Senarai Kosmetik Beracun Yang Diharamkan KKM Terkini

Jumlah produk kosmetik dalam pasaran kini semakin meningkat. Pelbagai jenama-jenama baru boleh didapati di kedai-kedai kosmetik mahu pun dijual secara online. Peningkatan produk kosmetik ini adalah disebabkan adanya permintaan daripada orang ramai. Obsesi sesetengah mereka terhadap kecantikan membuatkan mereka lupa tentang aspek keselamatan. Tanpa mereka sedari, mereka telah memudaratkan diri mereka sendiri hingga akhirnya dikesan mendapat penyakit kronik yang berpunca dari diri mereka sendiri.

Banyak kes yang telah dilaporkan sendiri oleh pengguna akan kesan sampingan daripada penggunaan barangan kosmetik yang mereka guna. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedar akan masalah ini. Menurut KKM, setelah ujian yang dilakukan di makmal didapati produk-produk ini mengandungi bahan beracun. Justeru itu,  National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA) iaitu sebuah agensi di bawah KKM telah diberi tanggungjawab untuk memantau pendaftaran ubat-ubatan dan kosmetik.

Antara bahan kimia beracun yang dikesan dalam produk kosmetik adalah Merkuri, Tretinoin, Hydroquinone dan Asid Azelaik. KKM menasihatkan pengguna agar membuat semakan terlebih dahulu kandungan kimia yang ada dalam produk kosmetik sebelum menggunakannya. Untuk membuat semakan nombor pendaftaran, pengguna boleh melayari laman sesawang NPRA.

Senarai Terkini Produk Kosmetik Beracun Yang Diharamkan Oleh KKM

Berikut merupakan senarai nama produk kosmetik yang telah diharamkan oleh KKM kerana mengandungi bahan kimia beracun. Untuk kepastian, pengguna boleh melayari laman sesawang NPRA untuk membuat semakan secara online:

Cara Semak Nombor Pendaftaran Produk Kosmetik Dengan KKM

  1. Sila layari pautan di atas kemudian pilih menu kosmetik
  2. Masukkan sama ada nama produk, nombor notifikasinama syarikat, nama pengilang, pengimport atau bahan aktif dengan tekan butang “search by”
  3. Jika tiada dalam carian, bermakna produk kosmetik tersebut tidak selamat digunakan

Senarai Kosmetik Diharamkan KKM 2019

NAMA PRODUKNOMBOR NOTIFIKASIRACUN BERJADUAL YANG DIKESANPEMEGANG NOTOFIKASI
Tati Ultra TreatmentNOT171202674KHydroquinone dan TretinoinNH Biz Resources
Deeja Dream CreamNOT180105343KHydroquinoneLimajari Marketing
ROBISIS – Anti-Acne Whitening Day & Night CreamNOT170402517KMerkuriYS Medicals Sdn. Bhd
Fulenze – Whitening FreCkle Day CreamNOT170900717KMerkuriYS Medicals Sdn. Bhd
Bao Fu Ling Skincare CreamNOT180103663KDiphenhydramineAMG Wellness Sdn. Bhd.
5th Series Yanko Whitening Cream Night CreamNOT180503440KTretinoinLurveya Sdn. Bhd.
Clair De Lune – P.Tuberose Day CreamNOT180802788KChloramphenicol, Sulfamethoxazole, Trimethoprim, KetoconazoleLaurustinus Sdn. Bhd.
Dnars Nien CreamNOT180104880KHydroquinone dan TretinoinRohban Trade Sdn. Bhd.
Glow Glowing T TreatmentNOT170806888KHydroquinoneQalbu Ocean Enterprise
VSL Beauty Care Toner BNOT170203544KHydroquinoneQemrich Sdn. Bhd.
Dolly Glow Luminous Night CreamNOT171200082KMerkuriNh Biz Resources
Dolly Glow Miracle Treatment CreamNOT171200081KHydroquinone dan TretinoinNh Biz Resources
VSL Beauty Care Toner ANOT170203545KHydroquinoneQemrich Sdn. Bhd.
Glow Glowing N GlowNOT170806889KHydroquinone dan TretinoinQalbu Ocean Enterprise
Clair De Lune – S.Involucrata Night CreamNOT180802789K Chlorpheniramine, Griseofulvin, Metronidazole, Sulfamethoxazole, TrimethoprimLaurustinus Sdn. Bhd.
7th Series Yanko Whitening Cream Nightars Nien CreamNOT180503442KTretinoinLurveya Sdn. Bhd.
3rd Series Yanko Whitening Cream Night CreamNOT180503437KTretinoinLurveya Sdn. Bhd.
Bao Fu Ling Snow Lotus Cream 15gNOT180202851KDiphenhydramineBao Fu Ling Global Enterprise Sdn. Bhd.
Asdanne Whitening FreCkIe Day CreamNOT170804496KMerkuriYS Medicals Sdn. Bhd.
Deeja Wrinkle CreamNOT180105344KMerkuriLimajari Marketing
Tati Ultra Night CreamNOT171202673KMerkuriNH Biz Resources

