Ramadhan tiba lagi. Adakah anda sudah bersedia?. Kita masih diberikan kesempatan oleh Allah SWT untuk menikmati bulan yang penuh keberkatan. Sebagai menyatakan rasa syukur dan kegembiraan menyambut Ramadan, seharusnya kita menyiapkan diri dari sudut mental dan fizikal.
Ramadan. Bulan penuh kemuliaan itu adalah bulan yang mendidik jiwa, melatih peribadi, jasmani, rohani ke arah menjana iman dan takwa serta menghindari perkara-perkara maksiat.
Sebaliknya, jika kita tidak bersiap sedia, Ramadan kali ini akan datang dan pergi begitu sahaja. Alangkah ruginya kerana melepaskan dan mensia-siakan peluang yang Allah SWT tawarkan dengan pelbagai kelebihan berganda.
Jadual Waktu Berbuka Puasa, Imsak (Sahur) Bulan Ramadhan Tahun 2024M 1445H Bagi Negeri-Negeri Seluruh Malaysia
Sebagai makluman, pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan menerbitkan jadual waktu berbuka Puasa dan Imsak di bulan Ramadhan tahun 2024 (Masihi) bersamaan 1445 (Hijrah) bagi edaran umum kepada umat Islam di negeri-negeri seluruh Malaysia.
Jadual atau takwim berkenaan sekali gus membantu seluruh umat Islam yang berada di seluruh negeri di Malaysia membuat semakan waktu berbuka Puasa dan Imsak semasa menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan Al – Mubarak pada waktu yang tepat.
Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Tahun 1445H / 2024M Seluruh Negeri Di Malaysia
Sila klik pada setiap nama negeri masing-masing untuk memuat-turun jadual waktu berbuka Puasa dan Imsak