Selepas Pakatan Harapan mengambil alih tampuk pemerintahan pada Pilihan Raya Umum 14 (PRU14) yang lalu, banyak pembaharuan dibawa dengan tujuan untuk mensejahterakan kehidupan rakyat. Antara yang menjadi topik hangat dibincangkan adalah isu Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M).
Melalui pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri nama BR1M akan ditukar kepada nama yang baharu iaitu Bantuan Sara Hidup (BSH). Seperti BR1M, bantuan ini bertujuan membantu rakyat yang selayaknya untuk menerima bantuan daripada kerajaan.
Melalui pembentangan Belanjawan 2019, Menteri Kewangan memberitahu beberapa perkara akan diperbaiki terutama sekali pengagihan bantuan kepada golongan sasaran. Lim Guan Eng berkata, BSH 2019 akan mensasarkan golongan isi rumah berpendapatan B40. Pengagihan untuk fasa pertama ini, kerajaan akan menggunakan data penerima BSH 2019. Ini kerana untuk mengemas kini penerima B40 mengambil masa yang lama.
Oleh itu, kerajaan akan mula mengagihkan Bantuan Sara Hidup Rakyat melalui data terkini selepas permohonan baharu dan pengemaskininan maklumat BSH tahun 2019 di buat dengan mensasarkan untuk golongan B40 bermula fasa 2 dan fasa 3 nanti. BSH 2020 mula diagihkan kepada penerima pada 20 Januari 2020 dan akan didepositkan ke dalam akaun penerima.
Dianggarkan 4.1 juta isi rumah akan menerima manfaat daripada Belanjawan 2019 ini yang melibatkan RM 5 bilion akan dibelanjakan oleh kerajaan. Dengan bantuan seperti BSH ini diharapkan dapat meringankan beban rakyat dalam menghadapai peningkatan kos sara hidup yang kian meningkat kini.
Bertemakan Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera dalam Belanjawan 2019 ini, kerajaan yakin dapat membantu rakyat terutama sekali golongan B40.
Info Terkini : BSH 2020 Bujang Dan Oku
Berdasarkan pembentangan Belanjawan 2020, Menteri Kewangan Malaysia telah mengumumkan Skim Bantuan Sara Hidup (BSH) akan diteruskan pada tahun 2020
Peruntukan sebanyak RM5 bilion disediakan dengan perluasan skim kepada 1.1 juta individu bujang serta OKU yang memenuhi kriteria berikut:
- Berusia 40 tahun ke atas bagi individu bujang
- Berusia 18 tahun dan ke atas bagi OKU
- Mempunyai pendapatan kurang daripada RM2,000 sebulan bagi individu bujang dan OKU
Masing-masing akan menerima bayaran berjumlah RM300 seorang
Sekaligus mereka layak menerima bantuan Skim Perlindungan Takaful Mysalam dengan percuma
Skim Perlindungan Takaful MySalam
Kategori Penerima Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH) 2021 Bujang Layak Menerima
Informasi bagi tahun 2021 akan dikemaskini. Dalam pembentangan Belanjawan 2020 di Dewan Parlimen lalu, kerajaan telah membuat sedikit perubahan dalam kategori BSH 2020. Berikut dikongsikan kategori penerima BSH 2020:
Info BSH Bujang 2020
Kementerian Kewangan Malaysia telah mengumumkan melalui siaran media bahawa bantuan sebanyak RM300 akan diberikan kepada setiap individu yang telah berdaftar di bawah kategori bujang dalam pengkalan data BSH 2019. Bayaran akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank penerima pada fasa kedua pemberian BSH 2020 secara one-off.
Untuk membuat permohonan bagi kategori bujang BSH 2020, sila layari pautan seperti berikut:
Kategori Penerima BSH 2020
- Kategori 1 Isi Rumah Berpendapatan Bulanan RM 3,001-RM 4,000
- Menerima jumlah bantuan sebanyak RM 500
- Kategori 2 Isi Rumah Berpendapatan Bulanan RM 2,001-RM 3,000
- Menerima jumlah bantuan sebanyak RM 750
- Kategori 3 Isi Rumah Berpendapatan Bulanan RM 2,000 Dan Ke Bawah
- Menerima jumlah bantuan sebanyak RM 1,000
- Kategori 4 Bujang berumur 40 Tahun – 59 Tahun Berpendapatan Bulanan RM 2,000 Dan Ke Bawah
- Menerima jumlah bantuan sebanyak RM 300
- Kategori 5 Golongan OKU berumur 18 tahun ke atas Berpendapatan Bulanan RM 2,000 Dan Ke Bawah
- Menerima jumlah bantuan sebanyak RM 300Tambahan BSH 2020
- Untuk setiap kategori di atas, akan menerima tambahan RM 120 untuk setiap anak berumur 18 tahun ke bawah
- Terhad untuk empat orang anak sahaja
- Untuk anak Orang Kelainan Upaya (OKU) tiada had umur
Syarat Kelayakan BSH 2020
- Pasangan bukan warganegara Malaysia dan mempunyai anak warganegara (Mykad/MyKid)
- Pasangan merupakan warganegara Malaysia yang memiliki MyKad atau pemegang MyPR atau MyKAS
- Lelaki atau perempuan yang bekerja di Malaysia yang berpendapatan isi rumah bawah RM 4,000
- Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
- Hubungan dengan anak mestilah:
- Anak kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau anak angkat yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
- Warganegara Malaysia
- Tidak bekerja atau tiada punca pendapatan
- Berumur 18 tahun ke bawah atau
- Berumur 19 tahun ke atas yang masih belajar sepenuh masa di IPTA/IPTS atau OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat
Sebab Tidak Layak BSH 2020
- Bekerja atau menetap di luar negara
- Gagal mengemukakan dokumen sokongan semasa membuat permohonan
- Pendapatan isi rumah melebih RM 4,000 sebulan
- Bujang yang berumur 39 tahun ke bawah *
- Pasangan bukan warganegara/ibu atau bapa tunggal/balu/janda/duda yang tidak memiliki anak
- Transaksi pemilikan hartanah melebihi RM 500,000
- Pendaftaran perniagaan, pemerbadanan syarikat dan pendaftaran perkongsian liabiliti terhad:
- Memiliki 2 atau lebih perniagaan milikan tunggal atau perkongsian
- Pemegang saham atau pengarah syarikat
- Memiliki perkongsian liabiliti terhad
- Memiliki kenderaan bagi tahun buatan/daftar mulai tahun 2016 dan ke atas dan keupayaan enjin kenderaan seperti:
- Kenderaan keluaran dalam negara yang melebihi 2000cc
- Motosikal yang melebihi 500cc
- Kenderaan luar negara yang melebihi 1400cc
Maklumat Lanjut Dan Pertanyaan
Untuk maklumat lanjut mengenai Bantuan Sara Hidup Rakyat 2020, sila lihat FAQ yang disediakan atau hubungi:
Sekretariat BSH,
Pejabat Belanjawan Negara,
Kementerian Kewangan Malaysia (MOF),
Presint 2, 62592 Putrajaya.
- Hotline BSH LHDNM: 1-800-88-2747 – BSHR (waktu operasi: 9:00 pagi – 5:00 petang)
- Hotline MOF: 03- 8882 4565 | 03- 8882 4566
- E-mel Rasmi: bsh@treasury.gov.my
- FAQ Bantuan Sara Hidup 2020