Bulan Ramadhan bulan yang mulia dan istimewa buat umat Islam dan di dalamnya diwajibkan berpuasa dan membayar zakat fitrah.
Zakat fitrah bermaksud zakat diri yang diwajibkan ke atas setiap individu Islam sama ada lelaki atau perempuan yang mampu untuk mengeluarkan dan membayarnya dalam bulan Ramadan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.
Zakat fitrah ini dapat membersih dan menyucikan jiwa mereka yang berpuasa daripada perkara yang sia-sia dan seterusnya bayaran fitrah tersebut dapat digunakan untuk membantu fakir miskin membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Mengikut syarak, zakat fitrah perlu dilakukan sepanjang Ramadan. Waktu untuk mengeluarkan zakat fitrah dihukum harus bermula dari awal sehingga akhir bulan Ramadan.
Senarai Kadar Bayaran Terkini Zakat Fitrah Tahun 2025 / 1446H Seluruh Negeri
Kadar zakat fitrah di Malaysia ditentukan oleh Majlis Agama Islam di peringkat negeri. Bagi mempermudahkan masyarakat Islam di setiap negeri menunaikan tanggungjawab mereka, amil-amil dilantik di setiap kariah dan kawasan bagi memungut zakat fitrah.
Kadar Bayaran Terkini Zakat Fitrah Tahun 2025 Seluruh Negeri
Negeri | 2025 | 2024 |
![]() | ![]() | ![]() ![]() |
![]() | ![]() ![]() | ![]() ![]() ![]() |
![]() | ![]() ![]() ![]() ![]() | ![]() ![]() ![]() |
![]() | ![]() ![]() ![]() | ![]() ![]() ![]() |
![]() | ![]() ![]() ![]() | ![]() ![]() ![]() |
![]() | ![]() ![]() ![]() | ![]() ![]() ![]() |
![]() | ![]() ![]() ![]() | ![]() ![]() ![]() |
![]() | ![]() ![]() ![]() | ![]() ![]() ![]() |
![]() | ![]() ![]() ![]() | ![]() ![]() ![]() |
![]() | ![]() ![]() | ![]() ![]() |
![]() | ![]() ![]() ![]() | ![]() ![]() ![]() |
![]() | ![]() | ![]() |
![]() | ![]() | ![]() |
(WP) ![]() ![]() ![]() | ![]() ![]() ![]() | ![]() ![]() ![]() |
Beberapa negeri mempunyai lebih daripada satu kadar zakat bergantung kepada jenis beras yang dimakan oleh pembayar zakat tersebut seperti contoh bagi tahun 2025:
- Kedah
- RM7.00 : Beras Super Special Tempatan 5%
- RM14.00 : Beras Putih Import, Beras Perang, Beras Pulut, Beras Wangi, Herba Poni
- Perak
- RM10.00 : Beras Super Special Tempatan 5%
- RM16.00 : Beras Super Import
- RM27.00 : Beras Basmathi dan seumpamanya
- Johor
- RM7.00 : Beras Super Tempatan
- RM12.00 : Selain daripada jenis super spesial tempatan (beras import) seperti beras putih import (thai), Thai super spesial dan beras putih import pakistan
- RM20.00 : Selain Beras Super Tempatan iaitu Beras Import seperti Beras Wangi dan Beras Basmathi
- Melaka
- RM7.00 : Beras Super Special Tempatan
- RM15.00 : Beras Import dan seumpamanya
- RM22.00 : Beras Basmathi dan seumpamanya
Kadar bayaran zakat fitrah bagi tahun 2025 adalah dari Sumber Majlis Agama Islam di peringkat negeri dan Agensi Mengurus Zakat (AMZ).
Marilah kita bersama-sama membayar zakat fitrah seawal mungkin kepada amil bertauliah dan janganlah dilengahkan. Ingatkan juga ahli keluarga dan rakan-rakan kita supaya ibadat yang difardukan setahun sekali ini dapat ditunaikan mengikut tertibnya.