eOperasi Login Modul Pengurusan Guru

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) telah membangunkan satu modul yang diberi nama e-Operasi bagi memperkemaskan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS). Modul ini telah diselia oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), dan Sektor Operasi Pendidikan (SOP) bagi memastikan sistem ini beroperasi dengan baik.

Modul ini bertujuan melicinkan pengurusan data berkaitan guru dan bukan guru yang melibatkan beberapa kategori pengguna iaitu pentadbir sistem dan pengguna.

Pentadbir sistem membabitkan pengurusan KPM di peringkat Bahagian, Negeri, Daerah, dan Sekolah. Hanya mereka yang dilantik oleh KPM sahaja boleh menggunakan modul ini berdasarkan keperluan yang dibenarkan. Manakala kategori pengguna pula melibatkan guru dan bukan guru.

Pengguna harus mendaftar dengan terlebih dahulu sebelum menggunakan modul e-operasi berdasarkan keperluan mereka. Dengan adanya sistem ini semua bahagian sektor operasi pendidikan seperti  Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, Bahagian Sukan, Bahagian Kokurikulum dan Kesenian serta Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan guru boleh mengemaskini data yang diperlukan secara online.

Muka hadapan e-operasi ini juga sangat kemas dan mudah untuk digunakan. Terdapat pautan segara seperti pendaftaran pengguna baru di mana semua pengguna perlu membuat pendaftaran terlebih dahulu sebelum boleh log masuk ke dalam sistem.

Terdapat juga pautan surat siaran dan manual mengguna untuk kemudahan pengguna.

Cara Login e-Operasi – Modul Pengurusan Guru KPM Online

Berikut merupakan cara untuk log in modul e-operasi dan membuat pendaftaran kali pertama beserta pautan muat turun manual pengguna:

Cara Membuat Pendaftaran Pengguna Baru

DAFTAR PENGGUNA BARU e-OPERASI

  1. Sila layari pautan di atas
  2. Lengkapkan semua butiran yang diperlukan
  3. Cipta satu ID pengguna dan kata laluan
  4. Kemudian tekan butang simpan

Cara Log In Ke Sistem e-Operasi

LOG IN SISTEM e-OPERASI

  1. Sila layari pautan di atas
  2. Masukkan ID pengguna, kata laluan dan kad pengenalan yang didaftarkan
  3. Tekan butang log in dan anda boleh mengemaskini data ke dalam sistem mengikut peranan pengguna atau pentadbir sistem

Manual Pengguna

Berikut adalah manual untuk menggunakan modul e-operasi yang disediakan oleh KPM. Sila muat turun pada pautan di bawah:

Related : terus ke ruangan log dibangunkan oleh bahagian pengurusan maklumat guru no gaji dan emel, untuk login eoperasi kpm login pengguna boleh terus tukar kata salah satu e operasi kpm, laman web https eoperasi.moe.gov.my, kpm dan diseliakan, email protected, klik butang simpan, pengurusan sekolah sps kementerian pendidikan malaysia, kpm di bawah pengurusan guru, lupa kata, maklumat yang tidak tepat, pengetua guru besar penolong,