Jadual tarikh dan lokasi Program Jom Masuk U 2025

Jabatan Pengajian Tinggi sedang giat menganjurkan Karnival Pendidikan Tinggi Negara Jom Masuk U di seluruh negara. JPT dalam usaha untuk mempromosikan universiti awam dalam Malaysia serta menarik minat belia untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi. Usaha ini sedikit sebanyak memberi pendedahan tentang betapa pentingnya ilmu dan memberi info tentang program pengajian yang ada di universiti di Malaysia.

Menerusi karnival ini, pelajar boleh mendapatkan maklumat terperinci tentang pengajian yang diminati. Wakil-wakil dari setiap universiti akan berada di setiap lokasi bagi memberi penerangan tentang universiti masing-masing. Di karnival ini juga terdapat badan-badan yang boleh memberi bantuan kewangan pelajaran seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Bantuan akan diberikan kepada yang layak.

Jelajah ini merangkumi seluruh negeri di Malaysia. Oleh itu pelajar boleh pergi ke mana-mana lokasi yang berdekatan untuk mencari apa-apa maklumat berkaitan. Karnival ini sangat membantu memberi penerangan kepada belia yang tercari-cari tempat untuk melanjutkan pelajaran.

JADUAL KARNIVAL PENDIDIKAN TINGGI NEGARA (JOM MASUK U)

Berikut dikongsikan jadual karnival, tarikh dan lokasi karnival pendidikan tinggi negara sekitar Malaysia bagi tahun 2025 untuk memudahkan pelajar yang berminat:

Manfaat Menghadiri Karnival Pendidikan Tinggi Negara

  • Memberi pencerahan tentang hala tuju pendidikan ke peringkat seterusnya
  • Mendapatkan maklumat penting tentang Institut Pengajian Tinggi dalam negara termasuk program yang ditawarkan
  • Memudahkan pelajar membuat keputusan yang betul dalam membuat pilihan melanjutkan pengajian tinggi
  • Mendapatkan nasihat daripada wakil IPT
  • Mendapatkan maklumat jelas berhubung peluang melanjutkan pengajian di IPT termasuk program ditawarkan mengikut kesesuaian kelayakan akademik seseorang pelajar
  • Membantu pelajar membuat perbandingan dengan IPT lain mengikut kesesuaian pelajar
  • Memperolehi maklumat yang lanjut berkaitan pilihan program pengajian yang diminati

Para pelajar dinasihatkan membawa keputusan peperiksaan serta sijil berkaitan bersama

Jadual Karnival Pendidikan Tinggi Negara /  Jom Masuk U

NegeriTarikhLokasi
Pahang
22 – 23 Feb 2025Grand Hall, Office of Campus Director, UIAM Kuantan
Sabah
19 & 20 Apr 2025Kompleks Sukan Sandakan
Terengganu
19 & 20 Apr 2025UniSZA, Kampus Gong Badak
Sarawak
26 & 27 Apr 2025Boulevard Shopping Mall, Bintulu, Sarawak
Pulau Pinang
26 & 27 Apr 2025Dewan Utama Pelajar, USM, Pulau Pinang (Kampus Induk)
Melaka
3 – 4 MEI 2025Dewan Canselor, UTeM, Ayer Keroh, Melaka
Sarawak
3 – 4 MEI 2025Mydin Vista Tunku, Kuching, Sarawak
Selangor
10 – 11 MEI 2025Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) Kampus Bangi, UKM
Sabah
10 – 11 MEI 2025Kompleks Dewan Kuliah Pusat ke -2 UMS
Perak
17 – 18 MEI 2025Dewan Merdeka, Pusat Konvensyen, Manjung

Masuk adalah percuma. Karnival bermula dari pukul 9 pagi ke 5 petang. Sebarang perubahan pada tarikh dan lokasi akan dimaklumkan kelak.

jadual karnival pendidikan tinggi jom masuk u

Maklumat Lanjut Dan Pertanyaan

Untuk sebarang pertanyaan boleh diajukan dengan melayari pautan berikut: