Calon-calon lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berminat dengan profesion perguruan boleh membuat permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi pengambilan tahun 2024. Permohonan bagi tahun 2025 akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah.
Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) 2024 Di IPG Bagi Lepasan SPM
Calon-calon lulusan atau lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berminat boleh membuat Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) ambilan tahun 2024 secara dalam talian (online) melalui sistem UPUOnline yang dibuka pada tarikh yang dimaklumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia melalui portal rasmi.
Tarikh Permohonan PISMP Ambilan 2024
Dibuka : 14 Mac 2024
Ditutup : 15 April 2024
Tarikh yang tepat (rasmi) seperti diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Info Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
Dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah.
Pemohon yang lulus PPISMP akan diberikan Sijil Tamat PPISMP dan ditawarkan mengikuti pengajian PISMP selama 4 tahun atau 12 semester di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) dan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dilaksanakan secara Mod Sepenuh Masa.
Syarat-Syarat Permohonan | Kelayakan Asas
Berikut dikongsikan syarat permohonan PISMP IPGM bagi sesi pengambilan 2024
- Warganegara Malaysia.
- Berumur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2024 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 2004.
- Sihat tubuh badan.
- Aktif dalam kegiatan kokurikulum.
- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh gred cemerlang (Gred cemerlang merangkumi gred A+, A dan A-) dalam mana-mana 5 mata pelajaran (syarat minimum).
- Memperoleh sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran yang berikut, iaitu.
- Bahasa Melayu
- Sejarah
- Bahasa Inggeris.
Memenuhi Syarat Bidang Pengkhususan
Cara Buat Permohonan PISMP 2024
Berikut dikongsikan cara membuat permohonan PISMP IPGM bagi sesi pengambilan 2024
Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui Sistem Aplikasi PISMP ambilan 2024, sila klik pada pautan di bawah.
- Pemohon dikehendaki membuat pendaftaran dengan klik pada ikon Daftar Akaun Baru yang terdapat dalam ruangan Log Masuk Sistem. Kemudian masukkan No Kad Pengenalan dan isikan maklumat yang diperlukan.
- Setelah pendaftaran berjaya, pemohon perlu Log Masuk dan lengkapkan ruangan maklumat yang berkenaan dalam sistem permohonan PISMP dan sila ikut arahan yang dinyatakan dalam sistem.
Kalendar Aktiviti Permohonan PISMP Dan Tarikh-Tarikh Penting
Sila ambil perhatian terhadap makluman Berita Terkini yang terdapat Portal Permohonan UPUOnline
Tarikh Permohonan PISMP 2023 Ambilan Fasa 2
Dibuka : 9 Jun 2023
Ditutup : 12 Jun 2023
Tarikh yang tepat (rasmi) seperti diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) 2023 Ambilan Fasa 2 hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui Sistem PISMP, sila klik pada pautan di bawah.
Syarat Permohonan PISMP 2020 Ambilan Fasa 2
Ambilan Fasa 2 PISMP 2020 ini dibuka untuk permohonan bagi memenuhi keperluan bidang di SK, SJKC dan SJKT. Berikut dikongsikan syarat untuk permohonan PISMP bagi tahun 2020 Ambilan Fasa 2.
Umur tidak lebih daripada 20 tahun pada 30 Jun 2020Lulus SPM dengan mendapat gred cemerlang dalam mana-aman lima (5) mata pelajaranMemperoleh sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran:i. Bahasa Melayuii. Sejarahiii. Bahasa InggerisMemenuhi Syarat Bidang Pengkhususan
Calon Tidak Layak Memohon
1. Pemohon yang sedang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan atau Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di institusi-institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia.
2. Pemohon yang dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan awam atau latihan yang dianjurkan oleh agensi kerajaan.
3. Pemohon yang pernah mengikuti program ikhtisas di Institut Pendidikan Guru, tetapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan daripada program.
4. Pemohon yang pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah, jenayah atau tindakan mahkamah.Related : ujian kelayakan calon guru, maklumat lanjut layak memohon kelayakan calon guru ukcg
Nota
1. Pemohon yang berjaya ditawarkan pengajian hendaklah bersetuju dan patuh dengan terma-terma dalam surat tawaran dan Perjanjian Pendidikan Guru KPM Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.
2. Pemohon perlu menyemak tarikh-tarikh penting dalam Kalender Aktiviti Proses Pengambilan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Jun 2024, walau bagaimanapun KPM berhak meminda sebarang aktiviti dan tarikh mengikut keperluan semasa.
Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan :
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1 – 3, BLOK 2250, JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA, SELANGOR
(u.p: Jabatan Pengambilan dan Penempatan)
No. Telefon : 03-8312 6720/6693/6731/6768/6760
URL web : http://ipgm.moe.edu.my/ Emel : jpp@ipgm.edu.my