Permohonan ILKBS 2025 online kemasukan IKBN IKTBN AKBG

Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) ditubuhkan bagi memberi latihan amali serta praktikal kepada belia-belia warganegara yang berminat untuk melatih mereka mempersiapkan diri untuk terus diserap masuk ke kerjaya yang terpilih setelah tamat belajar. Ini adalah satu peluang untuk belia-belia Malaysia untuk mengisi kekosongan ini.

Di bawah kelolaan ILKBS, terdapat tiga institut iaitu Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) dan Akademi Kemahiran Belia Golf (IKBG). Institut ini dibina diseluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak bagi merialisasikan objektif ILKBS. Idea ini disambut baik oleh rakyat Malaysia. Permohonan ke ILKBS telah mendapat sambutan hangat.

Konsep latihan yang diterapkan di ILKBS adalah bersifat bersepadu di mana pelaksanaannya adalah meliputi latihan kemahiran dari segi teori dan amali. Pemohon yang berminat dan berkelayakan untuk menyertai ILKBS adalah digalakkan untuk mendaftarkan diri.

PERMOHONAN ILKBS AMBILAN 2025 ONLINE KEMASUKAN KE IKBN, IKTBN DAN AKBG

Bagi memudahkan rakyat Malaysia membuat permohonan, berikut dikongsikan tarikh membuat permohonan, cara membuat permohonan dan lain-lain info yang penting untuk dikongsikan:

TARIKH PERMOHONAN ILKBS SESI 1 2025

TARIKH BUKA : 1 Oktober 2024

TARIKH TUTUP : 15 November 2024

TARIKH PENTING KEMASUKAN KE ILKBS Sesi 1 2025

TarikhPerkara
1 Okt 2024 hingga 15 Nov 2024Permohon yang berminat boleh mendaftar. Pendaftaran dibuka
25 Nov – 6 Dis 2024Panggilan untuk temuduga bagi program yang mempunyai temuduga sahaja (Lepasan SKM/ ST/ DKM)
Semakan untuk kemasukan ke ILKBS sesi 1 2025
Permohon yang berjaya perlu membuat pengesahan penerimaan atau tolak tawaran
Pemohon yang gagal mendapat tawaran boleh membuat rayuan
Semakan keputusan rayuan
3 Feb 2025Pendaftaran ke ILKBS sesi 1 2024

Tarikh yang dikemaskini adalah rasmi seperti yang telah diumumkan

CARA MEMBUAT PERMOHONAN KE ILKBS

Berikut merupakan pautan untuk membuat permohonan kemasukan sesi 1 2025:

Berikut merupakan pautan untuk manual pengguna. Sila layari pauatan berikut:

Panduan Permohonan Kemasukan Dan Cara Penggunaan sistem eKampus

Pemohon untuk sesi Januari tidak perlu membayar untuk nombor pin dan boleh membuat permohonan secara atas talian.

Untuk pengguna baharu, anda perlu mendaftar sebagai pengguna baharu untuk membolehkan anda mengakses borang permohonan sepenuhnya

