Pingat SUKMA 2024 carta kedudukan pungutan terkini Sukan Malaysia

Sukan Malaysia (SUKMA) merupakan sebuah temasya sukan yang dianjurkan dua tahun sekali yang melibatkan para atlet dari 13 buah negeri dan wilayah persekutuan di Malaysia serta negara jemputan Brunei. Acara yang gilang gemilang ini dikawal oleh Majlis Sukan Negara Malaysia, Majlis-Majlis Sukan Negeri, majlis Olimpik Malaysia dan Persatuan Sukan kebangsaan acara sukan yang dipertandingkan. Untuk edisi SUKMA ke-21 kali ini, seramai 10,000 atlet dan para pegawai telah mendaftar dan akan terlibat pada acara kali ini. Acara yang kali pertama dipertandingkan pada tahun 1983 ini masih lagi membawa misi yang sama dalam melahirkan lebih ramai atlet di masa akan datang.

SUKMA ke-21 ini akan diadakan di sekitar negeri Sarawak. Acara pembukaan akan berlangsung pada 17 Ogos 2024 dan acara penutup pula akan melabuhkan tirai pada 24 Ogos 2024 di Stadium Sarawak, Kuching, Sarawak. Maskot yang akan digunakan pada temasya SUKMA kali ini adalah Burung Kenyalang bersempena dengan ikon haiwan Negeri Sarawak. Maskot tersebut diberi nama “Satria” dan “Satriana” melambangkan atlet lelaki dan wanita.

Sejarah kewujudan SUKMA telah diilhamkan oleh Yang Berhormat Dato Seri Anwar Ibrahim, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan pada tahun 1983 dipertandingkan bertujuan untuk bantu mempertingkatkan mutu sukan, melahirkan dan menggalakkan penyertaan atlet di peringkat negeri dalam sukan. Pada edisi kali ini, sebanyak 37 acara telah dipertandingkan. Kesemua negeri yang terlibat akan merebut 488 pingat emas yang dipertandingkan dan merebut gelaran juara keseluruhan untuk edisi SUKMA ke-21 ini.

Carta Kedudukan Pingat SUKMA 2024 Ke-21

Berikut kami kongsikan carta kedudukan pingat untuk temasya sukan malaysia sukma 2024 ini. Juara keseluruhan dikira melalui negeri kontinjen yang memiliki pungutan pingat emas terbanyak akan bergelar juara diupacara penutup nanti:

Sukma

Sukan Malaysia Ke-21 Sarawak

Acara pembukaan: 17 Ogos 2024

Acara Penutup : 24 Ogos 2024

Tuan Rumah: Sarawak

Tema: #SemangatPerpaduanMembara

Maskot: Burung Kenyalang “Satria” dan “Satriana”

Senarai Acara Yang Dipertandingkan Di Sukan Malaysia 2024

AkuatikBola SepakGolfKriket
Angkat BeratFutsalGimnastikMemanah
BadmintonKanuHokiMenembak
Bola BalingBola JaringJudoMuay
Bola KeranjangGimramaKarateOlahraga (Balapan)
Olahraga (Padang)Pencak SilatPetanquePetanque
RagbiSepak TakrawSkuasyTenpin Boling
TinjuWushuBerbasikale-Sports

Carta Kutipan Pingat Atlet Sukan Malaysia 2024

*Kedudukan Pingat Dikemaskini pada 24 Ogos 2024, jam 700 malam

Negeri EmasPerak GangsaJumlah
Sarawak
76
54
69
199
W. Persekutuan
75
66
72
213
Selangor
55
64
58
177
P.Pinang
41
45
53
139
Terengganu 
40
34
47
121
Johor
35
42
55
132
Perak 
35
38
55
128
Sabah
27
33
55
115
Pahang
22
21
32
75
Kedah
19
19
26
64
Negeri Sembilan  
19
13
24
56
Melaka
17
23
31
71
Perlis 
12
14
16
42
Kelantan
7
13
17
37
Brunei  
2
2
3
7
Jumlah4834816131,576

Juara SUKMA 2024 : Sarawak

Keputusan SUKMA sebelum ini,

Atlet Wanita Terbaik : Tan Rouxin, Johor (Renang)

Atlet Lelaki Terbaik : Muhammad Fakhrullah Mohd Rumaize, Johor (Kanu)

Juara SUKMA 2022 : Johor

Raja Pecut SUKMA 2022 & Ratu Pecut

Muhammad Azeem Fahmi menetapi jangkaan apabila muncul Raja Pecut Sukan Malaysia (Sukma) XX MSN 2022 dengan mengungguli perlumbaan akhir 100 meter (m) di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada petang 16 September 2022.

Pemegang rekod kebangsaan itu berada dalam kelas tersendiri apabila melintasi garisan penamat dengan catatan 10.25 saat (s). Pingat perak menjadi milik atlet Johor, Muhammad Arsyad Md Saat (10.46s) dan gangsa dimenangi atlet Negeri Sembilan, Muhammad Haiqal Hanafi (10.50s).

Rekod temasya masih dipegang oleh Khairul Hafiz Jantan yang mencatat 10.18s ketika melakukannya pada Sukma 2016 di Sarawak.

Azeem pula memegang rekod kebangsaan dengan catatan 10.09s yang dilakukan dalam Kejohanan Remaja Dunia di Cali, Colombia bulan Ogos yang lalu.

Atlet dari Pahang, Nor Sarah Adi pula dinobatkan sebagai ratu pecut Sukan Malaysia (SUKMA) XX MSN 2022 selepas meraih pingat emas dalam acara 100 meter (m) wanita, pada hari yang sama.

Nor Sarah melakukan catatan 11.91 saat (s) dengan larian penuh dominasi tanpa dapat dicabar pelari lain pada aksi final itu.

Atlet dari Sabah, Nur Aishah Rofina Aling meraih perak dengan catatan 12.08s, sementara gangsa milik atlet dari Selangor, Nur Afrina Batrisyia Mohd Rizal (12.10s)

Rekod SUKMA dipegang atlet Terengganu, Azreen Nabila Alias dengan catatan 11.81s pada edisi 2018 di Perak. Bagaimanapun, dia tidak layak beraksi kali ini kerana pernah berlumba di Sukan Olimpik tahun lalu.

Rekod kebangsaan masih lagi dipegang G Shanti yang melakukan catatan 11.50 saat pada 1993 di Kuala Lumpur.

Related : menteri besar, sukma xx, negeri sembilan, sukan malaysia sukma 2022, shah alam, kontinjen negeri, 16 hingga 24 september, msn 2022, sukan malaysia sukma ke-20, bukit jalil,