Mengerjakan ibadah haji di Makkah merupakan salah satu daripada rukun islam seperti yang dinyatakan dalam Al-Quran. Setiap umat islam yang berkemampuan dari segi kewangan dan kesihatan wajib untuk melaksanakan ibadah haji sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Musim haji yang bermula dalam bulan zulhijjah merupakan bulan yang mulia bagi umat islam dimana umat islam akan merayakan hari raya Aidiladha pada tanggal 10 zulhijjah. Manakala mereka yang menunaikan ibadah haji akan mengerjakan ibadah haji dan merayakan hari raya Aidiladha di tanah suci Makkah.
Di Malaysia, Tabung Haji (TH) merupakan badan yang bertanggungjawab menguruskan ibadah haji umat islam Malaysia bermula daripada persediaan seperti kursus haji hingga selesai menunaikan ibadah haji. TH juga menguruskan kos haji yang merujuk kepada pengendalian aktiviti-aktiviti asas jemaah haji yang perlu dibayar oleh jemaah bagi tahun tersebut. Kos haji langsung jemaah Muassasah terdiri daripada kos penerbangan, kos pengangkutan, kos penginapan di Makkah dan Madinah, kos makan minum dan bayaran kepada pihak Arab Saudi.
Bayaran perlu dibuat oleh jemaah yang akan menunaikan ibadah haji kepada TH. Harga kos menunaikan ibadah haji adalah tertakluk kepada ketetapan yang ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi. Mereka yang terpilih untuk menunaikan ibadah haji mempunyai pilihan untuk membuat pengeluaran wang di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Namun tertakluk kepada beberapa syarat yang telah ditetapkan oleh KWSP bagi tujuan menunaikan ibadah haji sahaja.
Bayaran Harga Terkini Kos Tunai Ibadah Haji Terkini 2024/ 1445H
Berikut dikongsikan harga terkini bagi kos mengerjakan ibadah haji meliputi mereka yang pertama kali menunaikan haji, telah menunaikan haji dan rayuan haji bagi tahun 2024. Maklumat bagi tahun 2025 akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Turut disertakan adalah kos yang ditanggung oleh TH untuk setiap orang jemaah haji sebagai rujukan jemaah yang bakal menunaikan ibdah haji:
Harga Terkini Mengerjakan Ibadah Haji 2024
Jenis Jemaah (Muassasah) | Kos Haji (RM) | Tanggungan Kos TH (RM) | Bayaran Haji (RM) |
Kumpulan B40 | 33,300 | 20,944 | 12,356 |
Kumpulan M40 | 33,300 | 14,148 | 19,152 |
Kumpulan T20 | 33,300 | Tiada | 33,300 |
Rayuan haji | 33,300 | Tiada | 33,300 |
Tertakluk kepada apa-apa peraturan baharu (Arab Saudi dan Malaysia) yang dikuatkuasakan
Sebelum ini, Kerajaan Arab Saudi telah memansuhkan caj bagi jemaah haji berulang sebanyak 2,000 Riyal Saudi (kira-kira RM2,168) dan sekaligus memperkenalkan kos bayaran visa 300 Riyal Saudi (kira-kira RM326) bagi semua jemaah haji mulai tahun 1441H/2020M.
Selain itu, Kerajaan Arab Saudi telah memansuhkan caj bagi jemaah haji berulang sebanyak 2,000 Riyal Saudi (kira-kira RM2,168) dan sekaligus memperkenalkan kos bayaran visa 300 Riyal Saudi (kira-kira RM326) bagi semua jemaah haji mulai tahun 1441H/2020M.
Kos Tidak Langsung Secara Percuma Yang Ditanggung Tabung Haji
- Kos yang berkaitan kursus-kursus haji
- Kos berkaitan operasi haji di tanah air
- Kos ubat-ubatan
- Kos perkhidmatan tambah nilai yang disediakan untuk seluruh jemaah haji Malaysia
- Kos penerbitan buku dan paduan haji
- Kos menyediakan petugas haji perubatan dan kebajikan
Syarat- Syarat Mengeluarkan Wang KWSP Untuk Bayaran Haji
- Had maksima pengeluaran wang KWSP yang dibenarkan adalah RM 3,000
- Bawa bersama buku akaun simpanan TH ke pejabat KWSP
- Merupakan ahli KWSP
- Bawa bersama surat tawaran terpilih menjadi jemaah haji tahun semasa ke pejabat KWSP
- Berumur tidak lebih daripada 55 tahun
Maklumat Lanjut Kos Haji Dan Bayaran
- Kos Haji merujuk kepada kos-kos langsung berkaitan pengendalian aktiviti-aktiviti asas jemaah haji yang perlu dikendali dan dibayar oleh TH bagi sesuatu tahun
- Kos Haji langsung jemaah Muassasah terdiri daripada kos penerbangan, kos pengangkutan, kos penginapan di Makkah dan Madinah, kos makan minum dan bayaran kepada pihak berwajib di Arab Saudi, manakala Kos Haji langsung jemaah PJH / THTS adalah tidak termasuk kos penginapan dan kos makan minum yang dikendali sendiri oleh PJH / THTS.
- Bayaran Haji merujuk kepada sejumlah wang yang ditetapkan sebagai bayaran seorang jemaah haji kepada TH untuk membolehkannya menunaikan haji bagi sesuatu tahun
- Maklumat lanjut sila rujuk :-