Permohonan kemasukan anak ke prasekolah 2026 KPM

Permohonan kemasukan ke Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi tahun 2025 boleh dilakukan secara dalam talian (online) melalui sistem aplikasi E-Prasekolah atau permohonan secara manual melalui sekolah yang dimohon. Maklumat permohonan kemasukan tahun 2026 akan dikemaskini.

Ibu bapa mahupun penjaga boleh membuat permohonan kemasukan ke Prasekolah KPM tahun 2025 untuk anak / jagaan yang lahir pada 1 Mac 2024 hingga 30 April 2024

Ibu bapa/penjaga boleh memilih salah satu kaedah permohonan yang disediakan samaada membuat permohonan secara online ataupun mengambil borang manual di sekolah yang ingin dimohon.

Permohonan Online Atau Manual Kemasukan Ke Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia Tahun 2025

Ketetapan tempoh dan syarat serta maklumat cara membuat permohonan kemasukan ke Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia bagi tahun 2025 adalah seperti berikut.

Syarat Kelayakan Memohon Ke Prasekolah KPM Tahun 2025

Berikut adalah syarat untuk tahun 2025:

  • Kanak-kanak warganegara Malaysia sahaja.
  • Kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2019 hingga 15 Januari 2021 sahaja yang layak untuk memohon.

Tarikh Dan Tempoh Permohonan Prasekolah 2025 KPM Secara Online

Dibuka : 1 Mac 2024

Ditutup : 30 April 2024

Cara Membuat Permohonan Prasekolah 2025 KPM Secara Online

1) Ibu / bapa / penjaga perlu melayari sistem aplikasi E-Prasekolah KPM, sila klik pada pautan di bawah

SISTEM PERMOHONAN E-PRASEKOLAH

2) Bagi yang pertama kali menggunakan sistem E-Prasekolah, perlu membuat pendaftaran sebagai pengguna sistem supaya dapat mengakses sepenuhnya borang permohonan online. Hanya ibu / bapa / penjaga sahaja yang dibenarkan untuk mendaftar.

3) Untuk membuat pendaftaran pengguna, klik Daftar Pengguna yang terdapat dalam sistem eprasekolah kemudian lengkapkan butiran maklumat yang diminta. Setelah pendaftaran berjaya sila Log Masuk sistem E-Prasekolah dengan menggunakan No. Mykad dan Katalaluan yang didaftarkan untuk mengakses borang permohonan online.

4) Bagi ibu / bapa / penjaga yang telah mendaftar sebagai pengguna sistem e-prasekolah sebelum ini, tidak perlu membuat pendaftaran pengguna lagi dan hanya perlu Log Masuk sistem E-Prasekolah dengan menggunakan No. Mykad dan Katalaluan yang didaftarkan.

5) Maklumat lengkap dan panduan permohonan sudah tersedia melalui menu yang terdapat dalam Sistem E-Prasekolah.

Tarikh Dan Tempoh Permohonan Prasekolah KPM Secara Manual

Dibuka : 1 Mac 2024

Ditutup : 31 Mei 2024

Cara Membuat Permohonan Prasekolah 2024 KPM Secara Manual

  1. Ibu / bapa / penjaga perlu mengunjungi (walk in) ke sekolah yang ingin dipohon untuk mengambil borang dan melengkapkan borang permohonan.
  2. Borang permohonan yang telah lengkap dengan sempurna bersertakan dokumen yang diperlukan hendaklah dihantar ke sekolah yang dipohon sebelum
  3. Senarai Institusi / Sekolah Prasekolah boleh disemak di laman sistem aplikasi e-Prasekolah.
  4. Maklumat lengkap dan panduan permohonan sudah tersedia melalui menu yang terdapat dalam Sistem E-Prasekolah.

Panduan Permohonan