Terdapat lima rukun islam yang wajib ditaati oleh setiap umat islam. Antaranya merupakan menunaikan ibadah haji di tanah suci Mekkah bagi mereka yang berkemampuan. Di Malaysia, Tabung Haji (TH) adalah badan yang dilantik oleh kerajaan untuk menguruskan para jemaah haji bermula daripada sebelum berlepas ke tanah suci hingga tamat menunaikan ibadah. Tabung haji juga memberikan kursus berkaitan hukum hakam dan pelaksanaan ibadah haji sebelum para jemaah menunaikan ibadah haji.
Kursus haji peringkat pertama yang akan diikuti oleh bakal jemaah haji sebelum berangkat ke Tanah Suci adalah Kursus Asas Haji (KAH). Ianya diadakan bermula dari bulan Rabiul Awwal sehingga Jamadil Akhir pada setiap tahun di mana kursus akan diadakan pada setiap hujung minggu iaitu 2 jam 30 minit bagi setiap siri untuk jumlah keseluruhan sebanyak 13 siri. KAH diadakan di masjid-masjid pilihan di seluruh negeri/ daerah dengan kerjasama antara Tabung Haji dan jawatankuasa masjid berkenaan (Jabatan Agama Islam Negeri). Modul kursus merangkumi pendedahan asas tajuk-tajuk berkaitan Ibadat Haji, Kesihatan dan Pengurusan Haji di Tanah Air dan Tanah Suci.
Peserta kursus tidak dihadkan kepada jemaah haji yang terpilih pada tahun semasa sahaja bahkan penyertaan dibuka kepada orang ramai yang berminat untuk mempelajari hal ehwal ibadat haji dan umrah. Peserta perlu mendaftar di masjid-masjid yang terlibat menganjurkan kursus ini.
Untuk pengetahuan tenaga pengajar yang dilantik untuk memberikan kursus kepada peserta merupakan orang yang kompeten dan telah diluluskan oleh JAKIM untuk mengajar. Kursus akan dilakukan di setiap negeri di seluruh Malaysia. Penyertaan pula tidak terhad kepada peserta yang mendapat panggilan menunaikan ibadah haji tahun itu sahaja tetapi terbuka kepada siapa-siapa yang berminat untuk mempelajari cara-cara menunaikan ibadah haji. Peserta juga dibekalkan dengan buku panduan yang diterbitkan oleh Tabung Haji.
Usaha yang dilakukan ini amat baik bagi melahirkan jemaah haji yang berilmu. Ia juga dapat membantu jemaah untuk lebih fokus dalam menunaikan ibadah. Setiap tahun, jemaah Malaysia mendapat pujian daripada kerajaan Arab Saudi kerana para jemaah Malaysia dilihat sangat berdisiplin ketika menunaikan ibadah di tanah suci. Ini menunjukkan kesan positif daripada kursus asas haji yang dijalankan oleh Tabung haji sedikit sebanyak membantu melancarkan perjalanan ibadah para jemaah.
Kursus Asas Haji (KAH) 2025M/ 1446H Jadual Tarikh Dan Lokasi Di Seluruh Negeri Di Malaysia
Berikut dikongsikan info tentang kursus asas haji dan juga jadual kursus asas haji di seluruh Malaysia sebagai perkongsian kepada bakal-bakal jemaah haji tahun 2025 /1446H.
Turut dikongsikan kursus-kursus haji yang lain:
I) Kursus Asas Haji (KAH)
Apa itu Kursus Asas Haji (KAH) | Merupakan kursus haji peringkat pertama sebelum ke tanah suci |
Tempoh kursus | 1446H : Bermula hujung Oktober 2024/ awal November 2024 sehingga Januari/ Februari 2025 |
Tarikh | Bermula dari bulan Rabiul Akhir hingga Rejab |
Jadual Kursus Asas Haji (KAH) 2025
Buka pautan berikut : Jadual KAH Seluruh Negeri 1446H/ 2025M
Terengganu | Negeri Sembilan |
Sabah | Sarawak |
Selangor | Labuan |
Perlis | Pulau Pinang |
Perak | Pahang |
Putrajaya | Kedah |
Kelantan | Kuala Lumpur |
Melaka | Johor |
Klik Nota Kursus Haji
II) Kursus Intensif Haji
- Kursus haji peringkat kedua sebelum jemaah berangkat ke tanah suci dan terbuka kepada jemaah yang terpilih menunaikan haji pada tahun semasa
- Diadakan pada setiap Rejab dan Sya’ban setiap tahun
- Kursus dijalankan selama dua hari
- Modul melibatkan Ibadat haji, Penjagaan Kesihatan dan Pengurusan haji di Tanah Air dan Tanah Suci
III) Kursus Khas Haji
- Merupakan kursus lanjutan daripada kursus intensif haji dan terbuka kepada peserta yang mendapat markah bawah 39% semasa ujian kefahaman ibadat Kursus Intensif Haji dan mereka yang terpilih di saat akhir
- Dijalankan selama satu hari
IV) Kursus Perdana Haji
- Kursus peringkat akhir haji sebelum berlepas ke tanah suci dan terbuka kepada jemaah haji yang akan menunaikan ibadah haji pada tahun semasa
- Kursus dijalankan selama satu hari pada bulan Syawal di setiap daerah seluruh negeri
- Kursus lebih praktikal seperti aktiviti melontar pada waktu malam
- Jadual Kursus Perdana Haji 1446H
Maklumat Lanjut
Jika anda mempunyai masalah dan sebarang pertanyaan lanjut, sila layari laman sesawang rasmi Tabung Haji: