eGUMIS online permohonan Semakan Wang Tak Dituntut (WTD)

Wang Tak Dituntut adalah wang yang perlu dibayar kepada pemiliknya yang sebenar dalam tempoh masa tertentu. Ia adalah seperti yang telah termaktub dalam undang-undang dibawah Seksyen, Akta Wang Tak Dituntut 1965. Dalam hal ini, Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) merupakan pemegang amanah yang akan menyimpan wang tersebut sehingga ianya dituntut oleh pemilik yang sepatutnya. Antara tuntutan yang boleh dibuat adalah tuntutan jenis Akaun Simpanan, Akaun Semasa, Simpanan Tetap, Insurans, Gaji, Dividen, Deposit TNB, Syabas, TM dan lain-lain perkara yang berkaitan.

Sebelum ini, semakan dan permohonan Wang Tak Dituntut (WTD) hanya boleh dilakukan di kaunter Jabatan Akauntan Malaysia (JANM) seluruh negeri. Kementerian Kewangan juga ada menyediakan kaunter bergerak ke kawasan pedalaman. Kini, bagi memudahkan lagi orang ramai untuk membuat tuntutan WTD, kerajaan telah melancarkan Electronic Government Unclaimed Money Information System (eGUMIS). Sistem ini baru sahaja dilancarkan awal Januari 2020 dengan tujuan memudahkan orang ramai membuat semakan secara atas talian/ online sahaja.

Untuk permulaan ini, hanya semakan sahaja boleh dibuat secara online. Proses membuat permohonan tuntutan perlu dilakukan di kaunter pejabat pendaftar atau JANM negeri/cawangan berdekatan. Untuk pengetahuan semua, WTD akan dimasukkan ke kumpulan wang dan dimasukkan di bawah pindahan hasil negara selepas 15 tahun. Namun, ia masih boleh dituntut dan akan dibayar oleh kerajaan jika pemiliknya berbuat demikian.

Cara Semak Wang Tak Dituntut (WTD) Secara Online Melalui Sistem eGUMIS

Berikut dikongsikan panduan dalam membuat semakan WTD secara online dan manual.

Antara info yang dikongsikan adalah tarikh pelancaran applikasi eGumis, cara-cara membuat semakan wang tak dituntut secara online dan semakan WTD secara manual:


Cara Membuat Semakan WTD Online

Portal Rasmi Semakan WTD, Jabatan Akauntan Negara Malaysia

  • Untuk pengguna yang kali pertama menggunakan applikasi ini, anda perlu klik pada butang pendaftaran
  • Pengguna perlu melengkapkan terlebih dahulu maklumat yang diminta seperti nama penuh, jenis pengenalan, no kad pengenalan, emel,  nama pengguna dan pengakuan bersetuju. Kemudian sila klik butang daftar
  • Pengguna akan menerima kata laluan sementara melalui emel yang telah didaftarkan
  • Kemudian tekan butang log masuk. Isikan nama pengguna seperti yang telah didaftarkan dan kata laluan semetara yang diterima
  • Pengguna akan diminta untuk menukar kata laluan sementara. Masukkan kata laluan sementara kemudian masukkan kata laluan baru dan ulang kata laluan baru. Kemudian tekan butang simpan untuk mengemaskini maklumat
  • Pengguna akan diminta untuk melengkapkan maklumat peribadi seperti alamat, negara, negeri, poskod, bandar dan no telefon bimbit. Kemudian tekan simpan
  • Untuk membuat semakan, klik pada butang carian wang tak dituntut kemudian masukkan no kad pengenalan. Tekan butang cari dan hasil carian anda akan dipaparkan
  • Maklumat wang tak dituntut anda akan dipaparkan. Jika anda ingin membuat cetakan sila klik butang cetak
  • Applikasi ini hanya boleh digunakan untuk sembuat semakan sahaja. Difahamkan untuk fasa eprmulaan ini hanya semakan sahaj boleh dibuat. Permohonan perlu dilakukan dengan menghadirkan diri ke kaunter pejabat daftar atau JANM negeri/cawangan berdekatan
  • Jika pengguna tidak menerima kata laluan sementara atau kata laluan sementara tidak boleh digunakan, sila buat pendaftaran semula di portal eGumis
  • Rekod yang disimpan adalah bagi tahun kewangan 2006 ke atas yang telah diserahkan oleh pihak syarikat/firma sahaja
  • Untuk muat turun manual pengguna sila klik pautan di bawah:
  • Manual Pengguna

Selain secara online, pengguna juga boleh membuat semakan Wang Tak Dituntut secara manual di kaunter Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) di seluruh Malaysia.

CARA MEMBUAT SEMAKAN DI KAUNTER JANM

  • Anda perlu hadir ke kaunter JANM yang berdekatan dengan membawa dokumen pengenalan diri serta dokumen-dokumen lain jika perlu
  • Semakan waris yang telah meninggal dunia juga boleh dilakukan. Sila bawa dokumen seperti sijil kematian, sijil perkahwinan, sijil kelahiran dan surat sokongan yang menyatakan hubungan anda sebagai waris
  • Pegawai bertugas akan membuat semakan terlebih dahulu. Jika terdapat WTD prosedur yang sepatutnya akan dilakukan
  • Tiada caj dikenakan untuk membuat semakan WTD

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK MEMBUAT PERMOHONAN TUNTUTAN

  • Borang UMA-7 yang sudah dilengkapkan dan ditanda tangani
  • Borang UMA-7
  • Salinan kad pengenalan / passport untuk bukan warganegara
  • Dokumen asal
  • Salinan muka hadapan buku akaun / penyata bank pemohon yang aktif yang disahkan oleh bank

  • JANM tidak pernah melantik ejen
  • Perkhidmatan adalah percuma
  • JANM tidak pernah menghantar emel berkenaan WTD
  • WTD akan dibayar tanpa faedah

MAKLUMAT LANJUT

Jika terdapat persoalan tentang WTD, anda boleh rujuk dokumen di bawah:

Related : wtd secara atas talian rekod wtd untuk carian wang nombor pendaftaran syarikat cetak maklumat wang semakan wtd melalui nombor klik di sini untuk wang tak dituntut online wtd melalui nombor pengenalan, individu atau nombor pendaftaran atau janm negeri cawangan
langkah 4 kemaskini maklumat pengguna
bawa dokumen pengenalan diri iaitu
permohonan tuntutan wang tak dituntut
pegawai bertugas akan menyenaraikan senarai wtd
pentadbir harta pusaka wasi yang dinamakan dalam surat kuasa mentadbir harta pusaka
talian melalui nombor pendaftaran atau janm negeri cawangan
hadir ke kaunter pejabat pendaftar atau janm negeri cawangan
serahkan mykad surat kuasa mentadbir harta pusaka