Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) merupakan sebuah peperiksaan yang diadakan untuk murid tahun lima Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan kelas agama dan Fardhu Ain Integrasi seluruh Malaysia. UPKK ini dikendalikan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Antara kepentingan UPKK adalah sebagai syarat untuk pelajar yang ingin melanjutkan pengajian di sekolah agama kerajaan negeri. Selain itu, ia juga menjadi syarat kemasukan ke Sekolah Menengah Tahfiz kerajaan negeri.
Ujian ini akan menguji kebolehan pelajar dalam 8 bidang pengajian iaitu Al-Quran, Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadah), Sirah, Adab ( Akhlak Islamiyah), Jawi dan Khat dan Asas Lughatul Quran, penghayatan cara hidup Islam dan amali solat. Pelajar akan dinilai melalui beberapa aspek seperti lisan, amali dan ujian bertulis.
Antara matlamat UPKK adalah untuk menilai kemahiran pelajar membaca serta hafazan Al-quran. UPKK juga bertujuan untuk menilai kefahaman ilmu fardhu ain pelajar, menilai tahap kefahaman pelajar tentang asas cara hidup islam dan menilai kemahiran pelajar membaca dan menulis jawi.
Setiap tahun Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan mengeluarkan Takwim jadual waktu peperiksaan UPKK di mana JAKIM juga akan menyelaraskan peperiksaan UPKK ini di seluruh Malaysia. Untuk pengetahuan, peperiksaan bertulis UPKK tahun 2024 akan diadakan dari 6 hingga 9 Januari 2025.
Jadual Waktu Dan Tarikh Peperiksaan Ujian Penilian Kelas KAFA (UPKK) Tahun 2024
Berikut merupakan jadual waktu dan tarikh peperiksaan UPKK 2024 sebagai rujukan ibu bapa dan juga pelajar. Turut disertakan beberapa info penting berkaitan UPKK sebagai rujukan.
Jadual Waktu Peperiksaan UPKK 2024
Jadual terkini akan dikemaskini dari semasa ke semasa
TARIKH | WAKTU | KOD KERTAS | NAMA KERTAS | MASA |
1 Julai hingga 28 Oktober 2024 | 3:00 Petang-4:30 Petang | UPKK 08/01 | Amali Solat | |
1 Julai hingga 28 Oktober 2024 | 3:00 Petang-4:30 Petang | UPKK 07/01 | Penghayatan Cara Hidup Islam | |
29 Oktober hingga 29 November 2024 | 3:00 Petang-4:30 Petang 3:00 Petang-4:30 Petang | UPKK 01 | Al-Quran | |
6 Januari 2025 (Isnin) | 2:30 Petang-3:45 Petang 4:15 Petang-5:30 Petang | UPKK 02 UPKK 04 | Akidah Adab | 1 Jam 15 Minit |
7 Januari 2025 (Selasa) | 2:30 Petang-3:45 Petang 4:15 Petang-5:30 Petang | UPKK 07 UPKK 05 | Ibadah Jawi dan Khat | 1 Jam 15 Minit |
8 Januari 2025 (Rabu) | 3:00 Petang-4:15 Petang | UPKK 03 | Sirah | 1 Jam 15 Minit |
9 Januari 2025 (Khamis) | 3:00 Petang-4:15 Petang | UPKK 06 | Bahasa Arab | 1 Jam 15 Minit |
Senarai Mata Pelajaran Yang Dinilai
Al-Quran | Sirah |
Jawi dan Khat | Penghayatan Cara Hidup Islam |
Amali Solat | Bahasa Arab |
Adab | Aqidah |
Ibadat | – |
Gred Pemarkahan UPKK
GRED | MARKAH |
A (Tahap Cemerlang) | Tahap Cemerlang |
B (Tahap Baik) | Tahap Baik |
C (Tahap Memuaskan) | Tahap Memuaskan |
D (Tahap Kurang Memuaskan) | Tahap Kurang Memuaskan |
Informasi
Untuk muat turun jadual penuh peperiksaan UPKK (RASMI) sila klik pautan di bawah:
Rel : pihak kementerian kesihatan, panduan pengoperasian kelas al quran dan fardu ain, sekolah agama dalam norma baharu, tahun 2020 dan 2021, upkk bagi calon tahun 2020,