Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah berusaha sedaya upaya dalam memberikan pendidikan terbaik kepada rakyat Malaysia. Dengan adanya pendidikan yang terbaik negara dapat melahirkan lebih ramai para ilmuwan dan pakar dalam bidang-bidang tertentu. Oleh itu, KPM telah mewujudkan pelbagai jenis sekolah bagi merealisasikan matlamat dan harapan ini. Antaranya adalah dengan mewujudkan Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT). Sekolah ini merupakan sekolah aliran kemahiran di mana pelajar akan diberikan asas kemahiran yang sangat diperlukan di industri yang berkaitan.
Kerajaan melalui KPM telah membelanjakan jutaan ringgit demi melahirkan graduan separa mahir untuk diserap ke industri. Permintaan majikan terhadap graduan yang kompeten untuk berkerja dalam industri seperti pembuatan, automotif, perkapalan dan lain-lain memaksa kerajaan mengukuhkan lagi sekolah-sekolah seperti KV dan SMT. Penambah baikan KV dan SMT giat dijalankan dengan menaik taraf fasiliti seperti bengkel, perpustakaan, kelas dan lain-lain memberi gambaran kerajaan serius dalam melahirkan lebih ramai graduan berkemahiran dalam industri.
Bagi mereka yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada keluarga KV atau SMT permohonan kemasukan anda amat dialu-alukan. Perlu diingatkan sebelum membuat permohonan pemohon perlu membuat semakan kelayakan kemasukan terlebih dahulu bagi mengelakkan sebarang kesulitan. Permohonan boleh dibuat secara online bagi memudahkan urusan. Segala hebahan berkenaan kemasukan ke KV dan SMT akan dihebahkan di laman sesawang rasmi KPM.
Semakan Keputusan KV Kolej Vokasional Dan Sekolah Menengah Teknik SMT 2025 Online
Berikut dikongsikan panduan penting dalam membuat semakan keputusan kemasukan ke KV dan SMT ambilan Mac tahun 2025. Turut dikongsikan tarikh penting dan kaedah dalam membuat semakan secara atas talian bagi memudahkan semua pemohon:
Tarikh Semakan Keputusan Permohonan KV Dan SMT
Dibuka : 31 Januari 2025
Ditutup : –
Tarikh RASMI akan dikemaskini setelah diumumkan
Cara Membuat Semakan Permohonan KV Dan SMT 2025
Berikut merupakan pautan URL untuk membuat semakan permohonan KV dan SMT:
SEMAKAN TAWARAN KV & SMT ONLINE
I) Masukkan nombor kad pengenalan anda
II) Kemudian tekan butang semak untuk mengakses semakan keputusan permohonan anda
Pemohon Yang Berjaya
- Bagi pemohon yang berjaya anda perlu mencetak surat tawaran serta lampiran yang terdapat di laman sesawang
- Semua lampiran yang dipaparkan harus diisi dan dilengkapkan. Kemudian bawa semua lampiran yang lengkap tersebut ketika hari pendaftaran
Pemohon Yang Gagal
- Permohonan yang gagal buat kali pertama dibolehkan membuat rayuan semula
- Calon digalakkan menyediakan salinan keputusan peperiksaan, dokumen, sijil-sijil berkaitan yang disahkan benar dan boleh juga menulis surat rasmi rayuan tentang kursus dan institusi yang diinginkan
- Contoh surat rayuan kemasukan ke KV & SMT
Tarikh Penting Permohonan KV Dan SMT 2025
Untuk maklumat, permohonan rayuan perlu dibuat secara walk-in dan pengambilan pelajar rayuan bergantung pada kekosongan di KV/ SMT. Sila rujuk tarikh-tarikh penting di bawah:
Perkara | Tarikh | Tindakan/Nota |
Permohonan ke KV dan SMT | 1 Ogos hingga 8 September | Pelajar boleh membuat permohonan kemasukan bermula pada tarikh yang dinyatakan |
Pelaksanaan PKSK | 23 September hingga 3 Oktober 2024 | Pemohon yang dipanggil perlu menghadirkan diri |
Semakan kemasukan ke KV dan SMT | 31 Januari 2025 | Permohonan daripada pelajar aliran perdana semakan boleh dilakukan melalui laman sesawang KPM. Untuk pemohon daripada aliran PAV pula tawaran akan diberikan kepada pihak sekolah |
Pelajar Tingkatan 3 lepasan PBS 2024 mula mendaftar | 18 Februari 2024 | Pendaftaran pelajar aliran perdana |
Permohonan rayuan pelajar Tingkatan 3 aliran PBS 2024 ke KV/SMT/GIATMARA dibuka | — | Pelajar yang ingin buat rayuan perlu hadir sendiri ke institut yang diinginkan berserta dokumen yang diperlukan |
Pendaftaran pelajar Tingkatan 3 aliran PAV 2024 dibuka | 18 Februari 2024 | Pendaftaran pelajaran aliran PAV |
Permohonan rayuan pelajar Tingkatan 3 aliran PAV 2024 ke KV/SMT/GIATMARA dibuka | — | Pelajar yang ingin buat rayuan perlu hadir sendiri ke institut yang diinginkan berserta dokumen yang diperlukan |
Semakan keputusan rayuan | S– | Bergantung kepada kekosongan |
Maklumat Lanjut
Sebarang info lain yang berkaitan dengan KV dan SMT boleh layari pautan di bawah: