kerajaan yang berkaitan
6,000
+
8,000
Skim persaraan swasta dan anuiti tertunda (Deferred annuity)-Mula berkuat kuasa pada tahun taksiran 2012 hingga tahun taksiran 20253,000 (Terhad)
Insuran nyawa dan Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) termasuk tidak melalui potongan gaji
i. Kategori Penjawat Awam Berpencen
Premium insurans nyawa
ii. Kategori Selain Penjawat Awam Berpencen
 Premium insurans nyawa (terhad RM3,000)
Caruman kepada KWSP / skim yang diluluskan (terhad RM4,000)
7,000 (Terhad)
Caruman kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)250 (Terhad)
Insurans pendidikan dan perubatan termasuk tidak melalui potongan gaji3,000 (Terhad)
Perbelanjaan bayaran penginapan di premis penginapan yang berdaftar dengan Pesuruhjaya Pelancongan dan bayaran masuk ke tempat tarikan pelancong
(Perbelanjaan yang dilakukan pada atau selepas 1 Mac 2020 sehingga 31 Disember 2021)
Premis penginapan berdaftar boleh disemak di alamn web rasmi MOTAC
1,000 (Terhad)
Pelepasan cukai tambahan gaya hidup khusus berkaitan dengan aktiviti sukan yang dibelanjakan oleh individu bagi:
Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997 (tidak termasuk basikal roda dua bermotor);
Bayaran sewaan atau fi kemasukan ke mana-mana fasiliti sukan
Bayaran fi pendaftaran bagi penyertaan apa-apa pertandingan sukan yang mana penganjur tersebut diluluskan dan dilesenkan oleh Pesuruhjaya Sukan di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997.
500 (Terhad)
Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun2,000
Perbelanjaan bayaran pemasangan sewaan pembelian termasuk sewa-beli peralatan atau langganan bagi penggunaan kemudahan pengecasan kenderaan elektrik bagi kenderaan sendiri (Bukan untuk kegunaan perniagaan)2,500 (Terhad)

infografik senarai pelepasan cukai individu pemastautin

Maklumat Lanjut

Sila layari pautan di bawah untuk mendapatkan senarai lengkap pelepasan cukai pendapatan individu LHDN terkini :-

Related : yuran penghantaran anak berumur 6 tahun dan ke bawah ke taman asuhan kanak kanak tadika yang berdaftar, potongan dibenarkan sekali setiap dua 2 tahun taksiran, berkhidmat di bawah akta pembangunan sukan 1997, buku jurnal majalah surat khabar, tabungan bersih dalam skim simpanan pendidikan nasional sspn, gaya hidup perbelanjaan perubatan keperluan khas dan penjaga untuk ibu bapa keadaan kesihatan disahkan oleh pengamal perubatan
pemeriksaan perubatan keperluan khas dan penjaga untuk ibu bapa keadaan kesihatan disahkan oleh pengamal perubatan
diluluskan dan institusi pengajian tinggi diiktiraf oleh pihak berkuasa kerajaan yang berkaitan