Senarai Kosmetik Diharamkan KKM 2018

NAMA PRODUKNOMBOR NOTIFIKASIRACUN BERJADUAL YANG DIKESANPEMEGANG NOTOFIKASI
Dnars Honey CreamNOT160802315KHydroquinone dan TretinoinOnew Cosmetics
Dnars Yellow Gold CollagenNOT131006026KMerkuriOri Herbs Coffee Marketing
Luffiya Night Cream 1 & 2
(Nama produk pada label: Luffiya Night Cream 2)
NOT170200716KMerkuriArriana Rose Beauty Resources
Tati Therapy Cream 1NOT170505953KMerkuriHDY Aylia Resources
Deeja Cosmetic Star CreamNOT171004771KHydroquinone dan TretinoinLimajari Marketing
Deeja Krim Nano (Night)NOT151004238KMerkuriOnew Cosmetics
Deluxe Beauty – Ultra Lightening CreamNOT180802788KMerkuriLuna Group Sdn. Bhd.
Diamond Gold Skin Care – Diamond Gold Night CreamNOT180104880KMerkuriAleeya Ultimate Enterprise
Alora Night Glowing CreamNOT170600522KHydroquinoneDM Beauty Resources
Karisma DaycreamNOT160300509KMerkuriKarisma Cosmetic
Seputih Melati Night Cream WhiteningNOT170605147KMerkuriAisyah Aura Beauty
Majaja Serum ChanntiqNOT171201411KMerkuri Dan HydroquinoneHas Beauty
SYMA Facial CleanserNOT170204167KMerkuriSyima Global Enterprise
Bao Shu Tang Snow Lotus CreamNOT180106284KDiphenhydramineBao Fu Ling Global Enterprise Sdn. Bhd
Khumaera Moistskin CleanserNOT170504371KMerkuri Khumaera Enterprise
SYMA Magical SerumNOT170303016KMerkuriSyima Global Enterprise
Seputih Melati Night Cream GlowingNOT170605148KMerkuriAisyah Aura Beauty
Karisma Treatment Sarang BurungNOT160300556KHydroquinone Dan TretinoinKarisma Cosmetic
Karisma Nightcream KunyitNOT160300410KMerkuriKarisma Cosmetic
Diamond Gold Skin Care – Diamond Gold Treatment CreamNOT170905399KMerkuriAleeya Ultimate Enterprise
Diamond Gold Skin Care – Diamond Gold Day CreamNOT170905397KMerkuriAleeya Ultimate Enterprise
Miracle White – Brightening CreamNOT170305484KMerkuriMiracle Surplus Sdn. Bhd.
Deeja Cosmetic Vogue CreamNOT171004770KMerkuriLimajari Marketing
Tati Therapy Cream 2NOT170505954KHydroquinone dan TretinoinHDY Aylia Resources
Glow Glowing Pinky Day Cream for SkinNOT170201663KMerkuriOne World Cosmetics
Luffiya Night Cream 1 & 2 (Nama produk pada label: Luffiya Night Cream 1)NOT170200716KHydroquinone dan TretinoinArriana Rose Beauty Resources
Moleek Skincare Anti Pigmentation Cream PlusNOT170204393KHydroquinone dan TretinoinSejagat Global Resources

Related : kanser kulit, dijual di malaysia, laman web, mengguna produk, menggunakan produk kosmetik, notifikasi produk, regulatori farmasi negara npra,