Panduan ini dibuat untuk sesiapa yang ingin mengetahui jadual air pasang surut bagi tahun 2020 di seluruh Malaysia. Ingin tahu caranya untuk membuat semakan jadual air pasang surut di Malaysia? Secara ringkasnya anda boleh membuat semakan jadual air pasang surut secara online menerusi Portal Rasmi Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) sahaja.
Jadual air pasang surut adalah untuk aktiviti menangkap hasil ikan atau memancing samada di pesisiran pantai atau di lautan mahupun di kuala sungai. Bagi mengetahui ramalan pasang naik dan pasang surut air adalah amat penting sebelum pergi memancing atau melakukan apa-apa aktiviti di kawasan tersebut.
Pemantauan air pasang surut ini dilihat pada waktu matahari terik serta pada waktu bulan terbit dan terbenam, ianya bertujuan bagi mengetahui waktu puncak aktif ikan, dan kondisi cuaca waktu yang sesuai untuk memancing.
Ini bagi mengelak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini dan ianya lebih efisen buat kepada para nelayan serta para pemancing untuk mendapatkan hasil penangkapan atau pancingan mereka yang lebih banyak.
Boleh di kira secara keseluruhannya, jumlah stesen bagi mendapatkan maklumat air pasang surut adalah sebanyak 22 tempat di serata Malaysia.
Telah disediakan untuk 12 lokasi untuk beberapa daerah di Semenanjung Malaysia, 6 lokasi di Sabah termasuk 1 di Labuan dan 4 lokasi di Sarawak.
Cara Semak Jadual Air Pasang Surut Malaysia Secara Online (JUPEM)
Pengguna boleh menyemak Jadual Air Pasang Surut di Malaysia secara online di Portal Rasmi JUPEM.
Jumlah keseluruhan adalah sebanyak 22 stesen di seluruh Malaysia di mana anda boleh menyemak air pasang secara terkini seperti berikut:
Jadual Ramalan Air Pasang Surut Malaysia
Stesen: Johor Bahru, Johor |
Stesen: Pulau Langkawi, Kedah |
Stesen: Pulau Pinang, Pulau Pinang |
Stesen: Lumut, Perak |
Stesen: Perlabuhan Klang, Selangor |
Stesen: Tanjung Keling, Melaka |
Stesen: Kukup, Johor |
Stesen: Tanjung Sedili, Johor |
Stesen: Pulau Tioman, Pahang |
Stesen: Tanjung Gelang, Pahang |
Stesen: Cendering, Terengganu |
Stesen: Geting, Kelantan |
Stesen: Pulau Lakei, Sarawak |
Stesen: Sejingkat, Sarawak |
Stesen: Bintulu, Sarawak |
Stesen: Miri, Sarawak |
Stesen: Kudat, Sabah |
Stesen: Kota Kinabalu, Sabah |
Stesen: Sandakan, Sabah |
Stesen: Tawau, Sabah |
Stesen: Lahad Datu, Sabah |
Stesen: Labuan, W.P. Labuan |
Pautan semakan semua stesen : Klik JUPEM
waktunya air pasang air laut