Maktab Tentera DiRaja Malaysia (MTD) merupakan sebuah sekolah berasrama penuh (SBP) di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang menawarkan pendidikan disertakan dengan latihan ketenteraan. MTD terletak di Sungai Besi lebih kurang 13 kilometer daripada Bandaraya Kuala Lumpur dan merupakan salah sebuah sekolah pilihan ibu bapa yang telah melahirkan ramai tokoh negara sejak awal penubuhannya hingga sekarang.
Kemasukan pelajar ke MTD dibuka setiap tahun dan hanya terbuka kepada pelajar lelaki Tingkatan 3 untuk kemasukan ke Tingkatan 4. Untuk pengetahuan semua, antara matlamat penubuhan MTD adalah untuk melahirkan lebih ramai belia yang mempunyai asas latihan ketenteraan dan berkelayakan untuk menjadi pegawai tentera.
Menurut sumber daripada portal rasmi MTD, keutamaan akan diberikan keutamaan kepada pelajar yang aktif dalam aktiviti kokorikulum seperti sukan, kelab dan persatuan. Selain itu mempunyai Body Mass Index (BMI) 18 hingga 27, ukuran dada 74cm minima dan sekurang-kurangnya 7A pada PT3 tahun sebelum ambilan. Bagi mereka yang berminat untuk menjadi putera MTD anda boleh berbuat demikian dengan membuat permohonan secara atas talian di portal rasmi MTD.
Permohonan Putera Kemasukan Ke Tingkatan Empat (4) MTD Sesi 2025
Berikut adalah maklumat bagi tahun 2025. Mengikut sumber daripada portal rasmi MTD, permohonan kemasukan ke MTD secara atas talian (Online) telah dibuka. Kepada pelajar yang berminat membuat permohonan kemasukan MTD, kami kongsikan cara membuat permohonan ke MTD serta syarat kemasukan sebagai rujukan untuk semua:
Tarikh Permohonan MTD 2025
Dibuka : 1 Ogos 2024
Ditutup : 8 September 2024
Tarikh di atas adalah seperti yang dimaklumkan oleh pihak KPM. Sebarang perubahan akan dikemas kini segera.
Mulai ambilan 2021, kemasukan ke MTD adalah diselaraskan bawah satu sistem oleh KPM bersama-sama permohonan ke SBP, SMKA, KV dan SMT.
Tarikh Semakan Sesi Pemilihan MTD 2025
Calon WP Labuan, Sabah, Sarawak : akan dikemaskini
Calon Semenanjung: akan dikemaskini
Tarikh di atas adalah seperti yang dimaklumkan oleh pihak MTD. Pemohon yang berjaya akan dihubungi secara emel pada tarikh di atas. Pastikan semak emel pemohon/ penjaga di bahagian Inbox/ Junk/ Spam Folder. Pemohon dikehendaki memberi maklum balas kehadiran dengan mengisi borang atas talian di pautan yang diberikan.
Cara Membuat Permohonan Ke MTD
Permohonan perlu dilakukan secara atas talian melalui pautan seperti di bawah. Sila lengkapkan segala butiran yang diperlukan bagi mengelakkan sebarang kesulitan.
PERMOHONAN ONLINE KE MAKTAB TENTERA DIRAJA
Syarat Kemasukan Ke MTD
Tawaran kemasukan ke MTD terbuka kepada pelajar lelaki lepasan Tingkatan Tiga tahun 2025 dan ibu bapa mestilah warganegara Malaysia serta menepati syarat-syarat seperti di bawah
Kelayakan Akademik
- Memperoleh keputusan baik dalam Pentaksiran Kemasukan ke Sekolah Khusus secara dalam talian melalui KPM
- Lulus Ujian Pemilihan Putera Maktab Tentera Diraja
Syarat Fizikal Dan Kesihatan
Ciri-ciri | Perkara |
Tinggi | Minimum 152 cm |
BMI | 18 – 27 |
Kesihatan | Sihat tubuh badan dan tidak mempunyai penyakit yang boleh memudaratkan diri jika melakukan aktiviti. Tidak mempunyai masalah kesihatan seperti di bawah (tidak terhad): |
Penglihatan | Tidak rabun warna dan jika berkaca mata hendaklah tidak melebihi jarak penglihatan 6/12 |
Ukuran Dada | Minimum 74 cm (biasa) / 79 cm (tarik nafas) |
Berat | Minimum 40.5 kg |
Emel | Wajib mempunyai emel persendirian yang sah dan aktif |
Pembiayaan Pengajian
Kos pengajian pelajar sepanjang berada di MTD adalah percuma di bawah pembiayaan KPM. Kos termasuk penginapan, sajian, uniform, buku teks, buku kerja, buku tulis serta alat tulis. Namun pelajar hanya perlu membayar Yuran PIBG, Yuran Kecemerlangan Akademik, Insuran Putera dan Yuran Kebajikan
Pelajar juga akan menerima elaun sebanyak RM100 sebulan sepanjang pengajian di MTD
Pertanyaan
Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui:
- Laman Facebook Rasmi Maktab Tentera Diraja (MTD)
- http www.rmc education.edu.my
Unit Pengambilan & Promosi
Jabatan Pendidikan Tentera,
Maktab Tentera Diraja.
Tel : 03-89465562/5565 Isnin-Jumaat (8.15 pagi-5.00 petang)