Tarikh dan tema Maal Hijrah tahun 2024 / 1446H

Maal Hijrah merupakan salah satu hari kebesaran/ perayaan yang disambut oleh umat islam setiap tahun. Ia bagi mengingati peristiwa hijrah Nabi Muhammad dari Mekkah ke Madinah. Peristiwa itu wajar diamati dan dijadikan iktibar kepada kita semua kerana terdapat banyak pengajaran yang boleh kita peroleh. Ketika peristiwa tersebut juga Nabi Muhammad telah mempersaudarakan penduduk dari kota Mekkah yang dikenali dengan golongan Muhajirin manakala penduduk Madinah pula dikenali dengan golongan Ansar. Ibrah yang boleh diambil daripada peristiwa ini adalah asas bagi kedamaian umat adalah perpaduan sesama kita.

Penggunaan kalender hijrah sebenarnya belum bermula ketika zaman Rasulullah. Ianya hanya bermula ketika zaman khaliffah Ar-rasyidin iaitu ketika zaman pemerintahan Khalifah Saidina Umar. Ketika itu, umat islam baru hendak menggunakan kalender mengikut kiraan mereka. Terdapat banyak cadangan pada ketika itu untuk dijadikan tarikh permulaan kalender Hijrah. Ada sahabat mencadangkan untuk mengambil tarikh Nabi dilahirkan sebagai permulaan. Ada yang mencadangkan mengambil peristiwa kebangkitan Rasulullah sebagai Nabi dan Rasul sebagai permulaan. Namun akhirnya peristiwa hijrah nabi yang diambil sebagai tarikh permulaan.

Di Malaysia sambutan Maal Hijrah dijadikan sebagai salah satu perayaan umat islam. Pada tarikh tersebut juga dijadikan sebagai hari cuti umum. Perayaan Maal Hijrah juga dilakukan diperingkat negara di mana akan ada majlis ilmu besar-besaran bagi mengingati peristiwa hijrah Nabi. Setiap tahun juga akan dipilih tokoh maal hijrah dan akan diberikan penghargaan. Calon tokoh maal hijrah dipilih berdasarkan kriteria yang ditetapkan untuk dijadikan role-model kepada umat islam untuk dicontohi.

Tema Maal Hijrah 2024/1446H Dan Tarikh Sambutan

Berikut dikongsikan tarikh maal hijrah untuk tahun 2024M/1446H. Dikongsikan juga tema maal hijrah, tokoh maal hijrah dan beberapa info tentang maal hijrah sebagai perkongsian ilmu kepada anda semua:

Tarikh Maal Hijrah Dan Maklumat Penting

Maklumat di bawah merupakan tarikh maal hijrah tahun ini dan beberapa maklumat penting berkaitan maal hijrah.

Tarikh7 Julai 2024, Ahad
Lokasi Sambutan Peringkat Kebangsaan2024: Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)
2023: Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), Kuala Lumpur
2022: Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur
2021: Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA), Putrajaya
2020: Masjid Negara
2019: Dewan Perdana Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, PICC
2018: Masjid WP Kuala Lumpur
2017: Masjid WP Kuala Lumpur
2016: Taman Ekspo Agropertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Selangor
Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan2024 : Dato’ Seri Haji Hassan Haji Ahmad
2023 : YBhg. Datuk Dr. Abd Monir Yaacob, Mantan Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
2022 : Tan Sri Dato’ Haji Othman bin Mustapha, Mantan Ketua Pengarah JAKIM dan Mantan Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
2021 : Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad, Bekas Imam Besar Masjid Negara
2020 : Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan
2019: Datuk Seri Ir. Zaini Ujang, Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
2018: Dato’ Prof Dr Siddiq Fadzil, Presiden Kolej Dar al-Hikmah
2017: Tun Sakaran Dandai : Bekas Ketua Menteri dan Yang Dipertua Negeri Sabah
2016: Tun Dr. Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim – Pro Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM)
Anugerah Khas Maal Hijrah2016: Allahyarham Datuk Dr Haron Din
Tokoh Antarabangsa Maal Hijrah Kebangsaan2024 : Prof Dr Ali Muhyiddin Ali Al Qaradaghi
2023 : Al-Allamah Sheikh Abu Bakar Ahmad Al-Malibari, Mufti Besar India
2022 : YB Oknha Datuk Dr. Othsman Hassan, Menteri Kanan Menjaga Misi Khas (Hal Ehwal Islam) Kemboja

Tema Maal Hijrah

Pemilihan tema maal hijrah adalah berdasarkan usaha kerajaan yang menginginkan ummah bersatu dan rakyat mengamalkan nilai murni tanpa mengira agama bangsa dan fahaman politik.

Penting bagi memastikan tiada persengketaan dan perbalahan berlaku. Ia juga bertujuan bagi mengelakkan kecelaruan fahaman dan aliran pemikiran yang bercanggah daripada ahli sunnah wal jamaah

Pemilihan tema maal hijrah akan diputuskan oleh beberapa panel dan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Panel ini juga yang menentukan tokoh maal hijrah yang akan dipilih.

Tema Sambutan2024: Al Falah Pemacu Malaysia Madani
2023: Perpaduan Teras Malaysia Madani
2022: Keluarga Malaysia Pemangkin Ummah
2021: Manhaj Rabbani Ummah Berkualiti
2020: Ummah Rabbani Negara Harmoni
2019: Negara Rahmah, Ummah Sejahtera
2018: Menyantuni Umat Membawa Rahmat
2017: Kesatuan Ummah Kesejahteraan Negara
2016: Ukhuwah Islamiah Asas Penyatuan Ummah
2014 & 2015: Perpaduan Nadi Transformasi Negara

Doa Awal Tahun Dan Akhir Tahun

Berikut dikongsikan doa awal tahun dan akhir tahun sebagai rujukan semua. Doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Manakala doa awal tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram

Doa Akhir Tahun

Doa Awal Tahun