Takwim Hijrah atau dalam Bahasa Arab, at-taqwīm al-hijrī yang juga dikenali sebagai tahun Hijriah adalah takwim yang digunakan di kebanyakan negara umat Islam. Takwim ini bermula dari tahun 622 Masihi dan fungsinya adalah untuk menentukan atau mengenalpasti hari kebesaran Islam.
Tahun pertama Rasulullah SAW berhijrah ditetapkan sebagai tahun pertama kalendar Hijrah iaitu 1 Hijrah (1H). Pada tahun itu, Nabi Muhammad SAW dan para pengikut baginda berpindah dari Mekah ke Yathrib (kini Madinah). Peristiwa ini, yang dikenali sebagai Hijrah, diperingati dalam Islam disebabkan peranannya dalam penubuhan masyarakat Islam pertama.
Berpandukan kalendar Hijrah, tarikh-tarikh penting seperti puasa, perayaan Aidilfitri, Aildiladha dan lain-lain dapat dikenalpasti terlebih dahulu sebelum Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia dapat membuat pengisytiharan dengan tepat.
Penggunaan Kalendar Tahun Hijrah/Hijriah adalah hasil ilham Khulafa Ar-Rasyidin yang kedua iaitu Sayidina Umar Al-Khattab r.a. Ia merupakan rentetan daripada Kesatuan Arab yang ditubuhkan di bawah naungan Islam pada zaman beliau. Sehingga kini kalendar tersebut digunapakai oleh umat Islam seluruh dunia. Buat yang berminat, berikut dikongsikan Kalendar Islam Malaysia 2025 Dan Tarikh Penting 1446-1447H untuk rujukan.
Kalendar Islam Malaysia 2025 Dan Tarikh Penting Hari Kebesaran/Perayaan 1446-1447H
Berikut dikongsikan senarai perincian bagi Kalendar Islam termasuk tarikh-tarikh penting iaitu Hari Perayaan dan Kebesaran dalam Islam di Malaysia untuk tahun 1446H-1447H (Hijrah) bersamaan 2025M (Masihi). Sumber adalah daripada Panel Pakar Falak (PPF) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Kalendar Islam 1446 – 1447H
Tarikh Hijri | Tarikh Masihi | Hari |
1 Jamadilakhir 1446 | 3 Disember 2024 | Selasa |
1 Rejab 1446 | 1 Januari 2025 | Rabu |
1 Syaaban 1446 | 31 Januari 2025 | Jumaat |
1 Ramadan 1446 | 2 Mac 2025 | Ahad |
1 Syawal 1446 | 31 Mac 2025 | Isnin |
1 Zulkaedah 1446 | 29 April 2025 | Selasa |
1 Zulhijjah 1446 | 29 Mei 2025 | Khamis |
1 Muharram 1447 | 27 Jun 2025 | Jumaat |
1 Safar 1447 | 26 Julai 2025 | Sabtu |
1 Rabiulawal 1447 | 25 Ogos 2025 | Isnin |
1 Rabiulakhir 1447 | 23 September 2025 | Selasa |
1 Jamadilawal 1447 | 23 November 2025 | Sabtu |
Tarikh-Tarikh Penting Tahun 2025 / 1446 – 1447H
Tarikh Hijri | Tarikh Masihi | Hari Perayaan/Kebesaran Islam |
27 Rejab 1446 | 27 Januari 2025 | Israk dan Mikraj |
1 Ramadhan 1446* | 2 Mac 2025 | Awal Ramadhan / Berpuasa |
17 Ramadhan 1446 | 18 Mac 2025 | Nuzul Al-Quran |
1 Syawal 1446* | 31 Mac 2025 | Hari Raya Puasa / AidilFitri |
1 Zulhijjah 1446 | 29 Mei 2025 | Awal Zulhijjah |
10 Zulhijjah 1446* | 7 Jun 2025 | Hari Raya Korban / Aidiladha |
1 Muharam 1447 | 27 Jun 2025 | Awal Muharam / Maal Hijrah |
12 Rabiulawal 1447 | 5 September 2025 | Maulidur Rasul |
Tarikh bertanda (*) akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia
Takwim 2025 Miladiah/ 1446-1447 Hijriah
Di bawah adalah takwim Miladiah yang dikeluarkan oleh JAKIM bagi panduan semua umat Islam.
Related : bulan islam tarikh penting dalam islam 1444-1445 hijrah dikira berdasarkan kalendar hijriah umat islam di malaysia takwim islam bulan mengelilingi bumi bulan muharram takwim hijri, hari raya aidiladha, 12 bulan