TARIKH PERMOHONAN ILKBS SESI 2 2024

TARIKH BUKA : 25 Mac 2024

TARIKH TUTUP : 11 Jun 2024

TARIKH PENTING KEMASUKAN KE ILKBS JULAI

TarikhPerkara
25 Mac 2024Permohonan ke ILKBS dibuka dan ditutup pada tarikh ini. Pemohon lepasan SPM 2021-2023 adalah melalui UPUonline atau Portal TVET MARA. Permohonan dari calon SPM 2020 dan kebawah adalah melalui borang manual di mana-mana ILKBS yang berdekatan
Permohonan UPU skills dibuka. Terbuka kepada lepasan Sijil SKM/ SKT atau Diploma Kemahiran Malaysia untuk sambung tahap
Semakan Panggilan temuduga program lepasan SKM/ ST/ DKM. Sila layari pautan berikut untuk membuat semakan: https://ekampus.kbs.gov.my/site/login
28 Jun 2024Semakan keputusan kemasukan ke ILKBS sesi Julai bagi lepasan SPM dan diikuti dengan lepasan SKM/ST. Keputusan tawaran ada di  https://ekampus.kbs.gov.my/site/login
28 Jun hingga 14 Julai 2024Bagi pemohon yang berjaya sila buat pengesahan terima atau tolak tawaran
Permohonan rayuan dibuka. Hanya terbuka kepada pemohon yang tidak mendapat tawaran sahaja
Semakan keputusan rayuan
5 Ogos 2024Pendaftaran untuk kemasukan Julai ke ILKBS

Sebarang perubahan tarikh tertakluk kepada pindaan. Sekiranya berlaku sebarang perubahan akan dikemas kini

CARA MEMBUAT PERMOHONAN KE ILKBS

Berikut merupakan pautan untuk membuat permohonan kemasukan ke ILKBS sesi 2 2024:

Permohonan secara manual oleh pemegang SPM bukan tahun semasa (kategori B) boleh dibuat dengan pergi ke ILKBS yang berdekatan

Permohonan kemasukan kemasukan ke ILKBS adalah melalui UPU online

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN ILKBS

Berikut merupakan syarat kelayakan memohon ILKBS. Pemohon dinasihatkan untuk membuat semakan kelayakan terlebih dahulu sebelum membuat permohonan:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Umur di antara 18-30 tahun semasa memohon dan berkelulusan sekurang kurangnya tingkatan 5
  3. Pemohon tiada masalah kesihatan, sihat tubuh badan dan berupaya melakukan aktiviti dalam program
  4. Pemohon boleh membaca dan menulis
  5. Belum berkahwin
  6. Tiada rekod jenayah dan bebas dadah
  7. Belum pernah mengikuti latihan kemahiran di mana-mana Institut Latihan Awam / Swasta (KECUALI calon yang mempunyai sijil lepasan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) & Sijil Suruhanjaya Tenaga (ST) untuk menyambung pelajaran)
  8. Sanggup menjalani program sehingga tamat dan mengikuti segala peraturan yang ditetapkan
  9. Pemohon yang sedang menjalani latihan dimana-mana institut latihan kemahiran dan belum tamat latihan/belum memperolehi sijil ketrampilan SKM tahap 2/3 atau 3/4 tidak dibenarkan memohon untuk tahap selanjutnya
  10. Pemohon yang gagal tamatkan latihan atau tersingkir dari mana-mana institut latihan lain tidak dibenarkan membuat permohonan

BIDANG UTAMA DI IKBN

Berikut adalah bidang yang ditawarkan di IKBN:

Teknologi TekstilTeknologi Pertanian
Teknologi ElektronikTeknologi Sukan
Teknologi ElektrikTeknologi Personal
Teknologi AwamTeknologi Maklumat
Teknologi AutomotifTeknologi Fotografi
Teknologi MekanikalTeknologi Hospitaliti
Teknologi Marin

Semakan Program, Tempoh Pengajian, Syarat Dan Senarai Institut Lepasan SPM

Semakan Program, Tempoh Pengajian, Syarat Dan Senarai Institut Lepasan SKM/ ST

Maklumat Lengkap 14 Bidang Pengkhususan Yang Ditawarkan

PERINGKAT PROGRAM

Berikut merupakan program yang disediakan di IKBN:

  1. Sijil Kemahiran (SKM/ DKM/ DLKM) tahap 1 hingga 5
  2. Persijilan JKKP
  3. Persijilan Suruhanjaya Tenaga (ST)
  4. Diploma MQA

PERTANYAAN

Sebarang persoalan mengenai pendaftaran ke ILKBS boleh dibuat dengan cara berikut:

  • Untuk sebarang persoalan boleh hubungi nombor ini: 03 8871 3685 / 03 8871 3646 / 03 8871 3690