Kad Perak Sejahtera Bantuan Asas Makanan RM90 Sebulan

Setelah kemenangan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum yang lalu, banyak pembaharuan yang telah dilakukan. Semuanya demi memastikan kebajikan rakyat terjaga. Terbaharu, Kerajaan Negeri Perak telah mengumumkan bantuan khas untuk rakyat negeri Perak, program ini dinamakan Program Perak Prihatin. Program ini mensasarkan keluarga yang berpendapatan rendah, miskin dan miskin tegar. Bantuan yang akan disalurkan melalui program ini adalah barangan asas dan khidmat rawatan perubatan yang melibatkan 20,000 orang penerima. Menurut Menteri Besar Perak, peruntukan sebanyak RM 25.2 juta akan dibelanjakan untuk program ini sepanjang tahun 2023.

Melalui program ini, penerima akan mendapat kad Perak prihatin secara fizikal. Pemegang kad Perak prihatin layak untuk membeli barangan asas makanan bernilai RM 90 sebulan di mana-mana kedai runcit yang berdaftar. Pemegang kad juga layak untuk mendapat rawatan kesihatan sehingga RM 300 setahun di mana-mana klinik panel terpilih. Untuk permulaan, kerajaan negeri hanya mampu membantu 17,000 penerima sahaja pada tahun 2019 sungguhpun jumlah penerima yang layak lebih dari ini. Pada tahun 2023,kerajaan negeri telah mengumumkan jumlah penerima akan dinaikkan kepada 20 ribu isi rumah dengan peruntukkan RM25.2 juta.

Program jangka masa pendek ini diharap dapat meringankan beban golongan sasar bagi menghadapi cabaran ekonomi masa kini. Kerajaan Negeri berharap di masa akan datang kerajaan negeri dapat membantu golongan sasar ini keluar dari para kemiskinan dan miskin tegar. Antara cara yang akan difikirkan adalah membantu mereka meningkatkan jumlah pendapatan mereka. Diharap bantuan sebegini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat dan jangan disalah gunakan.

Cara Aktifkan Kad Sejahtera Perak – Bantuan Asas Makanan RM90 Sebulan Dan Rawatan Perubatan

Berikut dikongsikan beberapa perkara penting berkaitan kad Perak Sejahtera yang sebelum ini dikenali sebagai kad prihatin. Antaranya adalah cara mengaktifkan kad, manfaat bantuan kad Perak Sejahtera serta beberapa info penting yang berkaitan.

Kad Perak Sejahtera

Cara Aktifkan Kad Sejahtera

Aktifkan Secara Online

  1. Klik pautan di yang disediakan di bawah untuk aktifkan kad prihatin:

PENGAKTIFAN KAD ERAK PRIHATIN ONLINE

2. Masukkan no kad 16 digit dihadapan kad, nombor CVV (3 digit dibelakang kad) dan nombor kad pengenalan

3. Pastikan maklumat adalah tepat kemudian tekan butang hantar

Sistem Perkhidmatan Pesanan Ringkas (SMS)

  1. Taipkan : WBC<jarak>PACT<jarak>NO. KAD (6 DIGIT TERAKHIR)<jarak>NO. MYKAD (6 DIGIT TERAKHIR)
  2. Hantarkan ke : 33555

Pusat Panggilan

  1. Pemegang kad boleh menghubungi pusat khidmat pelanggan Perak Prihatin di talian: 1 800 22 6600

Fungsi Melalui SMS

Penukaran Pin

  • Taipkan: WBC<jarak>PPIN<jarak>NO. MYKAD (6 DIGIT YG TERAKHIR)<jarak>PIN-LAMA<jarak>PIN-BARU dan hantar ke 33555

Reset Pin

  • Taipkan: WBC<jarak>PRPIN<jarak>NO-CVV<jarak>NO. MYKAD (6 DIGIT YANG TERAKHIR)<jarak>PIN-BARU dan hantar ke 33555

Semakan Baki

  • Taipkan: WBC<jarak>PBAL<jarak>NO. MYKAD (LAST 6 DIGIT)<jarak>PIN dan hantar ke 33555

Manfaat Bantuan Kad Perak Sejahtera

Manfaat 1: Rawatan Kesihatan

  • Setiap penerima akan mendapat bantuan sebanyak RM 300 had pembiayaan untuk tempon satu tahun dan setiap kali rawatan terhad sebanyak RM 50 sahaja. Tiada had jenis rawatan atau perubatan untuk kemudahan kesihatan asas. Proses untuk menggunakan manfaat ini adalah seperti berikut:
    • Tunjuk dan serahkan kad Perak Sejahtera dan MyKad anda ketika di klinik panel. Senarai klinik panel adalah seperti pautan dibawah:
    • Senarai Klinik Panel Perak Sejahtera
    • Pengesahan had kelayakan dan baki gunaan kad akan dilakukan. Jika perlu, klinik panel akan menghubungi Perak Sejahtera untuk pengesahan
    • Penerima bantuan perlu menandatangani borang kehadiran ke klinik dan PDPA
    • Penerima boleh mendapatkan rawatan dan perubatan secara percuma
    • Klinik panel akan merekodkan rawatan yang telah dilakukan kemudian akan membuat tuntutan dengan pihak Perak Sejahtera secara atas talian
    • Semakan pengesahan dan bayaran kepada klinik panel

Manfaat 2: Pembelian Barangan Asas

  • Satu keluarga layak mendapat satu kad sahaja. Had pembelian barangan adalah tidak melebihi RM 90 sebulan. Baki nilai bulan terdahulu tidak boleh di bawa ke bulan akan datang. Pembelian akan dilakukan secara tanpa tunai. Berikut adalah senarai kedai dan senarai barangan prihatin:
    • Senarai kedai atau pasaraya yang berdaftar
    • Senarai barangan Perak prihatin
    • Semak baki kad sebelum membuat pembayaran
    • Serahkan kad Perak Sejahtera kepada juruwang
    • Barang yang dibeli akan direkod dan barangan yang dipilih akan direkod secara automatik dengan menggunakan Point Of Sale dan hanya barangan yang dalam senarai boleh digunakan
    • Kad Perak Sejahtera akan dimasukkan ke terminal pembayaran kemudian masukkan nombor pin sebelum pembelian selesai

Maklumat Lanjut

Jika anda mempu nyai masalah, sila rujuk maklumat dibawah untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan: