Jadual gaji 2025 tarikh pembayaran emolumen penjawat awam

Surat pekeliling Akauntan Negara Malaysia (ANM) berhubung dengan tarikh dan peraturan pembayaran jadual gaji 2025 telah dikeluarkan.

Surat pekeliling tersebut adalah bertujuan untuk memaklumkan tentang tarikh pembayaran gaji bulanan penjawat awam bagi tahun 2025 dan peraturan yang perlu dipatuhi oleh Kementerian / Jabatan bagi memastikan penyediaan gaji dapat diuruskan dengan sempurna dan gaji dibayar mengikut tarikh yang telah ditetapkan.

Jadual Tarikh Pembayaran Gaji Tahun 2025 Kakitangan Awam Kerajaan

Jadual bayaran gaji bulanan ini penting buat kakitangan awam berikutan ia dapat membantu Penjawat Awam atau Kakitangan Awam (pekerja sektor awam) merancang dan menguruskan perbelanjaan isi rumah dengan lebih teratur selain membuat simpanan kewangan peribadi.

Pelaksanaan pembayaran gaji kakitangan awam kerajaan adalah melalui Sistem Gaji Berkomputer. Segala urusan ini akan diuruskan oleh Pusat Tanggungjawab (PTJ) dan juga Pejabat Perakaunan (AO).

Antara tanggungjawab PTJ adalah memastikan Borang Perubahan Gaji (Kew.320) berkaitan kes kemasukan pegawai yang diterima lewat daripada tarikh yang ditetapkan oleh Pejabat Perakaunan (AO) dikemaskini dan diproses secara berasingan, menyemak maklumat fail induk gaji dan membetulkan maklumat jika perlu dan lain-lain tanggungjawab seperti yang tertulis di Surat Pekeliling Akauntan Negara.

Untuk pembayaran gaji bagi pekerja bergaji hari bayaran mestilah diproses pada satu haribulan atau hari bekerja pertama bulan berikutnya.

Berikut adalah perincian tarikh bayaran gaji dalam jadual pembayaran gaji bulanan penjawat awam bagi tahun 2025.

Jadual Gaji Kakitangan Awam Tahun 2025

Tarikh pembayaran gaji bulanan bagi tahun 2025 adalah seperti berikut:

Hari Raya Aidilfitri 31 Mac & 1 April
Tahun Baru Cina 29 & 30 Januari
JANUARIFEBRUARIMAC
22.1.2025
Rabu
25.02.2025
Selasa
24.03.2025
Isnin
Hari Gawai 1 & 2 Jun
Hari Raya Aidiladha 7 & 8 Jun
Hari Pesta  Kaamatan 30 & 31 Mei
 
APRILMEIJUN
24.4.2025
Isnin
22.5.2025
Khamis
25.06.2025
Rabu
JULAIOGOSSEPTEMBER
24.07.2025
Khamis
25.08.2025
Isnin
25.09.2025
Khamis
Hari Deepavali 20 Oktober
OKTOBERNOVEMBERDISEMBER
16.10.2025
Khamis
20.11.2025
Khamis
18.12.2025
Khamis
Hari Krismas 25 Disember

Lampiran Jadual Pembayaran Gaji Kakitangan Awam Tahun 2025

tarikh gaji penjawat awam kerajaan

Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia | Tarikh Dan Peraturan Pembayaran Gaji Tahun 2025

Peraturan Pembayaran Emolumen Tahun 2025

Tarikh pembayaran emolumen bulanan bagi tahun 2024 adalah seperti di Lampiran di atas dan ditetap berdasarkan Arahan Perbendaharaan (AP) 105 yang berkuat kuasa selaras dengan surat Kementerian Kewangan Malaysia rujukan MOF.BSKK.600-2/13/1  (8) bertarikh 6 September 2024: Penetapan Tarikh dan Peraturan Pembayaran Emolumen Tahun 2025.

PERATURAN PEMBAYARAN EMOLUMEN

Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) ini hendaklah dibaca bersama SPANM Tatacara Pengurusan Bayaran Emolumen Pegawai Awam Persekutuan yang berkuat kuasa.

Pertanyaan lanjut mengenai Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM), boleh dirujuk kepada pihak berikut:

Pengarah
Bahagian Pengurusan Operasi Pejabat Perakaunan (BPOPP)
Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)
Aras 4, Kompleks Kementerian Kewangan
No.1, Persiaran Perdana
62594, Presint 2
Putrajaya
u.p. : Unit Pengurusan Prestasi
emel : unit_prestasi@anm.gov.my
No. Tel. : 03 – 8882 1624/1612/1622/1611

Related : untuk maklumat, sila rujuk, bulan tarikh, hujung bulan,